Kali ini admin ingin berkongsi mengenai beberapa tempat menarik di Ipoh untuk dilawati. Bandaraya Ipoh yang merupakan ibu negeri Perak sebenarnya mempunyai banyak khazanah pelancongan yang menarik untuk dilawati. Bagi pelancong yang baru datang ke Ipoh, pasti akan rasa satu kelainan apabila pertama kali pusing-pusing Bandaraya Ipoh.
Mencari penginapan di Ipoh? Baca: 5 Hotel Terbaik di Ipoh, Perak untuk Pengalaman Penginapan yang Tidak Terlupakan
Suasana, senibina dan tempat menarik di Ipoh ada sesetengahnya sangat unik dan memang tiada di bandar-bandar lain. Untuk pengetahuan para pembaca destinasi percutian, Ipoh pernah disenaraikan di dalam laman sebuah web pelancongan antarabangsa iaitu Lonely Planet, sebagai satu-satunya destinasi pelancongan di Malaysia yang terbaik pada tahun 2016.
Oleh itu, kami senaraikan antara 7 tempat menarik di Ipoh yang mesti tidak dilepaskan untuk dilawati sekiranya anda berkesempatan bercuti di Ipoh.
7 Tempat Menarik Di Ipoh
1. Taman Rekreasi Gunung Lang
Taman Rekreasi Gunung Lang terletak kira-kira 6 km dari Bandaraya Ipoh merupakan satu tempat menarik di Ipoh yang sesuai untuk mereka yang sukakan aktiviti santai-santai di kawasan alam semulajadi.
Sebelum tiba ke taman rekreasi ini, anda perlu menaiki bot yang akan membawa anda menyeberangi tasik ditemani dengan pemandangan indah bukit batu kapur. Setibanya di taman rekreasi ini, anda akan dapat melihat air terjun buatan manusia di atas bukit batu kapur. Untuk anda yang membawa anak pula, taman rekreasi ini turut dilengkapi dengan taman permainan dan juga mini zoo.
Selepas puas berjalan-jalan anda boleh menaiki menara tinjau untuk menikmati keindahan taman sepuas-puasnya sebelum pulang ke tempat penginapan.
Waktu Operasi:
Isnin – Khamis (8.00am – 12.00pm/1.30pm – 7.00pm)
Jumaat (8.00am – 12.00pm/2.45pm – 4.00pm)
Sabtu, Ahad, Cuti Umum (8.00am – 6.30pm)
Bayaran Bot: Dewasa RM3 manakala kanak-kanak 3 – 12 tahun dan warga emas RM1.50
Lokasi: Taman Rekreasi Gunung Lang Off Jalan Kuala Kangsar, 30010 Ipoh
Telefon: +605-5063088
2. Lost World Of Tambun
Taman tema ini merupakan satu-satunya tempat menarik di Ipoh di mana penginapan & theme park yang dikelilingi oleh batu kapur. Taman tema Lost World of Tambun ini terbahagi kepada dua iaitu dry park dan wet park.
Tarikan taman tema di sini memang cukup lengkap & sekiranya anda nak habiskan kesemua tarikan yang ada di Lost World Of Tambun anda perlu luangkan masa sekurang-kurangnya sehari setengah di sini. Bagi pelancong luar Perak, sebaiknya cari penginapan di sini supaya tidak penat & lebih mudah untuk anda berulang-alik ke setiap taman permainan di sini dengan anak-anak.
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat kecuali Selasa (11.00am – 6.00pm)
Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum (10.00am – 6.00pm)
Selasa Kecuali Cuti Sekolah/Cuti Umum (Tutup)
Bayaran Masuk: Harga Tiket Lost World of Tambun
1 . Harga Biasa
Dewasa (13 tahun & keatas): RM 117.00
Kanak ( 12 tahun & kebawah) : RM 110.00
Warga Emas (60 tahun & keatas): RM 110.00
2. Harga Tiket untuk Pemegang MyKad
Dewasa (13 tahun & keatas): RM 85.00
Kanak ( 12 tahun & kebawah) : RM 77.00
Warga Emas (60 tahun & keatas): RM 77.00
*masuk PERCUMA untuk kanak-kanak tinggi bawah 90 cm
Kadar Lost World Hot Spring & Night Park
6.00 pm – 11.00 pm
Harga Biasa
Dewasa (13 tahun & keatas): RM 75.00
Kanak ( 12 tahun & kebawah) : RM 66.00
Warga Emas (60 tahun & keatas): RM 66.00
Harga Tiket untuk Pemegang MyKad
Dewasa (13 tahun & keatas): RM 64.00
Kanak ( 12 tahun & kebawah) : RM 55.50
Warga Emas (60 tahun & keatas): RM 55.50
*masuk PERCUMA untuk kanak-kanak tinggi bawah 90 cm
Lokasi: No.1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh
Telefon: +605 5428888
3. Kellie’s Castle
Kellie’s Castle adalah sebuah bangunan bersejarah yang terletak di Batu Gajah, Perak, Malaysia. Bangunan ini dibangun oleh seorang penganut agama Hindu bernama William Kellie Smith pada tahun 1915 sebagai kediaman untuk keluarganya.
Kellie’s Castle memiliki arkitektur yang unik dan menarik perhatian pengunjung. Bangunan ini terdiri dari tiga lantai, termasuk sebuah menara dan sebuah kolam renang. Selain itu, ada juga sebuah ruangan yang dirancang untuk menjadi surau, dan ruangan bawah tanah yang dijadikan sebagai tempat penyimpanan arang batu dan bahan bangunan.
Namun, pembangunan Kellie’s Castle terhenti pada tahun 1926 setelah William Kellie Smith meninggal dunia. Saat itu, hanya sebagian kecil dari bangunan yang telah selesai dibangun.
Lokasi: Kompleks Pelancongan Kellie’s Castle Lot 48436, KM 5, 5, Jalan Gopeng, 31000 Batu Gajah, Perak
4. Tasik Cermin Gunung Rapat
Tasik Cermin di Gunung Rapat ini merupakan salah satu tempat menarik di Ipoh untuk dikunjungi kerana ia sebuah tasik terpencil yang dikelilingi secara menyeluruh oleh bukit-bukit batu kapur. Perjalanannya agak panjang sebelum sampai ke permata tersembunyi ini.
Tasik Cermin terlindung oleh kawasan kuari yang berbukit-bukau. Jalan menuju ke tasik berdebu, kemudian berbatu kerikil. Setelah sampai ke lokasi, anda perlu melalui sebuah gua yang agak gelap, tapi anda boleh nampak cahaya daripada ruangan hujung gua ini. Dan sampailah ke lokasi tasik yang sangat cantik.
Lokasi: Persiaran Pinggir Rapat 5a, 31350 Ipoh, Negeri Perak, GPS 4.559760, 101.119400
5. Nasi Goreng Udang & Sotong Banjir
Nama hidangannya saja boleh membuatkan pelanggan berfikir dua atau tiga kali, masakan tidak, sotong dan udangnya saja ‘membumbung’ menutup sajian dipesan sesuai dengan namanya nasi goreng udang@sotong banjir.
Harga: RM16.50
Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari 4:00PTG–12:15PG
Lokasi: Gerai Nasi Goreng Udang, Jalan Panglima Bukit Gantang, Ipoh, Perak
6. Pasar Karat Ipoh (Memory Lane Ipoh)
Pasar Karat ini mempunyai banyak nama panggilan lain seperti Memory Lane, Loken, Lokin, Pasar Lok Kin atau Pasar Barang Antik. Semua nama tersebut merujuk kepada destinasi yang sama.
Apa yang menariknya di sini adalah terdapat terlalu banyak barangan antik yang dijual, rambang mata dibuatnya. Semakin lama anda berjalan sekitar pasar ini, semakin susah untuk anda membuat pilihan.
Contoh barangan yang dijual adalah gramofon, radio lama, cermin mata klasik, basikal vintaj yang turut beserta dengan geran dan lain-lain lagi. Pasar ini boleh dianggap sebagai syurga bagi pengumpul barangan antik. Ia dibuka setengah hari sahaja dan hanya semasa hujung minggu. Jadi, orang ramai memenuhi tempat itu pada tempoh itu untuk mendapatkan barangan yang mereka mahu dalam kawasan sepanjang kira-kira 2km.
Waktu Operasi: Ahad (7.00am – 1.00pm)
Lokasi: Jalan Horley (Gerbang Memory Lane)
7. Pusat Rekreasi Hotsprings Lubuk Timah
Pusat Rekreasi Lubuk Timah sememangnya punyai keunikan yang tersendiri kerana disana terdapat air terjun yang sejuk dan ada juga kolam air panas. Terletak di Simpang Pulai menghala ke Cameron Highlands, Lubuk Timah kini menjadi pusat tumpuan pelancong untuk merehatkan diri dan berenang. Kolam air panas ini telah dibina semula dan diletakkan di pinggiran sungai yang mana air terjun asal mengalir disisinya. Air terjun & sungai jernih yang mengalir di sini juga tidaklah terlalu deras & sesuai untuk kanak-kanak mandi manda.
Masa lawatan: 8.00 pagi – 6.30 petang
Harga tiket masuk:
RM5.00 (Dewasa berusia 12 tahun ke atas)
RM3.00 (Kanak-kanak berusia 3 tahun hingga 11 tahun)
RM3.00 (Warga emas berusia 60 tahun ke atas)
Sewa:
RM70.00 (Gazebo Eksklusif)
RM50.00 (Gazebo)
RM10.00 (Pondok)
Lokasi: 31300 Ipoh, Negeri Perak, koordinat 4.55949,101.1614511,18
Telefon: 013-590 1690, 013-433 5361
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Ipoh ini, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Ipoh Perak.
Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian