8 Tempat Menarik di Teluk Intan Terkini 2024

Terdapat pelbagai Tempat Menarik di Teluk Intan. Pelancong yang datang ke sana pasti tidak akan melepaskan senarai tempat menarik yang ada di sana untuk dilawati.

Pakej Percutian Termurah hanya di CUTI-CUTI MALAYSIA

Sebelum kita pergi lebih lanjut kita telusuri terlebih dahulu tentang Teluk Intan yang merupakan antara salah satu tempat menarik di Perak yang anda mesti pergi.

Bagi yang nak bermalam di Teluk intan boleh survey: Senarai penginapan di Teluk Intan

Asal Usul Teluk Intan

Teluk Intan mendapat namanya dari seorang janda iaitu Mak Intan. Mak Intan merupakan seorang janda yang mempunyai rupa paras yang cantik. Beliau ialah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau ialah peneroka yang membuka Teluk Intan di sekitar awal abad ke-19.

Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. Sewaktu beliau sedang mandi di tebing Sungai Perak bersama rakan-rakannya dikatakan bahawa cincin pemberian ibunya tenggelam dan lenyap. Ketika itulah turunnya ilham untuk menamakan kawasan ini sebagai Teluk Mak Intan.

Tempat Menarik di Teluk Intan

Mari kita ikuti beberapa tempat yang menarik di Teluk Intan terbaik untuk anda kunjungi dan lawati lagi-lagi ketika cuti sekolah nanti. Mesti korang ingat Menara Condong je kan. Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik yang ada di Teluk Intan ni.

1.  Menara Condong Teluk Intan

Tempat Menarik di Teluk Intan Menara Condong

Bagi sesiapa yang bercuti ke Teluk Intan tu, jangan lupa untuk singgah ke Menara Condong. Kalau singgah pada waktu siang, korang boleh masuk untuk melihat interior menara yang berusia lebih daripada 100 tahun ni. Kalau datang pada waktu malam pula, boleh bergambar berlatarbelakangkan bangunan ini yang bercahaya indah. Menara condong ni merupakan antara tempat menarik di Teluk Intan yang takkan dilepaskan untuk dilawati kalau ke sana.

2.  Kota Astaka Nilam

Tempat Menarik di Teluk Intan Kota Astaka Nilam

Pernah terbayang tak dan ingin merasa suasana kehidupan di dalam Kota Melayu lama macam zaman dulu-dulu? Di Kota Astaka Nilam, anda akan dapat merasai pengalaman pelancongan Tradisional Melayu yang jarang dijumpai di tempat lain.

Dilengkapi dengan binaan klasik seperti balai adat, teratak, gelanggang silat, balai gendang, menara kawalan dan pintu gerbang, pastinya membawa anda kembali ke masa silam. Selain daripada senibina yang menarik, Kota Astaka Nilam juga menyediakan sajian ala kampung kepada para pengunjung.

Alamat: Lorong Kota Laksamana, Kampung Selabak, 36000 Teluk Intan, Perak

3. Rick Resort Teluk Intan

Rick Resort menarik di Teluk Intan

Port nak cuti santai feeling Mongolia yang unik di Teluk Intan. Nak holiday dalam suasana yang asing dan rare, datanglah sini. Ada bilik penginapan yang boleh masuk lima orang serta kolam renang untuk mandi manda.

Asyik hotel je kan, sekali sekala syok juga merasa tidur dalam khemah. Jangan risau, ada swimming pool yang sangat luas untuk anak-anak mandi manda, ada sewaan basikal untuk riadah petang. Wahh seronok kan

Alamat: Lot 31156, Jalan Woo Saik Hong, 36000, Teluk Intan Perak

4. River Cruise Teluk Intan

River Cruise menarik di Teluk Intan

Ramai yang tak tahu selain mercu Tanda Teluk Intan Menara Condong kita juga ada 1 lagi aktiviti menarik di Teluk Intan iaitu melawat ke Pulau Bangau. Cuti-cuti sekolah tak tahu nak ke mana. Moh terokai sungai Perak bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang

5. Nasi Kandar Nelayan

Nasi Kandar Nelayan makan menarik di teluk intan

Port ni semakin mendapat tempat di hati peminat nasi kandar sebab pilihan lauk yang pelbagai serta kombinasi kuahnya yang cukup lazat. Aneka lauk seperti ayam bawang, ayam vanggey , kari kepala ikan, lamb shank dan banyak lagi yang pastinya buat kome rambang mata. Apa yang menariknya tempat ini luas dan turut mempunyai kawasan berhawa dingin untuk keselesaan para pengunjung. Memang surrrrr.

6. Restoran Udang Galah

makan tengah hari di teluk intan Restoran Udang Galah

Antara tempat makan menarik di Teluk Intan yang menyajikan anda semua pelbagai jenis hidangan masakan kampung untuk sarapan dan makan tengah hari anda. Antara port makan tengah hari yang menarik di Teluk Intan

Alamat: Jalan Speedy 36000 Teluk Intan

7. Beting Beras Basah

Beting Beras Basah menarik di teluk intan

Terletak di Kuala Sungai Perak, Daerah Hilir Perak. Mengikut sejarah, di sinilah bermulanya Sultan Perak yang pertama berangkat masuk ke Negeri Perak. Lokasi itu sangat penting bagi istiadat diraja Perak yang juga susur galur daripada kesultanan Melayu Melaka yakni Sultan Muzaffar Shah ketika baginda mula tiba di muara Sungai Perak.

8. Memorial Peringatan Perang Batu Bertenggek

Memorial Peringatan Perang Batu Bertenggek teluk intan

Memorial ini dibina bagi memperingati perajurit tanah air yang terkorban sewaktu Perang Dunia Pertama. Mengikut sejarah seorang perajurit Inggeris telah menempatkan batu ini di atas kekakinya. Dahulunya batu ini dipercayai hanya bersaiz sebuah kotak mancis namun telah membesar sehingga menjadi saiz sebuah kereta kecil yang  boleh dilihat kini.

Akhir Kata

Itu sahajalah artikel dp kali ini. Moga anda semua dapat jalan-jalan di Teluk Intan bedasarkan artikel yang dp coretkan ini.

Baca juga:

Destinasipercutian.com

Dipi

Seorang yang suka menulis pasal percutian dan berkongsi kepada orang ramai.

error: Content is protected !!