8 Tempat Menarik di Muar Boleh Dilawati

Daerah Muar berkeluasan 2346.12 km persegi dengan penduduk seramai 328,695 orang (bancian 2000). Perkataan ‘Muar’ dipercayai berasal daripada Muara. Kemungkinan lain ialah ia berasal daripada perkataan hindu iaitu “Muna” dan ‘Ar” yang masing-masing bermaksud Tiga dan Sungai, menggambarkan kewujudan Sungai Muar yang mengalir melalui bandar ini dan juga merupakan sungai terpanjang di Johor.

Pakej Percutian Termurah hanya di CUTI-CUTI MALAYSIA

Accommodation: Where to Stay in Muar

Juga dikenali sebagai Bandar Maharani, bandar bersejarah ini mempunyai tarikan alam semula jadi yang istimewa seperti misteri Gunung Ledang dan pemandangan cantik di Pantai Leka. Tempat riadah dan rekreasi, pantai, air panas, gunung, semuanya ada di Muar. Namun apa yang lebih penting adalah, tempat makan di sini yang harus anda cuba kerana Muar terkenal dengan masakan asam pedasnya.

Tempat Menarik di Muar

Jom lihat senarai 8 tempat menarik di Muar yang telah admin kumpulkan ini.

1. Umbrella Alley

Tempat Menarik di Muar - Umbrella Alley

Bila sampai ke Muar korang mesti kena pergi ke Umbrella Alley Muar. Ia terletak berhampiran dengan Majlis Perbandaran Muar. Disini terdapat deretan payung berwarna-warni yang sangat cantik tergantung sebelah atas di belakang lorong. Manakala disebelah bawahnya terdapat bermacam-macam lukisan mural yang dilukis oleh anak-anak muda Muar yang sangat kreatif.

Penginapan Hotel Terdekat: Klik Sini

Pelbagai lukisan seperti Boboiboy, Agent Ali, Frozen, Minion dan lain-lain lagi. Siap ada 2 bangunan lagi yang penuh dengan mural. So kalau korang ke Muar, ini adalah salah satu tempat yang wajib korang singgah ya. Umbrella Alley ni agak tersorok sedikit jadi kalau takut sesat korang cari je bangunan Majlis Perbandaran Muar(MPM) dan parking sebelah OCBC. Dari situ korang dah nampak payung warna-warni ini.

2. Taman Tanjung Emas

Tempat Menarik di Muar - Taman Tanjung Emas

Taman Tanjung Emas merupakan sebuah taman rekreasi yang terletak di muara Sungai Muar yang menghadapi Selat Melaka. Taman yang besar ini diuruskan dengan rapi supaya persekitarannya sentiasa selesa. Pemandangan laut Selat Melaka dapat anda saksikan di Muar ketika mengunjungi Taman Tanjung Emas. Keindahan senja yang ditawarkan di tempat ini pun sangat mengujakan.

Penginapan Hotel Terdekat: Klik Sini

Ini adalah taman yang menjadi tempat santai untuk keluarga terutamanya pada hari minggu. Tarikan yang ada di sini ialah sebuah dataran serbaguna, Jeti Tanjung Emas, Medan Selera Tanjung Emas dan Kompleks Marina Muar (Marina Bay) di tebing Sungai Muar. Pengunjung boleh bersiar-siar melihat pemandangan menarik di tepi sungai (waterfront) yang sentiasa menjadi tumpuan orang ramai bersantai dan juga memancing.

Terdapat replika durian gergasi yang akan menyambut kahadiran anda setibanya anda di taman ini. Anda boleh melakukan aktiviti riadah kerana terdapat pelbagai peralatan riadah disediakan di samping kemudahan awam yang lain.

3. Kolam Air Panas Sungai Gersik

Tempat Menarik di Muar - Kolam Air Panas Sungai Gersik

Antara tarikan lain tempat menarik di Muar ialah Kolam Air Panas Sungai Gersik. Kolam ini yang terletak dekat dengan Pekan Parit Jawa, merupakan sebuah kolam air panas semula jadi. Kolam ini bersuhu antara 50-70 darjah Celsius dan dipercayai bagus untuk kesihatan para pengunjungnya.

Penginapan Hotel Terdekat: Klik Sini

Terletak di antara Parit Jawa dan Batu Pahat, kolam air panas semula jadi ini uruskan dengan rapi menjadikannya sentiasa dikunjungi pelancong. Walaupun percuma, persekitaran di kolam air panas ini bersih yang dijaga dengan rapi. Kemudahan awam yang tersedia di sini menjadikan kolam ini kawasan yang padat dan penuh dengan orang ramai terutama pada hujung minggu dan musim cuti sekolah.

Tempat ini memanglah sesuai untuk dikunjungi oleh sekeluarga pada hujung minggu kerana juga telah dilengkapi dengan pondok rehat taman permainan kanak-kanak dan juga gerai makanan.

4. Pantai Leka

Tempat Menarik di Muar - Pantai Leka

Pantai Leka merupakan sebuah pantai menarik di Muar dan juga sebuah tempat perlindungan atau persinggahan hampir 44 spesies burung yang menonjol di Parit Jawa seperti spesies burung botak yang sering dirakam lensa para penggemar burung di seluruh dunia. Malah, ia juga menjadi lokasi pilihan bagi burung-burung yang berhijrah. Pantai Leka dilengkapi dengan makanan dan tempat perlindungan daripada hutan-hutan bakau tempatan untuk spesies yang jarang ditemui ini.

Penginapan Hotel Terdekat: Klik Sini

Syurga kepada yang suka mengambil gambar, Pantai Leka menjanjikan pemandangan kampung nelayan berlatarkan suasana matahari terbenam di samping spesis burung unik yang dapat dibuat koleksi yang sangat berharga. Terdapat juga kemudahan seperti menara tinjau dan taman permainan di sekitar pantai untuk para pengunjung.

5. Nasuha Herbs

Tempat Menarik di Muar - Nasuha Herbs

Jika anda seorang yang gemar ke spa, anda boleh melawat Ladang Herba Nasuha yang terletak 19km daripada bandar Muar. Ladang yang berkeluasan lebih 1500 hektar ini mengandungi 135 jenis herba berlainan yang datang dari seluruh dunia.

Kilang dan ladang Mak Siti yang terletak di Muar, Johor telah diasaskan oleh Tuan Haji Nasuha Kasian mengikut resepi turun temurun keluarga mereka. Mereka mempunyai ladang seluas 1500 hektar di sana dan telah dikenali sebagai ladang herba dan rempah yang terbesar di asia dengan menghasilkan 6 hingga 10 tan metrik ramuan mentah dan rempah setiap hari.

Penginapan Hotel Terdekat: Klik Sini

Tanaman herba di sini berasaskan organik dan mampu mengeluarkan sehingga 6 ke 10 tan metrik bahan mentah setiap hari. Di sinilah adanya kilang rempah masakan yang dijual secara komersial dengan jenama “Mak Siti”. Ladang Herba Nasuha turut menyediakan resort menarik bagi pengunjung yang ingin melawat dan melihat lebih lanjut apa yang ada di sini. Selain chalet cantik berupa “long cabin”, sebuah dometri yang boleh memuatkan 11 orang tetamu turut disediakan di resort ini. Pengunjung boleh menikmati urutan tradisional, mandian herba, spa herba dan terapeutik.

Mesti korang ingat iklan Babas yang selalu masuk TV dulu tu da cukup hebat. Rupanya Mak Siti ni pon bukan calang-calang ya. Lepas ni bolehlah cuba serbuk rempah Mak Siti, yang penting ianya halal dan halalan toyibbah.

6. Medan Ikan Bakar Sabak Awor

Tempat Menarik di Muar - Medan Ikan Bakar Sabak Awor

Gerai Medan Ikan Bakar Sabak Awor yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Muar (MPM) ini adalah tempat makan yang paling sesuai untuk anda cuba. Kali ini Medan Ikan Bakar Sabak Awor berkonsepkan di medan selera dengan pelbagai pilihan makanan laut segar seperti ikan, udang, sotong, kerang dan beberapa pilihan lain.

Penginapan Hotel Terdekat: Klik Sini

Berkonsepkan medan selera (food court) dengan terdapat banyak gerai-gerai di bawah satu bumbung, kebanyakan gerai-gerai di sini menjual makanan laut yang segar dan anda bebas memilih mengikut cita rasa masing-masing. Ruang letak kereta yang banyak turut memberi keselesaan para penggemar ikan bakar untuk berkunjung ke sini.

Baca juga: Tempat Menarik Di Melaka Untuk Seisi Keluarga

Gerai-gerai yang banyak membolehkan anda makan secara santai tanpa perlu risau pengunjung lain yang menunggu untuk mengambil tempat anda. Awor ni sebenarnya dari perkataan aur seperti dalam peribahasa ‘bagai aur dengan tebing’. Sebutannya mengikut loghat orang tempatan ‘awor’.

Jangan lupa singgah ke sini yang merupakan antara tempat makan menarik di Muar.

7. Gerai Asam Pedas Parit Jawa

Tempat Menarik di Muar - Gerai Asam Pedas Parit Jawa

Berada di Muar tapi tiba-tiba teringin nak makan asam pedas? Jangan risau dan tak perlu ke Melaka lagi. Di Medan Asam Pedas Parit Jawa semuanya ditanggung beres. Asam Pedas yang piau dan asli, kuah yang pekat serta rasa pedas yang padu pasti membuatkan anda tidak akan menoleh ke kanan atau ke kiri semasa menikmati asam pedas di sini.

Penginapan Hotel Terdekat: Klik Sini

Terdapat pelbagai gerai yang menjual asam pedas. Hidangan asam pedas di sini nyata tidak menghampakan. Jika mahukan rasa yang lebih hebat, anda boleh minta hidangan yang panas. Pengunjung yang datang menikmati asam pedas di sini terdiri daripada pelbagai kaum.

Tambahan pula, anda dikelilingi pemandangan yang indah dari Pantai Leka. Pasti membuatkan anda terleka buat seketika. Di Medan Asam Pedas Parit Jawa terdapat banyak gerai yang menyajikan makanan yang enak dan yang paling popular di medan ini adalah asam pedas Pak Yahya. Medan ini beroperasi setiap hari kecuali hari Ahad bermula jam 11 pagi sehingga 4 petang.

8. Gunung Ledang

Untuk penggemar aktiviti luar seperti aktiviti berkhemah atau mendaki gunung, anda boleh menuju ke Gunung Ledang. Gunung yang terkenal dengan kisah mistik Puteri Gunung Ledang ini menyediakan pengalaman akitiviti luar yang sangat menarik dan berlainan daripada gunung-gunung lain di Malaysia.

Penginapan Hotel Terdekat: Klik Sini

Selain aktiviti mendaki, anda boleh datang ke sini untuk bermandi-manda di air terjun yang terdapat di kaki Gunung Ledang. Dah puas bermandi, bolehlah berkelah sambil makan-makan bertemankan panorama indah kehijauan hutan yang menyegarkan.

Inilah antaranya tarikan-tarikan hebat untuk dilawati di Muar dan inilah destinasi percutian yang wajib ada dalam list anda. Muar memang unik dan memang banyak tempat menarik di Muar yang anda boleh pergi melancong sama ada bersama keluarga atau pergi bersama kawan-kawan lain.

Jangan lupa booking penginapan anda di Agoda sekiranya anda mengunjungi mana-mana tempat percutian yang admin tuliskan dalam artikel ini. Ini bagi mendapatkan harga terbaik dan terdapat pelbagai pilihan hotel homestay disitu.

Alang-alang ke Muar, singgahla ke Legoland. Beli je tiket di: Tiket Legoland

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

error: Content is protected !!