Terletak 2000 meter dari aras laut, Kundasang adalah sebuah pekan kecil yang cukup istimewa di Negeri Bawah Bayu ini. Dikelilingi dengan kehijauan alam yang menyejukkan pandangan mata, udaranya juga mendamaikan jiwa. Kundasang sangat terkenal sebagai pusat pelancongan bukan sahaja kerana kekayaan khazanah alam semulajadinya, ia juga terkenal sebagai pengeluar produk makanan segar terutamanya makanan laut, sayur-sayuran dan buah-buahan. Seringkali apabila pengunjung bercuti di pusat peranginan yang terletak di Kundasang, masalah mereka adalah tidak cukup masa untuk pergi ke semua tempat yang ada di sana.

Ini kerana, kurangnya pengetahuan tempat-tempat yang perlu dilawati atau tidak mengikut jadual tempat mana yang harus dikunjungi.

Di sini kami ada beberapa tips dan nasihat untuk anda apabila bercuti sendiri di Kundasang walaupun tanpa ada pemandu pelancong!

1: Tempah Homestay untuk 1 malam di Kundasang.
✔ Jika Anda tidak membuat tempahan, pasti tidak ada yang kosong lebilh-lebih lagi pada waktu cuti sekolah.
✔ Tempah homestay di KUNDASANG ya, bukan di PEKAN RANAU.
✔ TIPS- Semasa membuat TEMPAHAN HOMESTAY, pastikan homestay tersebut menyediakan WATER HEATER. Pecaya atau tidak, air paipnya sesejuk Air AIS!

P/S Jangan lupa membuat tempahan kenderaan untuk memudahkan pergerakan ke lokasi anda. Perkhidmatan Kereta Sewa akan menanti anda di Lapangan Terbang.

2: Tempah tiket penerbangan yang sampai di lapangan terbang Kota Kinabalu seawal jam 7 pagi.
✔ Apabila sampai awal di Kota Kinabalu, Anda juga boleh terus ke Kundasang seawal yang mungkin sebab ada banyak tempat yang boleh dilawati setibanya di sana nanti.
✔ TIPS – Sebaik-baiknya sampai di Kota Kinabalu pada hari jumaat. Ini kerana anda boleh berkunjung di TAMU KUNDASANG sebelum tengahari. Di tamu Kundasang banyak bezanya dengan Tamu yang lain di daerah Sabah ini seperti Makanan, Bunga dan barang-barang yang dijual.

3: Sampai di Kundasang, anda boleh melawat tempat menarik disekitarnya seperti Desa Cattle Farm, War Memorial dan Kinabalu Park.
✔ TIPS – Anda boleh berkunjung jam 3-4 di Desa Cattle Farm kerana pada waktu itulah anda boleh melihat para pekerja memerah susu lembu.
✔ TIPS – Pasang lampu kereta sekiranya kabus sudah meliputi kawasan Kundasang untuk keselamatan anda dan pemandu yang lain.

4: Waktu petang, anda sudah boleh cek in di Homestay yang Anda sudah tempah.
✔ TIPS – Cari Homestay yang ada menyediakan kemudahan BBQ.
✔ Jangan lupa meminta selimut tambahan kerana Anda tidak akan dapat menahan sejuk pada waktu malam. Sebab tu jangan hairan jika di Homestay tu tidak ada disediakan kipas atau aircond!

5: Esok pagi, anda boleh sarapan di Kundasang atau di Ranau.
✔ TIPS – Cari Restoran yang bersih kerana di kawasan sejuk memang cepat lalat membiak

6: Lepas tu , anda boleh ke Hot Spring Poring yang terletak lebih kurang 30-40 minit dari pekan Ranau. Di sana, anda boleh mandi manda dan melawat canopy walk.

7: Lepas dari Poring, anda boleh ke kampung Luanti Spa Fish. Bila sampai sini, jangan jerit kuat-kuat ya?? Sebab mesti anda tak tahan bila ikan tu datang dekat dengan kaki anda, GELI!!

8: Selesai di sana, anda bolehlah meneruskan perjalanan pulang ke Kota Kinabalu untuk cek in di Hotel/Homestay yang anda sudah tempah.
✔ TIPS – Singgah di Nabalu Craft kerana di sana banyak barang Kraftangan buatan tangan yang anda boleh beli sebagai cenderamata.

Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
100,000 orang pembaca destinasipercutian.com telah mendaftar AirBNB dan mendapat penjimatan
Klik SINI