12 Tempat Menarik di KL Untuk Bawa Anak Jalan Jalan

Banyak rupanya tempat yang kita belum discover dekat KL. Ada yang masuk percuma ada yang kena bayar.

12 Tempat Menarik di KL

Berikut merupakan 12 tempat menarik di Kuala Lumpur yang anda mesti pergi pada cuti sekolah nanti.

1. Petrosains – The Discovery Centre

Petrosains tempat menarik di kuala lumpur.jpg

Kalau datang dengan anak anak bawah 12 tahun, muzium interaktif Petrosains ni cukup buat mereka seronok. Macam macam boleh belajar dan explore sendiri tentang sains sambil santai santai. Antaranya tentang dinosaur, simulator helikopter, bagaimana minyak di hasilkan, kokpit kereta lumba F1 dan byk lagi.

Datang awal kalau taknak beratur panjang ya, atau beli awal tiket online. Antara Tempat Menarik di KL mesti anda dan anak anda pergi.

Harga Tiket Petrosains: RM18.50 Dewasa, RM 7.50 Kanak Kanak.

2. Taman Rama rama KL

Nak lupakan sekejap kesibukkan KL? Jom bawa anak anak rasa tengok rama rama secara dekat, dan hirup udara segar . Anak anak akan seronok tengok macam macam jenis rama rama yang pastinya berwarna warni ! Datang waktu pagi ya sebab rama rama biasanya aktif masa ni.

Tiket masuk : Dewasa RM 13, Kanak Kanak RM 6

3. Aquaria KLCC

Aquaria KLCC tempat menarik di kuala lumpur

Aquarium sebesar 60 000 kaki ni terletak di dalam KLCC dan merupakan Tempat Menarik di KL menjadi pilihan ramai. Antara yang menarik di sini adalah terowong air dengan travellator bergerak. Anak anda boleh nampak macam macam jenis hidupan laut dari sini seperti ikan pari gergasi, penyu, dan ikan jerung sand tiger.

Anak anak juga dapat sentuh sendiri ikan di Touch Pool. Dan paling best, boleh tengok live macam mana krew Aquaria beri makan pada ikan Arapaima yg besar tu , cuma kena datang pada waktunya.

Baca Juga  20+ Tempat Menarik di Kundasang [UPDATED]

Tahukah anda bahawa harga tiket Aquaria KLCC lagi murah kalau beli online.

4. KL TOWER MINI ZOO

Anak anda suka haiwan? Ini memang tempat yang sesuai. Di sini, anak anak akan dapat peluang memberi makan kepada arnab, ayam dan burung burung. Ada hamster, iguana dan macam macam lagi. Kebanyakan haiwan di sini memang jinak.

Tiket : RM 35 dewasa, RM 27 kanak kanak

Kalau taknak pergi sini bolehla tengok harga tiket Zoo Negara untuk lebih banyak lagi haiwan.

5. Skybridge KLCC

sky bridge tempat menarik di kuala lumpur

Lawatan anda ke Kuala Lumpur macam tak lengkap kalau anda tak ke Skybridge ni. Anda dan anak anak boleh tengok pemandangan KL dari atas. Pengalaman yg sangat menarik bila anda dapat rasai sendiri technology fast elevator di sini, anak anak mesti teruja. Antara Tempat Menarik di KL anda kena pergi sekali seumur hidup.

Paling utama, boleh nikmati pemandangan indah tanpa bersesak sesak. Tiket hanya di hadkan 1200 saja sehari.

Tiket masuk : RM 23 Dewasa, RM 14 Kanak Kanak

6. BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

Bangunan yg terletak depan je Dataran Merdeka ni mula dibina pada 1894. Fuhh lama betul kan!

Yang menjadikan bangunan ini begitu penting dalam sejarah di Malaysia adalah pada ketika di mana waktu bagi Malaysia, Sabah, Sarawak dan Singapura diseragamkan pada 1 Januari 1982.

Bawalah anak anda untuk tengok sendiri bangunan yang jadi ikon KL.

7. DATARAN MERDEKA

Dataran bersejarah ini merakamkan detik Tunku Abdul Rahman melaungkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957

Di sinilah Union Flag telah diturunkan iaitu tepat pada pukul 12 tengah malam, 31 Ogos, sebagai simbol kebebasan negara daripada penjajahan. Untuk pengetahuan anda, tiang bendera yang mengibarkan jalur gemilang di sini merupakan yang tertinggi di dunia dengan ketinggian 95 meter.

Baca Juga  Bercuti di Marina Cove, Lumut Selamat 3 Hari 2 Malam

bawalah anak anak ke sini, supaya mereka juga ada semangat cintakan negara.

8. TAMAN ORCHID

Sesuai untuk pencinta alam dan bagi mereka yg sukakan ketenangan ! Ada lebih kurang 3000 jenis orkid yang ada di sini.

Semuanya cantik dan berwarna warni.Kalau berhasrat nak beli pun boleh, cuma perlu datang pada hujung minggu.

9. MASJID NEGARA

Tengah seronok makan jalan jalan KL ni, tiba-tiba terdengar bunyi azan, tapi di mana nak solat? Untuk tujuan ini, mai singgah solat di Masjid Negara. Sambil-sambil tu, bolehlah melihat keindahan masjid yang menjadi lambang keagungan agama Islam di Malaysia ni.

Ini cara tak langsung anda dapat ajarkan anak anak tentang pentingnya menjaga solat.

10. Kuala Lumpur Hop-on Hop-off Bus

hop on bus  tempat menarik di kuala lumpur

Malam KL taktau buat apa,. naik HopOn HopOff!!! Boleh lah healing pusing KL tengok KLCC ke jambatan saloma. Takpayah drive pun, boleh santai je atas bumbung ambik angin.

Tngokla weh harga sekepala.

Murah je pun, banyak gak spot dia singgah. Tapau burger special makan atas ni pun macam syok.

11. Pintasan Saloma

pintasan Saloma tempat menarik di kuala lumpur

Pintasan Saloma adalah sebuah jambatan gabungan pejalan kaki sepanjang 69 meter menyeberangi Sungai Klang yang berarah barat laut-tenggara. Ia menyertai Kampung Baru, Kuala Lumpur dan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.

12. Kuala Lumpur Upside Down House

upside down tempat menarik di KL

Rumah Terbalik “TERTINGGI di MALAYSIA – 2 TINGKAT”
Rumah Terbalik “PERTAMA di KUALA LUMPUR
Rekabentuk Rumah “TERBALIK YANG SEBENAR”
Lokasi : Menara Kuala Lumpur ( KL TOWER)

Cari hotel selesa dan lokasi strategik? Kami bawakan hotel 5 bintang utk anda!

ROYALE CHULAN KUALA LUMPUR

Royal Chulan Bukit Bintang
RM269
Bilik selesa
Lokasi strategik
Termasuk breakfast 2 pax

error: Content is protected !!