Setelah penat bekerja kadang-kadang setiap orang memerlukan sebuah percutian untuk merehatkan minda serta melepaskan stress dari alam pekerjaan. Percutian merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh semua orang terutamanya anak-anak. Ketika tiba musim bercuti, sesebuah tempat percutian akan dipenuhi oleh para pelancong. Setiap lokasi pelancongan mempunyai tarikan keistimewaan yang tersendiri. Namun begitu, bagi mengelakkan sebarang masalah dalam percutian kita, kita perlu mengetahui tips persediaan asas sebelum keluar pergi melancong. Oleh itu kita mesti menentukan destinasi percutian kita sekiranya kita membawa keluarga. Ini untuk keselesaan diorang. Ye la. Bercuti adalah untuk melepaskan stress bukannya bertambah stress.

Berikut merupakan beberapa tips percutian yang boleh anda ikuti.

1. Menentukan tempat hendak dituju
Sebelum bercuti, lebih baik kita tentukan destinasi yang hendak dituju terlebih dahulu. Bila kita dah tentukan hendak ke mana, cari informasi mengenai tempat tersebut supaya kita tahu kemana kita hendak pergi, tempat yang perlu dilawati. Semua ini boleh dicari melalui media sosial. Taip sahaja. Jika mahu bercuti ke Pahang, maka ketahui terlebih dahulu lokasi mana yang perlu dilawati. Katakan kita memilih Pulau Tioman, maka percutian perlu difokuskan dalam satu-satu tempat sahaja. Janganla Pulau Tioman kita hendak pergi, Telok Chempedak kita nak pergi. Rugi masa. Sila pastikan juga kawasan yang ingin dituju sesuai dengan iklim cuaca pada ketika itu. Jika musim tengkujuh tiba, elakkan pergi melancong ke kawasan yang sering terdedah kepada banjir besar. Ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Lebih-lebih lagi jika kita memilih untuk bercuti di pantai, cuaca musim tengkujuh dianggap tidak sesuai.

2. Menentukan perbelanjaan yang diperlukan
Ini perkara paling penting sekali sebelum pergi bercuti. Kerana takut bila balik dari bercuti sahaja, terpaksa makan meggi. Maklumlah duit sudah dihabiskan untuk bercuti. Sentiasa bandingkan harga pengangkutan serta penginapan ketika bercuti. Ini dapat menjimatkan perbelanjaan yang diperlukan. Tidak semestinya keseronokkan hanya boleh dinikmati bagi yang berbelanja lebih sahaja.

3. Susun itinerari perjalanan
Sebaiknya susun jadual kita sendiri sebelum bertolak ke tempat percutian. Ini dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga. Anda digalakkan membuat susunan tempat-tempat menarik mengikut tempoh menginap di sana.

4. Pilih pengangkutan yang selesa
Bila bercuti dengan keluarga pastikan pengangkutan yang dipilih selesa dengan keluarga anda. Sekarang ini sudah banyak kenderaan yang boleh disewa di atas talian seperti Uber atau Grab. So anda tentukan keselesaan untuk keluarga. Adakah kita nak menaiki kenderaan sendiri ataupun menaiki kapal terbang. Jika memilih menggunakan perkhidmatan awam, lakukan tempahan tiket dengan lebih awal. Kebiasaannya, tempahan awal boleh menikmati diskaun bergantung kepada promosi yang dilakukan oleh pihak tertentu.

Jadi rancanglah perjalanan percutian kita dengan sebaik-baiknya. Segala perancangan yang dibuat adalah untuk memastikan percutian kita berjalan dengan lancar. So selamat bercuti. Sekiranya anda memerlukan sebuah penginapan yang selesa dan nyaman untuk keluarga, jangan lupa melanggan melalui aplikasi Airbnb yang telah saya buat di tips sebelumnya.

Baca juga : Macam mana nak booking homestay melalui Airbnb

Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram