Levi Pelepasan Dikenakan Untuk Mereka Yang Melancong Ke Luar Negara

Dewan Rakyat akhirnya meluluskan Rang Undang-Undang Levi Pelepasan 2019 yang akan bermula 1 Jun 2019. Levi Pelepasan ini melibatkan dua peringkat kategori iaitu masing-masing sebanyak RM20 bagi penumpang ke negara-negara ASEAN manakala RM40 bagi destinasi negara lain. Levi Pelepasan ini hanya dikenakan pada sektor penerbangan sahaja dan akan diperluaskan ke sektor lain.

Jemaah haji dan umrah kali pertama dikecualikan daripada membayar levi pelepasan udara ke luar negara. Pengecualian levi itu juga turut terpakai bagi penganut agama lain yang kali pertama mengerjakan ibadat mengikut agama masing-masing. Namun ia hanya untuk kali pertama sahaja, jika kali kedua dan seterusnya baru akan dikenakan levi.

Tujuan Levi Pelepasan ini adalah untuk menggalakkan pembangunan sektor pelancongan dalam negara. Ia juga dianggap berpatutan jika dibandingkan kadar yang dikenakan oleh negara lain seperti Thailand AS$20, Hong Kong AS$15 dan Jepun AS$10.

Diharap dengan Levi Pelepasan yang dikenakan, sektor pelancongan domestik juga akan bergerak seiring dengan sektor pelancongan luar negara seperti penyediaan prasarana yang baik dan mengurangkan cukai pelancongan bagi rakyat tempatan jika benar kerajaan mahu menggalakkan pelancongan dalam negara.

Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

Baca Juga  Homestay & Chalet D'Asia Untuk Kaki Pancing
error: Content is protected !!