Tepat 10 jun 2020, Perdana Menteri Malaysia, TAN SRI DATO’ HJ. MUHYIDDIN BIN HJ. MOHD. YASSIN telah memberi kebenaran untuk merentas negeri manakala KERAJAAN juga mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Lalu aku pun mengambil kesempatan ini untuk mengajak ahli keluarga aku bercuti. Lama diorang tak keluar rumah.
So apa lagi. Bermulalah pencarian tempat yang sesuai melalui platform Airbnb. Kenapa aku memilih platform ini? Kerana terdapat pelbagai pilihan homestay, chalet untuk keluarga. Tujuan dia senang anak aku nak bermain dalam rumah tu. Jadi memerlukan ruang yang tidak beberapa sempit. Aku bajet untuk mencari tempat percutian dalam negeri sahaja. Ini kerana untuk mengelakkan keletihan memandu dan paling penting malas nak jauh-jauh dari tempat tinggal aku. Hahahahahaha.
Tahun lepas aku pernah ke Marina Cove. Semasa ke situ aku pun melawat la satu tempat ni untuk perancangan percutian seterusnya. Rockbund Fishing Chalet nama diberi.
Nasib ada dalam Airbnb. Kalau korang belum mendaftar, silalah mendaftar. Dapat RM165 diskaun untuk tempahan kali pertama. Link daftar: Airbnb. Kalau sudah daftar apalagi, boleh terus booking di sini: Rockbund Fishing Chalet. Ok. Apa yang menariknya tempat ni. Kalau anda kaki pancing maka ini boleh menjadi pilihan untuk anda disambil besantai bersama keluarga. Terdapat tempat memancing disediakan. Tuan punya tempat ni kata perlbagai ikan terdapat disini. Antaranya kerapu dan siakap yang menjadi pilihan pemancing. Cubalah skill anda. Admin dah cuba. Akibatnya jahanam 1 joran. Hahahahahha.
Bemulalah Percutian Selama 3 Hari 2 Malam ke Percutian Ke Rockbund Fishing Chalet
Tempat pilihan yang admin pilih adalah jenis PREMIUM FAMILY SUITE By The Sea. Dia punya view. Fullamak. Memang menghadap laut. Bangun pagi nampak laut. Nak tido pun pemandangan laut. Tapi time tidur admin tutup la langsir. Karang orang nampak pula admin dan keluarga tidur. Bila bangun je baru bukak langsir dia. View dia serius cantik. Maklumla selama 3 bulan tempat ni tidak diterjah. Udara bersih serta lautnya kebiruan. Puas hati. Terdapat 2 bilik. 1 untuk kanak-kanak. Siap ada xbox lagi. 1 lagi untuk admin dan isteri. Ini gambar pemandangan dari chalet yang admin tempah.
Bilik Keluarga
Bilik kanak-kanak
Cantikkan view dia. Dan paling best breakfast disediakan. American style katanya. Sedap juga. Boleh la untuk mengisi perut yang lapar.
Malam kedua admin pergi makan di Bistro Beach Seafood. Serius sedap weii. Cubalah. Ni lokasi dia Google Maps
Sebenarnya banyak kedai makan yang menarik di Lumut ni. Cendol buluh, Kedai warisan dan sebagainya. Korang kalau banyak masa, surverlah kedai makan menarik di Lumut ye. Admin kalau suka kedai tu, kedai tu je admin pergi. Sekian itu sahajalah. Jangan lupa daftar Airbnb dan dapatkan RM165 diskaun untuk tempahan kali pertama. Link daftar: Airbnb – RM165 diskaun untuk tempahan kali pertama
Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian