7 Tempat Menarik Untuk Buat Family Day

Aktiviti family day atau percutian satu keluarga memang menyeronokkan. Menjelang cuti sekolah mesti yang rancang mengadakan aktiviti ini. Tentu ramai yang berminat mengadakan hari keluarga luar dari negeri masing-masing.

Dengan cuti sekolah yang bakal tiba tidak lama lagi. Tidak salahla kalau start mencari tempat untuk buat family day kan. Destinasi Percutian kali ini ingin berkongsi tentang 7 tempat menarik yang sesuai untuk buat family day.

Tempat Menarik Untuk Buat Family Day

Artikel kalini kami kongsikan tentang 7 Tempat Menarik Untuk Buat Family Day

1. Kampungstay Desa Murni, Pahang

Tempat Menarik Untuk Buat Family Day

Kampungstay Desa Murni Temerloh, Pahang berkonsepkan kampung style dan moden style. Suasana kampung yang tenang dan selesa. Ada 2 buah rumah moden dan 4 buah rumah tradisional yang sesuai menempatkan satu family datang bercuti dan menginap di sini.

Sangat sesuai dan merupakan antarat empat menarik untuk family day diadakan.

Ada juga kolam renang disediakan. Sesuai sangat kalau keluarga yang ramai tu datang ke sini untuk buat family day. Boleh layan patin tempoyak, buat BBQ bersama keluarga di Kampungstay, sarapan roti sarang dan mini zoo di Sarang Naga, berjalan di titik tengah semenanjung, Deerland Park, Car Boot Sale, Pekan Sehari Ahad, makan aiskrim di kebun Vanilla, steam boat pun ada, boleh gi Rabbit Land, Kuala Gandah kasi gajah makan dan banyak lagi lah yang ada di Temerloh ni.

Jadi kalau anda nak merasa ikan patin tempoyak dan juga mencari tempat menarik di Pahang bolehla booking homestay ini.

Alamat: Lot 1674, Jalan Homestay, Desa Murni Sanggang, 28020 Temerloh, Pahang
Harga: Serendah RM60 – RM750/unit
Hubungi: 60125534715
Google Map:

2. RumahKebun

Tempat Menarik Family Day

Antara tempat menarik di selangor untuk buat family day ialah Rumah Kebun. RumahKebun adalah tempat percutian peribadi yang terletak hanya 28 kilometer pemanduan dari pusat bandar Kuala Lumpur. Dikelilingi oleh bukit-bukit yang subur dan hijau, RumahKebun adalah percutian yang ideal bagi keluarga dan rakan-rakan rapat.

Alamat: Kampung Sungai Semungkis Batu 14 1/2 Hulu Langat, Selangor
Harga: Serendah RM60 – RM750/unit
Hubungi: Klik Sini Untuk Tempahan
Google Map:

3. Agrofarmstay

Family Day Di Selangor

Anda memang boleh buat family day besar-besaran di sini. Resort ini menyediakan pelbagai jenis tempat penginapan seperti River View 10 bedded, D’ Lodge 6 bedded, Garden View 8 bedded. Paling besar Villa 14 bedded. Selain itu, Agrofarmstay ini juga menyediakan kemudahan lain seperti swimming pool, BBQ pit, Karaoke room, pet house, dan taman herba.

Alamat: AGROFARMSTAY @Skill-Tech, Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong / Machap, 76100 Durian Tunggal, Melaka.
Harga: Serendah RM68 per pax
Hubungi: 012-211 8246
Google Map:

4. Suunah Koruss Resort, Janda Baik

Family Day Di Perak

Suunah Koruss Resort, Janda Baik merupakan antara tempat menarik untuk family day di Pahang. Jika anda ingin menikmati alam semulajadi yang belum di terokai maka Suunah Koruss Resort yang terletak di Janda Baik, Pahang adalah pilihan terbaik. Resort ini menawarkan penginapan senibina kayu desa berkonsepkan alam semulajadi untuk anda yang ingin meneroka alam semulajadi yang indah dan asli.

Ada 4 villa di sini jadi memang boleh memuatkan keluarga yang besar. Dan specialnya tempat ni, bukan takat ada kolam renang je. Siap BERDEKATAN SUNGAI! Waahh tak puas mandi kolam, boleh berendam dalam sungai lagi.

Alamat: 113, Kg. Pulau Santap, Janda Baik, Bentong Town, Pahang
Harga: Serendah RM90 per pax
Hubungi: 018-205 8060
Google Map:

5. Umang-umang Chalet, Kuala Linggi

Family Day Di Kedah

Dengan pantai semulajadinya yang masih belum tercemar, private serta redup, dilindunggi pula oleh pohon-pohon asal berusia ratusan tahun yang tidak terusik, besar dan rendang, Umang Umang Chalet menawarkan alternatif percutian budget dengan persekitaran chalet yang cantik, nyaman, sunyi, teratur, bersih serta santai. Sedap mata memandang.

Kalau korang nak tau. Chalet ini sangat sesuai untuk siapa yang planning untuk bercuti, Reunion atau Family day sebab chalet ni ada lebih kurang 58 bilik. Jadi tidak salahla Umang-Umang CHalet merupakan antara destinasi menarik untuk buat family day sempena cuti sekolah nanti.

Alamat: Umang Umang Chalet. Lot 602, Batu 31, Bukit Darat, Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Melaka.
Harga: Serendah RM110
Hubungi: 016-6650167
Google Map:

6. Tok Janggut Homestay & Retreat, Taiping

Family Day Di Pahang

Siapa kata Taiping takde tempat menarik untuk bercuti bersama anak-anak? Nah, Tok Janggut Homestay ini adalah antara tempat yang harus dikunjungi bersama keluarga tersayang. Suasana yang tenang dan perkhidmatan swimming pool yang disediakan ini nescaya dapat memberikan anda sekeluarga memori manis.

Korang kalau nak datang sini bersama big family, dialu-alukan. Sangat la best. Private pool hanya kita yang punya, tak berkongsi dengan guest lain. Korang nak mandi sampai ke pagi pun boleh. Parking boleh memuatkan 6-7 buah kereta.

Alamat: Kampung Senduk ulu, 34850 Changkat Jering, Perak
Harga: Serendah RM 55 per pax
Hubungi: 013-383 6867
Google Map:

7. Chalet Rimbun Hijau, Yan, Kedah

Tempat Menarik Untuk Buat Family Day

Sekiranya anda ke negeri jelapang padi untuk bercuti dan tidak tahu dimana hendak menginap, kami cadangkan anda mencuba Chalet Rimbun Hijau yang terletak di jalan Batu Hampar, Yan, Kedah. Chalet ini amat bersesuaian untuk melakukan pelbagai aktiviti sama ada perjumpaan keluarga mahupun kem motivasi.

Anda diminta untuk membuat tempahan lebih awal kerana chalet ini sentiasa penuh dengan tempahan dari syarikat swasta mahupun perseorangan. Tempat ini memang sesuai untuk buat family day dimana chalet ni menyediakan 7 bilik, dapur, dewan makan, surau, ruang istirehat dan yang paling best sekali ada 3 pool original air gunung.

Alamat: Jalan Batu Hampar (169.19 km), 06900 Yan, Kedah
Harga: Serendah RM800
Hubungi: 012-510 8191
Google Map:

Sebenarnya banyak lagi lokasi menarik percutian untuk buat family day bagi korang sekeluarga. Nak tahu kat mana lagi? Tunggu. Selamat bercuti, semoga family day yang dianjurkan dapat mengeratkan lagi hubungan dengan ahli keluarga.

Jangan lupa booking percutian anda di Airbnb

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

error: Content is protected !!