Homestay & Chalet D’Asia Untuk Kaki Pancing

Homestay & Chalet D’Asia

Baru-baru ni kami bercuti ke Homestay & Chalet D’Asia. Siapa sangka terdapat sebuah homestay yang cukup lengkap dan mempunyai ruang persekitaran yang luas di daerah Perak Tengah. Lebih tepat lagi Homestay & Chalet D’Asia terletak di Bota.

Terdapat bilik kayu, bilik batu, dorm untuk 9 orang manakala homestay ada 2 bilik yang boleh menjadi pilihan untuk mereka yang ingin menginap disini.

Homestay Tepi Sungai Perak

Homestay & Chalet D'Asia
Homestay & Chalet D’Asia ni berdekatan pula dengan sungai Perak, memang sesuai la untuk kaki pancing. Dengan kolam renang untuk dewasa juga budak serta pesekitaran kampung dan menjadikan percutian di homestay tersebut sesuatu yang indah. Homestay cabin chalet ini memang best untuk peminat suasana kampung kerana ada dusun buah-buahan yang nyaman.

Homestay Sesuai Untuk Family Day

Ruang homestay ni cukup luas dan memang sesuai untuk family day. Terdapat juga ruang yang luas sekiranya anda nak buat sukaneka bagi family day. Begitu juga ruang memasak dan ruang makannya. Cukup luas dan besar untuk menampung keluarga yang ramai.

Pesekitaran Homestay

Dalam Homestay & Chalet D’Asia tersebut juga cukup lengkap dengan katil queen dan sesuailah bagi mereka yang ingin menikmati suasana kampung di tepi sungai. Kalau bawak kerusi healing sambil memancing memang terselah kenikmatannya. Kalau nak duduk homestay sekadar nak tengok tv, sini bukan tempatnya. Tapi kalau nak menikmati keindahan pemandangan kampung di tepi sungai maka datanglah kesini.

Kaki Pancing

Bila petang atau kaki pancing, selepas check in di Homestay & Chalet D’Asia terus ke sungai Perak untuk memancing. Jangan bimbang kalau memancing kerana suasananya redup sebab terdapat pokok kelapa sawit. Jadi anda boleh memancing seharian tanpa perlu risau akan panas terik.

Ikan patin, lampam, baung dan pelbagai ikan sungai ada di sungai tersebut. Kalau bernasib baik mungkin anda akan membawa balik udang galah sepit biru. Hanya sediakan umpan dan juga pancing. Dengan bismillah, InsyaALLAH rezeki si ikan sungai naik memakan pancing dan menjadi milik anda untuk dimasak atau dibawa balik selepas check out dari Homestay & Chalet D’Asia.

Buah-Buahan

Kalau musim durian pula, buah durian gugur bergelimpangan. Bolehla makan sekali. Kedai makan juga dekat dengan sekitar Homestay & Chalet D’Asia tersebut. Kalau nak sarapan hanya perlu berjalan kaki sahaja manakala untuk makan malam atau tengah hari boleh keluar dari homestay menaiki kenderaan. Perjalanan hanya dalam 5-10 minit sahaja untuk sampai ke kedai makan.

Berikut adalah detail Homestay & Chalet D’Asia untuk rujukan anda.

Pakej Homestay

Homestay & Chalet D Asia
Jenis bilik: Bilik Kayu
Katil: Katil Queen/Bilik Air/Aircond
Harga: RM150 semalam.

Jenis bilik: Bilik Batu
Katil: Katil Queen/Bilik Air/Aircond
Harga: RM130 semalam.

Jenis bilik: Homestay 2 bilik
Katil: Katil Queen/Katil single/Bilik Air/Aircond/TV/Peti Ais/Sofa/Meja Makan. Kira ada semua la.
Harga: RM200 semalam.

Tapak Khemah Tepi Sungai Perak
Boleh bincang dengan owner.

Kemudahan di Homestay

Homestay & Chalet DAsia
Ada beberapa kemudahan yang disediakan di sekitar Homestay & Chalet D’Asia ini. Antaranya ialah

  • Kolam Renang Dewasa dan Kanak-kanak
  • Pondok memasak (bahan memasak perlu bawa sendiri)
  • Pondok BBQ (bahan untuk BBQ perlu dibawa sendiri)
  • Pondok santai/rehat
  • Surau
  • Padang untuk aktiviti sukaneka (kena maklumkan dulu)
  • Aktiviti memancing di Sungai Perak
  • Karaoke (dikenakan bayaran)
  • Pusing-pusing di dusun buah buahan D’Asia
  • Aktiviti lain tengah dalam pembikinan
  • *Makan minum tidak disediakan. Boleh tempah melalui admin jika inginkan pakej makan.

    Contact Homestay

    Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh berhubung dengan Encik Asdazairi Daut ditalian 0132284915 atau Encik Daut Pandak Osman ditalian 0196017323.
    Alamat Homestay: Jalan Kampung Tanjong Gelugor 32600 Bota, Perak, Malaysia