Villa Telaga House Dengan Private Pool Di Kajang

Villa Telaga House

Bertemu balik kita dalam artikel kalini iaitu percutian ke Telaga House yang terletak di Kajang, Selangor. Kami bercuti ke sini selepas boleh merentas negeri pada tahun 2021. Ni baru teringat nak abadikan dalam bentuk artikel.

Villa Private pool Di Kajang

Selepas boleh merentas negeri tu, kami terpikir nak pergi healing ke suatu homestay bersama kawan-kawan. Cari punya cari terjumpalah 1 lokasi yang lengkap dengan biliknya yang banyak dan juga paling penting ada kolam renang.

villa private pool

Bilik Yang Cukup Banyak

Nak panggil homestay rasa tak sesuai, apakata kita panggil Vila atau Banglo Telaga House. Villa ini cukup bessar boleh memuatkan 16+ orang dewasa dalam sesuatu masa. Ada 6 bilik semuanya lengkap dengan aircond dengan katil queen, single dalam 1 bilik. Ruang tamunya cukup besar. Siap ada tilam dan bantal spare lagi.

Healing di Tepi Kolam

homestay private pool


Ada balkoni konon-konon kalau korang nak acah-acah healing sambil tengok kolam renang. Dan yang paling best meja tepi kolam. Syokk woo kalau lepak situ sambil menikmati kolam atau tengok anak berenang atau kawan-kawan berenang. Kompem kita pun akan berenang sekali nanti.

Kemudahan Yang Ada

Villa Telaga House ni juga lengkap dengan set BBQ, pinggan mangkuk, air panas dalam bilik air dan paling penting ada wifi. Kesimpulannya Villa Telaga House ni cukup lengkap bagi mereka yang nak berfamily day, berehat bersama keluarga yang besar atau kawan-kawan.

Contact Telaga House

Kalau ada sesiapa yang hendak ke sini bolehla buat booking dengan klik Booking di Airbnb

error: Content is protected !!