Bercuti di pulau memang seronok. Asyik tengok gambar pulau je, teringin jugak nak pergi masa cuti akan datang kan. Namun, percutian di pulau hendaklah di buat persiapan sebelum ke sana. Berikut kami kongsikan 9 tips yang korang perlu tahu jika nak bercuti di pulau pulau Malaysia.

1. Pakaian yang sesuai

Especially girl2 tu tak perlu gigih pakai high heels ye. Travel ke pulau ni, kita banyak berjalan. Jalan pula atas pasir lembut, atas tanah. So bermula dari kasut hinggalah baju memang perlu yang simple. Pakai selipar/sandle bertali dan pakaian pula yang mudah kering dan ringan. Lagi cepat kering lagi bagus.

2. Guna backpack

Pakai beg luggage yang beroda adalah kurang sesuai untuk percutian ke Pulau. Bukan apa, kadang-kadang jetty jauh berbatu-batu nak kena pikul bag, bawa backpack insyaAllah lebih mudah nak pikul

3. Minum banyak mineral water

Setengah chalet/resort memang sediakan air minum yang banyak namun ada sesetengah hanya sediakan air minum panas saja untuk buat air manis. Jadi cara terbaik bawaklah stock air mineral anda sendiri. Minum banyak air.
Cuaca sekarang bila panas, betul-betul terik. Lebih-lebih lagi sekitar pantai, panas pantai ni lain macam sikit. Jadi elakkan badan dihidrasi, silap-silap anda boleh demam kalau tak cukup air. Tak enjoy percutian nanti.

4. Toilettries

Sama juga seperti air. Terkadang shampoo/sabun yang disediakan tak mencukupi/tak sesuai dengan kulit kita, maka anda boleh bawa siap-siap.

5. Sediakan cash secukupnya

Nak cari ATM tengah pulau memang payah. Ia berbeza dengan pulau besar seperti Pangkor dan Langkawi, masih boleh gagah keluar naik kereta/motor sewa untuk mencari. Tapi kalau Pulau Rawa, Redang, Perhentian dan seangkatan, memang susah. Tak mengapa standby lebih sebagai ’emergency’ kalau jadi apa-apa.

6. Life Jacket

Tak kisah lah korang bekas perenang atau bakal atlet ke, keselamatan tetap diutamakan. Bila mana guide minta untuk pakai jacket, pakai jangan tunjuk teror. Ingat keselamatan tetap kita utamakan walau sedang bercuti.

7. Sunblock/Sunscreen

Pergi pulau nak duduk bilik? Awak bercuti di Bukit Tinggi je lah. Nak travel ke pulau yang cantik ni silap-silap setahun sekali je, takkan taknak lepak tepi pantai? 90% aktiviti best di pulau kesemuanya outdoor.

Kalau kulit korang mudah menggelupas, melecet, terbakar (sunburn) kalau tak pakai apa-apa protection seperti sunblock. Pergi 3 hari tapi dia punya effek boleh cecah 2 minggu tau.
Yang terbaik, guna sunblock dengan SPF 130PA++++
Cadangan : SUNPLAY
Kalau ada cadangan lain, boleh tepek sini. Oh ya, cari yang ada wet skin technology untuk aktiviti air.

8. Dry bag/casing waterproof

Jika bimbangkan kadar security di resort, cara terbaik bawak drybag untuk bawa barang2 penting. Selain itu anda mungkin nak ambil gambar masa dalam air jadi bawa siap-siap casing phone yang water proof. Ada kedai serbaneka resort yang jual tapi ‘harga’ pon harga pulau lah. Hehe.

9. Adapter

Jangan lupa bawa adapter. Biasanya plug yang disediakan terhad.

SELAMAT BERCUTI! Itu saje perkongsian saya berkenaan dengan tips bercuti di pulau, Harap dapat memberi manfaat kepada kita semua ya.

Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
100,000 orang pembaca destinasipercutian.com telah mendaftar AirBNB dan mendapat penjimatan
Klik SINI