Tips Bermusafir
London 13/12/16
Ini keretapi mlm. Hampir semua penumpang terlelap. Saya yg masih terkebil2. Nak tidur tak boleh wpun keretapi seolah2 mendodoi. Saya buka in-box… mungkin perlu saya beri sedikit tips bagi yg bertanya. “Dr. Aya, bagilah tips mengembara. Suatu hari nnt saya harap dapat melihat dunia spt Dr.Aya juga.”
Tak tau nak mulakan. Saya bg tips seolah2 ini kali pertama berpergian. Saya bawa mcm2. Kelakar pun ada…tp hakikatnya sgt berguna.
1. Matawang yg sudah siap ditukar samaada dlm matawang negara yg hendak di ziarah ataupun dalam USD. USD adalah matawang yg laku di mana2. Di Norway mereka menggunakan Kron. Takde mana nya dpt tukar Kron dgn ringgit. Maka belilah USD dan tukar dgn Kron bila sampai…Switzerland menggunakan matawang Euro dan Swiss Frank. Jika ada USD mmg mudahlah urusan.
2. Selera saya selera Melayu. Mmg dgr mcm bodoh, tapi saya bawa cili padi yg belum berpetik tangkainya agar tahan lama. Mcm nak mati kalau tak dpt mkn pedas. Paling tidakpun bawalah sos cili. Sbb di sini jika anda cari sos cili,,anda hampa saja sbb akan diberi sos tomato ataupun tabasco yg tak sedap tu. Adakalanya saya bawa bawang goreng dan maggie wpun pd hari2 biasa di tanah air jarang sekali saya mkn makanan segera. Kalau yg ada duit boleh jer mkn makanan halal…tetapi bg yg kene ikat perut, bawalah apa2 yg patut. Satu hidangan nasi yg lengkap paling murah pun jika di”convert” kpd RM adalah dlm RM50 paling murah. Saya mkn di Geneva (Switzerland) sepinggan nasi bernilai RM250.00. Mmg lah sepatutnya kita tak convert matawang kita…tetapi kalau budget ngam2 jer…baik kira dulu.
3. Fotostat passport dan tinggalkan yg original di hotel (Di Front Desk atau dlm peti simpanan). Sewaktu di Paris saya kene “pick-pocket”. Mmg ramai penyeluk saku di Paris. Mujur sgt2 semua dokumen penting saya ada di hotel. Kalau tidak lagi lah kes haru. Saya mmg double kan document sbb takut hilang. Tiket dll saya masukkan dlm folder. 1 di hotel dan 1 lg saya bawa. Malang tidak berbau.
4. Lg satu hal penting….saya mesti ambil kad hotel yg menunjukkan di mana saya tinggal. Sbb kdg2 bila pemandu teksi tak faham bahasa Inggeris, saya perlu tunjuk sahaja kad hotel dan mereka boleh baca. Di Shanghai…pemandu teksi mmg tak faham B.Inggeris…pun saya boleh merayau2 cari roti canai…he3. Saya beritahu petugas di reception hotel saya nak cari apa… misalnya nak mkn roti canai (buka google, tunjuk gambar jer). Then minta mereka tulis dlm bahasa mandarin di atas kertas. Itu lah yg saya dok tunjuk ke hulu ke hilir😅.
5. Mana2 saya pergi dlm.beg ada botol air yg kosong. Sbb di negara2 bukan Islam, mmg bila nak ke tandas tiada disediakan bidet atau paip. Bidet automatik mmg tak best. So saya bila masuk tandas boleh cebok puas2 sbb ada bawa botol dan boleh tadah air.
6. Solat boleh di mana2. Mcm tadi…saya solat dlm keretapi. Sediakan botol spray. Mudah jer bila bermusafir. Anggota wuduk yg wajib hanyalah muka, tangan hingga ke siku, rambut dan kaki. Saya mmg buat muka seposen je bila nak solat. Arah kiblat boleh tgk kompas. IT skg canggih. Takde masaalah langsung. Namun saya pastikan pd setiap destinasi saya cari masjid. Berbeza solat di masjid…sgt mengujakan dpt solat dlm masjid di setiap destinasi.
7. Jgn bawa banyak sgt pakaian. Mix dan match baju/seluar/tudung. Dobi pun bukan mahal sgt berbanding lecehnya nak bawa beg pakaian yg sarat. Saya bawa seluar dlm pakai buang. Bra mmg saya guna sports bra. Senang cuci. Bagus jika beg luggage anda ada 4 roda. 100% lebih travel-friendly. Percayalah.
8. Jangan segan bertanya. Jika tak fasih sgt bahasa Inggeris, bantai jer la. Janji vocabulary tu betul. Grammar tolak tepi dulu. Mereka faham kita org asing.
9. Rabbi Yassir Walatuassir – selalu minta Allah swt permudahkan perjalanan kita. Pertolongan Allah swt pasti dtg. Jgn takut bermusafir. Saya pernah tersesat jalan, tertinggal kapalterbang, cedera hingga sukar berjalan, duit dicuri orang, sakit perut kerana keracunan…tetapi Allah swt dtg kan org2 yg membantu kita. Percayalah…selalulah berbaik sangka.
10. Selalu ingat..barang2 dlm bentuk cecair spt minyak wangi, losyen, ubat2 serta benda2 tajam spt pengetip kuku anda, gunting kecil, dan ntah apa2 lg makanan pelik yg nak anda bawa SIMPAN DLM BAGASI. Ubat2 penting dlm saiz kecil boleh dibawa ke kabin jika perlu. Yg saiz bagak jer jgn bawa naik atas kapalterbang tu. Tak pasal2 je kene buang/rampas di airport kalau anda bawa secara “hand-carry”. Bagi perjalanan ke luar negara, pastikan berat muatan bagasi mengikut standard yg ada ataupun byr lebih siap2 sebelum terbang. Terutamanya Air Asia, lebih setengah kilo pun tak dibenarkan masuk bagasi.
11. Rancanglah perjalanan anda. Lapangkan jiwa, berniatlah bahawa anda ingin melihat kebesaran Allah swt, mencari ilmu, membantu org2 yg sukar yg anda temui. Bermusafir itu pengalaman yg terlalu berharga. Nilainya lebih dari segunung emas. Dan dgn melangkah lebih jauh, anda menjadi org yg lebih bersyukur dan menghargai apa yg anda ada di tanah air sendiri.
Itu jer tips yang ada dlm kepala saya yg nak sebal ni. Selamat tidur….
#NOTA (utk yg banyak shopping). Jika anda mahukan rebet cukai, dptkan borang/resit VAT bagi brg2 yg layak mendpt rebet cukai drp tempat anda membeli barangan tersebut. Masukkan brg2 yg dibeli dlm satu beg supaya senang kerana barang2 ini akan diperiksa sebelum diberi perlepasan cukai sebanyak 8% – 10%. Bayangkan kalau brg2 tu tak diletak setempat, semua beg kene buka utk tunjukkan barangan yg sudah anda beli itu. Pastikan dtg awal ke airport. Terus ke kaunter VAT sbb kdg2 perlu berbaris panjang. Dah dpt rebet baru pergi check in bagasi anda.