Pada 28 Januari 2023 yang lalu berkesempatan bercuti ke Janda Baik bersama isteri dan anak-anak. Percutian ke Janda Baik ni telah dibuat setahun yang lalu antara ex opismate. Dengan izin Allah akhirnya termakbul jugak percutian ini. Terima kasih pada Ex Opismate En Pian sebab menjadi organizer yang power kerana selalu memilih tempat percutian yang awesome.
Kami bertolak dari Seri Iskandar jam 8 pagi untuk mengelakkan jem. Alhamdulillah perjalanan semua selamat dari kesesakan. Walaupun ada kesesakan namum sekejap sahaja mungkin kerana kami tiba dalam jarak masa 5 minit sahaja di lokasi kejadian yang berlaku.
Isi Kandungan
Oleh sebab 1st time ke Janda Baik ni amat mengujakan jugakla. Maklumla kali pertama. Dengan dia punya jalan yang muat-muat 1 kenderaan sahaja. Apapun Alhamdulillah kami selamat sampai di lokasi percutian kami dah ex opismate iaitu Denz Chalet. Sampai dalam jam 1 petang jugak la. Alhamdulillah cuaca mendung-mendung takde hujan lebat.
Denz Chalet Janda Baik
Dari apa yang kami dengar Denz Chalet ni masih baru lagi dan dia punya view memang cun gile wei. Belatar belakangkan gunung dimana bangun pagi-pagi je berkabus. Sempat cek suhu dekat 21 celsius jugakla. Memang malam tu tidur tak pasang aircond dan kipas langsung. Beku weiii.
Dapatkan Voucher Agoda 10% dibawah:
Jenis Bilik dan Penginapan di Denz Chalet
Ada 15 bilik dekat sini memang sesuai la untuk cuti beramai-ramai. Kami dengan ex opismate lain conquer semua bilik di sana. So Untuk haritu Denz Chalet kami yang punya. Dalam bilik cukup kelengkapan dengan 1 katil queen, television, penghawa dingin. water heater, sabun dan lain-lain. Kedai makan berdekatan dalam anggaran 15 minit dari tempat ni.
Foodpanda or grabfood takde tau. So prepare awal-awal la kalau yang takde bbq tu. Kami dah rancang awal-awal untuk ke sini so makanan jenis potluck dah ada disediakan. Terima kasih bebanyak jugak la untuk penyedia makanan tu. Sedap weiii. Siap bertambah-tambah. Yang lain-lain datang bawak perut, air mineral 5 liter sorang, dan pinggan cawan pakai buang aje.
Aktiviti Menarik di Sekitar Denz Chalet
Sampai-sampai sahaja di Denz Chalet nasib baik boleh check in awal. Siap check in makan semua aku terus tuka baju mandi. Fuhhh. Sejuk gila wei air kolam dia. Air kolam dia ada 2 iaitu untuk dewasa dan kanak-kanak. Sesuai sangat la untuk family atau buat family day disitu. Anak aku la paling suka. Sampai nak maghrib baru stop. Tangan tu sampai dah menggerutu sejuk.
Dalam jam 5.30 petang kami menyiapakan tempat untuk bbq. Mula awal sebab takut hujan. Alhamdulillah cuaca ok. Settle bbq dalam jam 7-7.30 petang. Lepas maghrib semua makan malam. Jam 10 lapar maklum la cuaca sejuk-sejuk. Nasib ada yang baik hati masakkan maggi untuk makan ramai-ramai. Siap bertambah lagi. Sedap rupanya maggi makan tempat tinggi ni. Tambah pula dengan kimchi yang membe bawak.
Kemudahan dan Fasiliti di Denz Chalet
Ada khemah jenis canopy disediakan. Jadi bolehla duduk bawah khemah tersebut jika hujan. Yang best korang kena bawak set karaoke. Boleh menjerit sebab kawasan situ memang jauh dari chalet homestay yang lain.
Siap makan malam terus melepak tapi dia punya angin memang sejuk. Borak pun sampai jam 1 pagi je sebab sejuk sangat kena angin. Menyesal tak bawak baju sejuk. Korang kalau datang kena bawak baju sejuk tau. Serius sejuk. Keesokan pagi takde even apa-apa sangat. Memang datang untuk bercuti je. Juts makan pagi, mandi kolam, kemas-kemas barang lepastu sesi bergambar. Setelah selesai kami pun masing-masing menuju pulang ke rumah masing-masing. AKu memang tak larat dah. Straight balik je.
Tempahan di Denz Chalet
Apapun jumpa lagi next year di tempat lain pula. Terima kasih pada organizer serta yang lain-lain sebab bertungkus lumus menyiapkan percutian di Denz Chalet Janda Baik yang penuh makna ini. Moga ukhwah yang ada kekal sepanjang masa. Sekian, gambar bawah ni ada contact bagi yang berminat nak bercuti ke sini ye.