8 Tempat Menarik Di Besut Yang Mesti Dilawati

Seperti yang kita tahu terdapat begitu banyak tempat menarik di Terengganu. Artikel kali ini admin ingin berkongsi dengan pembaca mengenai enam tempat menarik di Besut. Besut merupakan sebuah daerah yang terletak di utara Terengganu, Malaysia. Tepatnya, bersempadan dengan negeri Kelantan di utara, daerah Setiu di selatan manakala Laut China Selatan di sebelah timur. Daerah Besut berkeluasan 123,367.8 hektar persegi termasuk ibu daerah Besut iaitu Jerteh. Kedudukan geografinya dibahagikan sebanyak 15 mukim.

Besut merupakan daerah yang terletak di bahagian utara Terengganu dan pintu masuk ke negeri Terengganu yang bersempadan dengan Kelantan. Terdapat pelbagai cerita mengenai asal nama Besut antaranya ialah dikatakan berasal dari perkataan ‘Be’ yang dalam bahasa Siam bermaksud daerah dan ‘Sut’ pula bermaksud jauh/penghujung.

Jika anda bercuti di Terengganu, jangan lupa pergi ke Besut. Macam-macam tempat menarik ada di Besut. Artikel kali ini, ingin saya senaraikan 8 tempat menarik di Besut yang wajib anda datang. Antaranya :

8 Tempat Menarik Di Besut Untuk Dilawati

1. Pantai Bukit Kluang

Tempat Menarik Di Besut-Pantai Bukit Kluang

Di Bukit Kluang sudah disediakan keistimewaan lorong mendaki bagi memudahkan pendaki. Anda hanya perlu mendaki lebih kurang 20 ke 30 minit untuk tiba di puncak bukit. Pemandangan di atas sana sangat cantik terutamanya pada waktu pagi. Semuanya berkerumun di Bukit Kluang seawal sebelum subuh lagi untuk mendaki dan berada di puncak bukit seawal yang boleh bagi menyaksikan sendiri keindahan matahari terbit. Semestinya tempat menarik di Besut Terengganu ini mempunyai sebuah pemandangan yang cantik untuk bergambar.

2. Pasar Tani Kuala Besut

Tempat Menarik Di Besut-Pasar Tani Kuala Besu

Pasar Tani di Kuala Besut ini sememangnya luas dan menawarkan pelbagai pilihan barangan seperti makanan, pakaian, perkakas dapur, binatang peliharaan, kraftangan, perabot dan juga perhiasan rumah. Pasar Tani ini beroperasi seawal 7 pagi sehingga 12 tengahari. Menariknya, makanan yang dijual di pasar ini kebanyakannya adalah buatan penjual tempatan dengan pelbagai pilihan jenis makanan.

3. Lata Kolam Air Deru Ecopark

Tempat Menarik Di Besut-Lata Kolam Air Deru Ecopark

Jika anda gemar bercamping dan melakukan aktiviti lasak, Lata Kolam Air Deru Ecopark adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda. Tidak kiralah sama ada anda pergi secara individu atau berkumpulan, Air Deru Ecopark pastinya akan menjanjikan seribu kepuasan. Lihat kehijauan alam, terasa sejuk dan tenang di fikiran.

Tarikan utama Lata Kolam ini tentunya kesejukan dan kejernihan air Terjun Lata Kolam itu sendiri terdapat beberapa kawasan yang disediakan oleh pengusaha bagi kemudahan pengunjung. Kejernihan air lata kolam ni tidak bermusim dan sangat sejuk memang sangat-sangat puas hati mandi disini, kolam yang luas dan kedalaman yang tidak merbahaya merupakan faktor tambahan kepada Lata Kolam ni. Ada kawasan yang sangat sesuai bagi kanak-kanak dengan tebing yang berpasir dan kawasan yang cetek.

4. Air Terjun Lata Belatan

Tempat Menarik Di Besut-Air Terjun Lata Belatan

Destinasi air terjun ini memang sangat best sekiranya anda bercuti bersama anak-anak kerana kawasannya tidak dalam, tidak terlalu berbatu, sungainya lapang, tidak deras, pasirnya halus dan yang paling best, airnya sangat-sangat jernis.Sekiranya anda kaki photografi, destinasi ini pasti akan memberi banyak idea & subjek yang berkualiti pada photo gambar anda. Terdapat kemudahan asas yang lengkap untuk pengunjung & lokasi ini juga adalah base camp untuk mereka yang ingin memulakan pendakian ke puncak Gunung Tebu.

Kawasan hutan lipur Lata Belatan terdiri dari hutan yang kaya dengan tumbuhan seperti Meranti, Keruing, Nyatoh, Rengas dan banyak lagi. Terletak di dalam hutan simpan Gunung Tebu iaitu 15 km dari Bandar Jertih. Kawasan ini dibangunkan secara berperingkat semenjak 1985. Pembangunan dilakukan secara mesra alam berkonsepkan Forest Camping Holiday. Banyak aktiviti hutan dapat dijalankan di sini secara individu, berkeluarga atau berkumpulan. Kemudahan untuk para pengunjung turut disediakan seperti gerai makan, tandas, surau, pondok rehat, jambatan gantung dan tapak perkhemahan.

5. La Hot Spring

Tempat Menarik Di Besut-La Hot Spring

Antara tempat menarik di Besut adalah Kolam Air Panas La atau dikenali sebagai La Hot Spring. La Hot Spring ini terletak di Jerteh dimana anda akan melalui jalan dari sana terus menuju ke kolam air panas ini. Kawasan kolam air panas ini terletak di pendalaman Hulu Besut kira-kira 28km dari Bandar Jerteh. Sistem perpaipan disini sangat teratur manakala air hangat yang disediakan dicampur dengan kandungan kimia Sulfur atau belerang pada tahap kehangatan mencecah 49 darjah celcius.

Sekaligus, sangat berkhasiat bagi mengubati penyakit kulit. Air hangat yang mengalir menerusi lubang dari sebuah bukit seterusnya mengalir ke dalam kolam secara semulajadi dapat dilihat oleh pengunjung. Bagi yang ingin berehat disini, pihak La Hot Spring juga ada menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti chalet, restoran, tandas awam dan lain-lain lagi. Semestinya berendam di dalam air panas merupakan faktor utama mengapa pengunjung ingin berkunjung ke tempat ini.

6. Pulau Perhentian

Tempat Menarik Di Besut-Pulau Perhentian

Salah satu destinasi pulau yang menjadi idaman dan termasuk dalam artikel tempat menarik di Besut adalah Pulau Perhentian. Pulau Perhentian merupakan satu lokasi yang amat terkenal dengan keindahan alam semulajadi dan pemandangan marin yang amat menarik. Gugusan Pulau Perhentian merangkumi Pulau Perhentian Besar dan Kecil.

Pulau Perhentian sangat indah dengan pemandangannya dari sudut luar pulau serta dalam pulau tersebut. Anda boleh menaiki bot atau feri dari Jeti Kuala Besut untuk ke sini. Aktiviti seperti mandi-manda, berenang, memancing dan lain-lain lagi boleh anda lakukan disini. Anda boleh snorkeling, scuba, melihat tarian hula dan api pada waktu malam, melawat perkampungan nelayan, menaiki bot bersiar-siar di setiap kepulauan, bersantai di persisiran pantai dan bermandi-manda.

7. Jeti Kompleks Perikanan LKIM, Besut

Tempat Menarik Di Besut-Jeti Kompleks Perikanan LKIM

Kedudukan Besut sangat strategik kerana berdekatan dengan muara. Ditambah pula dengan keberadaan pekan Besut membuatkan ramai orang tempatan membeli barangan di sini. Pemborong dan peruncit di pekan yang merupakan tempat menarik di Besut ini kebanyakan datang dari Terengganu dan Kelantan. Semestinya di pekan ini sarat dengan hasil tangkapan laut yang pelbagai jenis.

Para pengunjung berpeluang ke Jeti Perikanan LKIM di Besut ini kerana ia juga tersenarai sebagai tempat menarik di Kuala Besut untuk anda singgah. Pelbagai hidupan laut di sediakan oleh para nelayan untuk dijual kepada pemborong dan pelanggan.Setiap hari pasti mereka akan sibuk dengan pengunjung yang datang disebabkan harga barangannya yang murah serta kualiti daging yang segar.

Di samping itu, para pengunjung berpeluang untuk bersiar-siar di kawasan jeti untuk menikmati pemandangan di sekitar pantai ini. Aktiviti memancing dengan menaiki sampan yang telah disediakan oleh para nelayan ini juga amat menyeronokkan.

8. Masjid Lapan Kubah

Tempat Menarik Di Besut-Masjid Lapan Kubah

Masjid Lapan Kubah di Kampung Lapan Kotak, Jerteh, di sini yang mendapat jolokan sebagai Masjid Russia kerana seni binanya seakan-akan St Basil Cathedral di Moscow, Rusia, menarik perhatian orang ramai. Ia tercipta gah di kawasan sawah padi di tengah-tengah kampung menjadikan masjid ini cantik dan menarik untuk di kunjungi. Keunikan seni bina masjid ini dengan kombinasi warna kubah yang berwarna-warni membuatkan masjid ini mula digunakan sejak tahun lepas dan tidak putus-putus dikunjungi orang ramai.

Kepada peminat atau pelajar yang meminati senibina ini, anda boleh jadikannya sebagai rujukan dan panduan serta mengenali cara pembinaan dan konsep yang diguna oleh masjid ini. Ianya amat menarik dan pengunjung yang sebelum ini tidak berpeluang untuk melihat masjid seperti ini yang dibina beribu batu di Eropah akhirnya dapat melihatnya di negeri Terengganu

Gunakanlah peluang dengan mengunjungi tempat menarik di Besut ini untuk melihat keindahan dan keunikan lokasi pelancongan di dalam negara sendiri. Jom lihat tempat menarik di Melaka dan tempat menarik untuk buat famili day juga.

Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb sekiranya anda mengunjungi mana-mana tempat percutian yang admin tuliskan dalam artikel ini. Ini bagi mendapatkan harga terbaik dan terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

error: Content is protected !!