5 Lokasi Macam Di Oversea Yang Ada Di Malaysia

Bila sebut Oversea, confirm ramai yang teruja nak pergikan. Semua orang teringin nak ke luar negara. Tapi tak semua orang mampu untuk beli tiket kapal terbang dan menanggung kos percutian yang tinggi. Sekarang ni nak ambil gambar cantik-cantik tak perlu ke oversea. Kat Malaysia pun banyak tempat cantik persis oversea, cuma apa yang korang perlu adalah skill ambil gambar dan juga pandia pilih tempat. Jika anda seorang yang menggemarkan gambar dengan latar belakang yang menakjubkan tanpa perlu pergi travel ke luar negara, jangan risau lagi. Dalam Malaysia pun banyak tempat cantik yang anda perlu explore tau.

5 LOKASI MACAM DI OVERSEA YANG ADA DI MALAYSIA

Masa pergi melancong, mesti gambar yang diambil tu nak nampak cantik dan unik kan. Tengok gambar-gambar dekat luar negara rasa macam nak pergi je tapi bajet tak cukup lagi. Takpe, dekat Malaysia pon ade la tempat yang cantik pemandangannya macam di oversea.

Apa kata korang try pergi lepastu jangan lupa pakai macam baju sejuk-sejuk sikit, lilit shawl dekat leher. Baru macam berada di oversea.

Jom check it out!

1. COLMAR TROPICALE FRENCH THEME RESORT, BUKIT TINGGI

COLMAR TROPICALE

Layan minum teh dan layan bangunan yang cantik feeling ala-ala Perancis. Inilah Colmar Tropicale. Yang berlokasi di Bentong Pahang. Terletak di kawasan berbukit membuatkan kawasan ini lebih sejuk berbanding KL. Di tambah lagi bangunan sekelilingnya memang ala-ala Perancis. Bercuti di Colmar Tropicale pun dah macam bercuti kat Perancis. Kalo share gambar percutian, sure kawan-kawan cakap kat oversea. Nak lagi feeling oversea, pakai baju tebak-tebal dan lilit shawl kat bahu, pastu amik gambar di beranda bangunan bagi nampak rekabentuk bangunan lain kat belakang tu..haa…dapat idea dah?

Tak susah nak feeling holiday kat oversea kan?

2. DESA CATTLE DAIRY FARM, KUNDASANG, SABAH

DESA CATTLE DAIRY FARM, KUNDASANG, SABAH

Terletak di kaki bukit Gunung Kinabalu adalah New Zealand di negara Malaysia, Desa Cattle Dairy Farm. Pemandangan sekitarnya sangat menyejukkan mata. Ladang lembu yang berkeluasan 199 hektar ini juga dipenuhi dengan baka-baka lembu yang didatangkan dari New Zealand. Dengan suhu sejuk, pemandangan gunung serta rumput menghijau ramai yang ingat di New Zealand.

Tak, bukan New Zealand yang kami maksudkan. Tapi Desa Dairy Farm ini lah. Sebab pemandangannya yang ala luar negara ini lah yang membuatkan ia menjadi tempat pilihan ramai pengantin serta krew filem bergambar. Terletak di Tanah Tinggi Mesilau, Kundasang. Desa Cattle atau di panggil Desa Farm adalah sebuah ladang ternakan tenusu yg dikatakan mempunyai suasana seperti berada di luar negara. Tempat ini dibuka setiap hari, dengan bayaran hanya RM5 untuk seorang, Masuk dan ambil gambar pemandangan sepuas hati landskap New Zealand Sabah.

Anda boleh mendekati lembu-lembu ini dengan memberikan mereka susu di dalam botol dan belajar bagaimana susu lembu diperah. Bukan sahaja lembu yang ada di sini, kambing pun ada untuk anda cuba berikan makanan. Pasti akan menjadi memori yang indah untuk anda sekeluarga. Sudah puas melihat pemandangan dan beraktiviti, jangan lupa untuk mencuba susu segar, ais krim dan juga yogurt yang dihasilkan di ladang ini.

3. PULAU BOHEY DULANG, SABAH

Lokasi Macam Di Oversea
Ada setengah orang sangat mengagungkan pulau-pulau di negara luar. Dia tak tahu dekat Malaysia, lagi-lagi di negeri Sabah banyak pulau-pulau yang turut tersenarai dalam pulau tercantik di dunia. Dunia tau, bukan peringkat daerah ke peringkat negeri. Kota Kinabalu, Sabah merupakan salah satu destinasi pelancongan menarik di Malaysia. Tahukah anda, Kota Kinabalu juga terdapat pulau-pulau peranginan cantik dan sangat sesuai untuk anda inginkan ketenangan.

Antara salah sebuah pulau yang cantik di Sabah ialah Pulau Bohey Dulang. Anda juga berpeluang menikmati pemandangan indah di puncak bukit setinggi 300 meter. Terbentuk daripada letusan gunung berapi jutaan tahun dahulu, pemandangan yang disajikan di Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah, cukup mengagumkan. Menjadi pulau terbesar daripada lapan pulau di Taman Marin Tun Sakaran, pulau ini mempunyai spesies baru karang dan ikan terbanyak di dunia.

4. 30TH MILE RINGLET, BERTAM VALLEY, CAMERON HIGHLANDS

30TH MILE RINGLET, BERTAM VALLEY, CAMERON HIGHLANDS

Macam Di England. Tarikan di Malaysia yang macam England pun banyak juga. Cuma salji tak ada. Tapi kalau setakat nak rasa feel kat sana tu boleh sangat. Ini antara contoh tempat menarik kat Malaysia yang nampak macam di England. Orang kata hotel ini yang terbaik di Lembah Bertam. Kalau singgah nak minum petang je pun boleh.

5. MASBRO VILLAGE HOMESTAY, MELAKA

MASBRO VILLAGE HOMESTAY, MELAKA

Pernah dengar homestay MasBro Village? Orang cakap homestay kat sini ala² satu tempat yang famez kat Australia Brighton Beaches. Maybe sebab senibina homestay ni berbentuk segi tiga yang unik dan rumah yang warna warni. Terletak di Paya Rumput, Melaka boutique homestay ni mampu memuatkan 6 orang tetamu dalam satu masa, ada 2 tingkat, 3 katil bersaiz queen, 2 penghawa dingin dan 2 bilik air. Selain daripada itu ia juga mempunyai peti sejuk, tv LCD, water heater, microwave dan heater selain meja makan untuk 4 orang. Tak perlu risau kerana Masbro Village Homestay menyediakan banyak socket untuk kemudahan para tetamunya.

Menarik tak semua tempat di Malaysia ini? Kalau anda masih belum explore semua tempat ini, ajak keluarga dan kawan-kawan untuk pergi dan tangkap gambar sebanyak yang boleh ok.

Baca juga: Destinasi Tempat Sejuk Untuk Berbulan Madu

Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

error: Content is protected !!