Homestay di Kuala Terengganu: Pilihan Terbaik Untuk Penginapan Selesa

Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu, bukan sahaja terkenal dengan pantai yang memukau dan keindahan warisan budaya, tetapi juga menawarkan pelbagai homestay yang sesuai untuk pengunjung yang mahukan pengalaman penginapan lebih peribadi dan selesa. Bagi pelancong yang ingin merasai kehangatan hospitaliti tempatan sambil menikmati keindahan bandar pesisir pantai ini, homestay adalah pilihan penginapan yang ideal.

Kenapa Memilih Homestay di Kuala Terengganu?

1. Pengalaman Budaya Tempatan Penginapan di homestay memberi peluang kepada pengunjung untuk lebih mendekati masyarakat setempat. Anda boleh berinteraksi dengan tuan rumah, mencuba masakan tempatan yang autentik, dan mengetahui lebih mendalam tentang kehidupan harian orang Terengganu. Beberapa homestay turut menawarkan pengalaman aktiviti tradisional seperti membuat keropok lekor, mencanting batik, dan menyaksikan persembahan silat.

2. Lokasi Strategik Berdekatan Tarikan Pelancongan Kebanyakan homestay di Kuala Terengganu terletak berhampiran dengan tarikan pelancongan utama seperti Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pasar Payang, dan Pantai Batu Burok. Ini memudahkan pelancong untuk menjelajahi bandar ini tanpa perlu menempuh perjalanan jauh.

3. Harga yang Berpatutan Berbanding dengan hotel mewah, homestay menawarkan penginapan yang lebih murah tetapi tetap selesa. Ini memberi kelebihan kepada pelancong bajet yang mahu menikmati keindahan Kuala Terengganu tanpa perlu berbelanja besar. Sesetengah homestay menawarkan harga serendah RM100 satu malam, dengan fasiliti lengkap seperti penghawa dingin, Wi-Fi, dan ruang tamu yang luas.

Beberapa Homestay Terbaik di Kuala Terengganu

Dalam artikel kalini, DP akan senaraikan beberapa homestay di Kuala Terengganu untuk pilihan anda sebagai penginapan bagi mereka yang akan melawat tempat menarik di Kuala Terengganu.

D’Jembal Homestay

Homestay di Kuala Terengganu

Homestay yang luas dan selesa di Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu. Mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air

  • Bilik 1 : Katil Queen + Bilik Air (Aircond)
  • Bilik 2 : Katil Queen + Bilik Air (Aircond)
  • Bilik 3 : Katil Queen + Bilik Air (Aircond)
  • Bilik 4 : Katil Queen    (Kipas Siling)

Antara lokasi menarik berdekatan homestay ini ialah

  • Pantai Tok Jembal – 250 Meter
  • Pantai Teluk Ketapang – 1.5KM
  • UMT – 2.5KM
  • UNISZA – 3KM
  • MRSM K.Trg – 7KM
  • IPG Dato Razali – 7.5KM
  • Drawbridge – 7KM
  • Bandar Kuala Terengganu – 8KM
  • Masjid Kristal – 10KM

Kadar sewaan bermula dari Rm200.

Alamat: D’Jembal Homestay, Pantai Tok Jembal, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Telefon: EN. ALIAS 011-29482000

Homestay Camelia Kuala Terengganu

Homestay Kuala Terengganu

Homestay yang luas dan selesa di tengah bandar Kuala Terengganu. Mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air.

  • Bilik 1 (1 katil queen + aircond +waterheater)
  • Bilik 2 (2 katil single + aircond + kipas)
  • Bilik 3 (2 katil single + aircond + kipas)
  • Bilik 4 (1 katil queen + aircond + kipas)

Antara lokasi menarik berdekatan homestay ini ialah

  • 2 minit ke Jeti Bot Penambang (Sbrg Takir)
  • 2 minit (700m) ke Miami Beach
  • 3 minit (1.5km) ke Jambatan Angkat
  • 6 minit (3km) ke KTCC Mall
  • 8 minit (4km) ke Pantai Batu Buruk
  • 8 minit (4km) ke Airport
  • 8 minit (4km) ke Pantai Teluk Ketapang
  • 8 minit (4km) ke Jeti Shahbandar
  • 8 minit (4 km) ke Pasar Payang
  • 9 minit (5km) ke Nasi Dagang Atas Tol 3
  • 9 minit (5km) ke Hospital HSNZ
  • 9 minit (6km) ke Jeti Pulau Duyong
  • 11 minit (9km) ke Losong
  • 15 minit (10km) ke Masjid Kristal
  • 15 minit (10km) ke Masjid Terapung
  • 16 minit ke UMT
  • 16 minit ke UNISZA
  • 16 minit ke Tmn Tamadun Islam
  • 20 minit ke IPG
  • 22 minit (20km) ke Jeti Marang
  • 35 minit ke Jeti Merang

Kadar sewaan bermula dari Rm230.

Alamat: FASA V, PT 20177 TAMAN, Jalan Permint Perdana, SEBERANG TAKIR, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Telefon: 013-783 2184

Homestay Kuala Terengganu By Radazos

Homestay di Kuala Terengganu private pool

Bangun setiap pagi dengan pemandangan laut yang indah, bunyi ombak yang menenangkan dan angin sepoi-sepoi yang mendamaikan di Villa 8 bilik By Radazos.

Apa yang menanti anda:

  • Pantai dalam kampung yang tenang dan nyaman
  • Reka bentuk rumah kampung dengan kemudahan moden dan selesa seperti hotel
  • Private pool
  • 8 bilik (fully aircond)
  • Ruang Tamu luas (1000sqft sesuai utk jd dewan atau surau semasa Menginap) ( fully aircond)
  • 17 katil queen
  • 8 bilik air
  • Dapur Lengkap untuk memasak dan kelengkapan BBQ

Antara aktiviti di sekitar villa

  • pingpong
  • Carrom
  • Foosball
  • Bola Tampar
  • bola sepak pantai
  • Karaoke
  • BBQ
  • Netflix
  • mandi pantai
  • Memancing di Pantai
  • Pain Pasir Di Pantai
  • Morning Sunrise Walk

Alamat: Pantai Sauh, Kampung Pengkalan Atap , Batu Rakit Kuala Terengganu
Telefon: 013 7976 158

Tips Memilih Homestay di Kuala Terengganu

1. Lokasi yang Mudah Diakses Pilih homestay yang berdekatan dengan tempat-tempat tarikan pelancongan atau yang mudah diakses oleh pengangkutan awam. Jika anda ingin berkunjung ke Pulau Redang atau Pulau Perhentian, pilih homestay yang dekat dengan Jeti Shahbandar.

2. Semak Kemudahan dan Fasiliti Pastikan homestay yang dipilih menyediakan kemudahan asas seperti penghawa dingin, Wi-Fi, dan tempat letak kereta. Sesetengah homestay juga menawarkan kemudahan tambahan seperti kolam renang atau taman permainan untuk kanak-kanak.

3. Ulasan Pengguna Sebelum membuat tempahan, baca ulasan dari pengunjung yang pernah menginap di homestay tersebut. Ini boleh memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai perkhidmatan, kebersihan, dan keselesaan homestay.

Kesimpulan

Dengan keindahan alam semula jadi, sejarah yang kaya, serta masyarakat yang mesra, Kuala Terengganu menjadi destinasi yang sesuai untuk pengembaraan yang penuh dengan pengalaman unik. Memilih homestay sebagai tempat penginapan bukan sahaja menjimatkan kos, tetapi juga memberi peluang kepada pelancong untuk merasai sendiri kehidupan masyarakat tempatan. Jadi, jika anda merancang untuk berkunjung ke Kuala Terengganu, pertimbangkan untuk menginap di salah satu homestay yang tersenarai ini dan alami percutian yang berbeza daripada biasa.

Destinasipercutian.com

Dipi

Seorang yang suka menulis pasal percutian dan berkongsi kepada orang ramai.

error: Content is protected !!