8 Tempat Makan Best di Hulu Langat Terkini 2023

Bagi mereka yang sudah habis teroka Tempat Menarik di Hulu Langat mesti sedang mencari tempat makan best di Hulu Langat? Teruskan membaca kerana Dp akan kongsikan beberapa kedai makan yang sedap di Hulu Langat. Ada tak yang bermalam disini bedasarkan artikel Chalet dan Homestay Menarik di Hulu Langat oleh Dp ni? Kalau ada Dp ucapkan bebanyak terima kasih sebab menghargai apa yang telah Dp tuliskan.

8 Tempat Makan Best di Hulu Langat

Okey. Tanpa terus membuang masa jom kita tengok tempat makan best di Hulu Langat. Tidak kiralah western, makan tengah hari ataupun makan malam, akan Dp kongsikan dalam artikel ini.

Pakej Percutian Termurah hanya di CUTI-CUTI MALAYSIA

1. Nasi Lemak Kantin

Kalau mencari tempat makan nasi lemak di Hulu Langat, apakata try kedai Nasi Lemak Kantin ini. Ini baru lah betul Port makan santai. Makan-makan sambil menikmati udara dan suasana alam semula jadi. Nasi lemak dengan rendang ayam, rendang daging, sotong sambal, paru sambal, kerang dan kangkung, semua lauk dalam satu pinggan + Air hanya RM13.

nasi lemak Tempat Makan Best di Hulu Langat

Alamat: Kampung Bukit Kundang Batu 14½ , Hulu Langat, sebelum Corner Wong)
Waze: Nasi Lemak Kantin
Waktu operasi: 7:00 pagi – 11:00 pagi
Tel: 018-242 8205

2. Restoran TERRA PONG

Antara port makan sedap di hulu langat. Tempat makan seafood dan makanan Thai atas tasik berkonsepkan suasana Bali dekat HULU LANGAT. Yang paling menarik dekat sini, sambil tunggu makanan siap boleh jalan2 pusing tengok Mini Aquarium pelbagai jenis ikan.

Tempat Makan Best di Hulu Langat Restoran TERRA PONG

Alamat: Lot 679, Pekan Batu Lapan Belas, 43100 Hulu Langat, Selangor
Waze: Restoran TERRA PONG
Waktu operasi: Hari Selasa – Jumaat 3 Petang – 10 Malam, Hari Sabtu – Ahad 1 Petang – 10 Malam ( ISNIN CUTI)
Tel: 019-894 6454

3. Prawn Valley Farm – Galah Malaysia

Kepada mereka yang ingin menikmati terus kesegaran dan kemanisan udang galah, Prawn Valley Farm juga menyediakan BBQ Buffet. Setiap 45 minit, udang galah, udang harimau, lobster air tawar dan ketam nipah adalah antara udang dan ketam hidup yang dilepaskan ke dalam sungai kecil untuk ‘dipancing’ oleh pelanggan.

Selain itu, mereka juga menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman lain untuk bbq.

Tempat Makan Best di Hulu Langat bbq buffet

Alamat: Lot 100,Jalan Sungai SOP Batu 14 Pekan Hulu Langat, Cheras, Selangor, Malaysia
Waze: Prawn Valley Farm – Galah Malaysia
Waktu operasi: Waktu Buffet: 5.30pm – 1am Waktu Pancing: 12pm – 6am
Tel: 012-836 9388

4. Rock 9 Street Market

Korang masih mencari tempat untuk bersantai dan lepak makan bersama keluarga atau kawan? Lebih 100 Pilihan Makanan (Masakan Melayu, Thai, Chinese Style, Western & Korean). Mempunyai kapasiti tempat duduk lebih 200 orang. Tempat letak kereta yang luas, tandas dan surau disediakan. PlayPark Untuk Anak-anak. Jom ke Rock 9 Street Market.

Tempat Makan sedap di Hulu Langat ROCK 9 STREET MARKET

Alamat: Nanding, Hulu Langat (Bersebelahan SRA Dusun Nanding)
Waze: ROCK 9 STREET MARKET
Waktu operasi: Waktu Buffet: 6pm-12am lasa – Ahad
Tel: 60102288397

5. Ikan Bakar Sri Nikat langat

Antara kedai ikan bakar di Hulu Langat. Wajib try ikan talapia sambal lado, ikan talapia Bakar, dan macam macam lagi. Yang paling bestnya suasana makan dekat sini memang santai-santai dan chill sambil layan keindahan tasik dan pokok-pokok di sekeliling.

Tempat Makan ikan bakar di Hulu Langat Ikan Bakar Sri Nikat langat

Alamat: Kampung Ulu Lui, Hulu Langat, Selangor
Waze: Ikan Bakar Sri Nikat langat
Waktu operasi: Isnin – Ahad ( Selasa Cuti) 5 Petang – 12 Malam
Tel: 019 520 6036

6. Daging Salai House

Daging salai pun ada ye di Hulu Langat. Bukan dekat N9 je. Meh cubo gasho air tangan pior waris lui timur jempol , sekarang sonang dapek kek hulu langat selangor yo, sempadan ampang ngan cheras meh meh datang makan. Ada Daging Salai campur pucuk ubi, Ayam Kampung Salai, Ikan Keli Salai, Itik Salai

Daging Salai House makan salai hulu langat

Alamat: Kampung Dusun Nanding, Kampong Dusun Nanding, Malaysia
Waze: Daging Salai House
Waktu operasi: 9.00 pagi hingga 5.30 petang
Tel: 019 664 3711

7. Ms Char Kuey Teow

Antara tempat makan malam di Hulu Langat. ialah kedai Ms Char Kuey Teow. Pening nak pikir menu makan malam di hulu langat? Apakata try char kuey teow ni. Kedai berhadapan Arina tomyam bersebelahan burger komeng dan sate sentosa.

Ms Char Kuey Teow makan malam hulu langat

Alamat: taman desa sentosa bt16 dusun tua, Hulu Langat,
Waze: Ms Char Kuey Teow
Waktu operasi: 5.30pm – 10 pm Isnin- jumaat open Sabtu (on/off) Ahad (close)
Tel: 60173122428

8. Nasi Arab Mak Aji

Kalau nak kelainan boleh cuba nasi arab citarasa melayu ni pula di Hulu Langat. Makanan dan minuman semua sedap-sedap. Antara menu mesti cuba ialah kuzi kambing.

Nasi Arab Mak Aji makan di hulu langat

Alamat: lot 422 batu 14 hulu langat, Cheras, Selangor
Waze: Nasi Arab Mak Aji
Waktu operasi: 8.00am – 7.00pm Selasa – Ahad
Tel: 013-334 6284

Akhir Kata

Jika anda ada lagi list tempat makan best di hulu langat untuk dimasukkan jemputlah komen di bawah ye.