Avatar Secret Garden Tempat Menarik di Pulau Pinang Yang Bercahaya

Pulau Pinang sememangnya salah satu destinasi yang cukup popular dalam kalangan pelancong tidak kira dari luar mahupun di dalam Malaysia. Sering kali dirujuk sebagai syurga makanan, Pulau Pinang mempunyai tarikan tersendiri untuk dilawati bukan sahaja destinasi untuk makan-makan.

Sebuah negeri yang terletak di utara semenanjung Malaysia yang terkenal dengan jolokan nama Pulau Mutiara & terkenal seantero dunia ini, bakal menjanjikan begitu banyak destinasi percutian yang pasti tidak akan menghampakan kaki travel seperti anda.

Nasi kandar. Itu antara makanan yang terkenal di Pulau Pinang. Terdapat pelbagai kedai yang menyajikan nasi kandar. Tapi, sebelum anda mengisi perut yang lapar dengan makanan yang terdapat di Pulau Pinang ini, apakata anda melawat dahulu tempat yang bakal admin sajikan untuk anda.

Avatar Secret Garden

Terdapat pelbagai tempat yang menarik di Pulau Pinang sebenarnya. Disini akan kami kongsikan kepada pembaca bertuah salah satu tempat menarik di Pulau Pinang yang percuma yang menjanjikan panorama yang menarik serta memukau bagi sesiapa yang melihat.

Salah satunya adalah Penang Avatar Secret Garden yang terletak di Tanjung Tokong Tua Pek Kong Temple. Avatar Secret Garden taman yang dihiasi lampu-lampu yang berwarna- warni seakan akan di dalam filem avatar.

tempat menarik di penang Avatar Secret Garden

Jika disebut filem “Avatar” pasti anda akan mengenali hero dan heroin utamanya iaitu Jake Sully dan Neytiri serta sebuah planet bernama Pandora. Ia merupakan sebuah filem yang mengisahkan masyarakat Pribumi cuba mempertahankan tempat tinggal mereka serta “Pokok Suci Ehwa” . Dengan menyeru semangat alam mereka berjuang bersama mengelakkan kawasan dan planet dari dimusnahkan oleh manusia yang rakus untuk menggali hasil bawah tanah.

Sekiranya anda ke Pulau Pinang, bawalah keluarga anda menikmati pengalaman penuh magikal di Penang Avatar Secret Garden. Di sini anda sekeluarga akan tenggelam di dalam dunia ‘avatar’ di mana pokok-pokok di sekitar diterangi dengan cahaya yang penuh warna-warni yang sangat memukau pandangan bagi yang melihatnya.

Baca Juga  Chalet Latip D'Ayer Itam di Batu Kurau Yang Penuh Warna Warni

Saat menjejakkan kaki ke Penang Avatar Secret Garden, anda pasti terpegun dengan keindahan hutan ajaib yang terdapat di sini. Ia bakal mengingatkan anda kepada filem Avatar yang pernah menjadi bualan suatu masa dulu.

Disini juga terdapat juga kemudahan tempat meletak kereta dilaluan masuk dari jalan besar hingga ke taman. Sekiranya nak parking bolehlah parking di dalam kawasan perkarangan tokong dengan cas bayaran Rm5. Keluar kereta terus nampak “Avatar Tree” tersebut. Anda perlu menaiki beberapa anak tangga untuk menghayati pokok yang dipenuhi dengan cahaya lampu limpah yang berwara-warni. Jangan risau jika anda membawa keluarga kerana dari pemerhatian saya kawasan ini mesra warga emas dan oku.

Avatar Secret Garden merupakan sebuah taman yang dihiasi lampu-lampu yang berwarna-warni seakan akan di dalam filem avatar. Taman ini merupakan salah satu tempat yang telah di ubahsuai menjadi taman mini yang di penuhi dengan pokok-pokok yang dihiasi oleh lampu-pampu LED. Lampu-lampu ini akan bertukar warna yang akan mewujudkan pemandangan yang sangat cantik dan indah.

Dekorasi taman di tepi pantai yang dipenuhi cahaya neon LED berwarna warni memang sungguh menakjubkan dan tidak hairanlah ianya dipanggil Penang Avatar Secret Garden kerana suasananya seperti di Pandora iaitu sebuah destinasi khayalan dari babak filem fantasi Hollywood, Avatar. Ye Avatar, bukan Avatar The Airbender tu ye.

Betapa memukaunya ‘dunia’ di sekitar sampaikan anda takkan melepaskan peluang untuk berhenti bergambar di mana sahaja anda berjalan. Di samping dapat merasai dunia yang berbeza, kemasukan ke dalam Avatar Secret Garden ini juga adalah percuma.

Antara dunia 3D Glow yang dapat anda nikmati di sini adalah tema-tema seperti misteri hutan tropika, jambatan bercahaya, berjalan di dalam laluan yang dikelilingi cahaya bintang dan banyak lagi. Jangan lupa untuk penuhkan bateri kamera anda sebelum ke sini.

Baca Juga  AirAsia Mula Laluan Penerbangan Baharu Dari Melaka ke Pulau Pinang

Mungkin masih ramai lagi yang masih tidak tahu akan kewujudan tempat ini. Namun Penang Avatar Secret Garden mempunyai daya tarikah sendiri. Jadi jika ke Penang jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengembaraan di dunia Avatar. Malahan tiada caj dikenakan untuk masuk ke taman ini. Jangan lepaskan peluang keemasan ini sementara tiket masuk masih percuma.

Taman yang terletak di tepi pantai ini juga sangat ideal sekiranya anda ingin bersantai petang dan melihat panorama matahari terbenam. Seusai matahari melabuhkan tirainya di ufuk barat, maka bermulalah masanya taman ini bertukar wajah dan akan bercahaya seolah-olah anda sedang berada di dalam dimensi yang lain. Lampu-lampu di sini akan dipasang sekitar 7.30 pm.

Walaupun boleh juga dilawati di siang hari, tapi pada waktu malamlah keidahannya akan mula terpancar. Admin nasihatkan jangan datang ke taman ini pada waktu siang kerana kecantikan taman ini hanya akan teserla bila ada cahaya lampu yang berwarna warni. Datanglah bersantai pada waktu malam bagi merasa sendiri suasana avatar yang tiada di tempat lain.

Alamat: 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: Dibuka sehingga 12 tengah malam.

Keindahan Panorama di Avatar Secret Garden

Tempat Menarik di Pulau Pinang Avatar Secret Garden

Avatar Secret Garden

Avatar Secret Garden

Avatar Secret Garden

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Avatar Secret Garden, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Next kami akan kongsikan lagi tempat menarik di Pulau Pinang yang lain.

Baca juga : Tempat Menarik Di Ipoh Untuk Dilawati

Jangan lupa booking penginapan anda di Agoda sekiranya anda mengunjungi Penang. Ini bagi mendapatkan harga terbaik. Maklumlah terdapat pelbagai tempat menarik di Penang yang mesti anda kunjungi dan tidak terlepas peluang. Ini kerana terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.

Baca Juga  11 Hotel dan Resort Terbaik di Pulau Pangkor

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

error: Content is protected !!