Batu Pahat merupakan salah sebuah daerah popular di Johor. Untuk pengetahuan, ia adalah daerah yang ke 20 paling pesat membangun di Malaysia. Ini banyak disumbangkan oleh terbinanya beberapa buah pusat pusat membeli belah dan tarikan alam semula jadi. Oleh itu banyaklah tempat menarik di Batu Pahat yang boleh anda kunjungi.

Bila sebut Batu Pahat, apa yang terbayang di fikiran anda? Kalau kami, Batu Pahat sinonim dengan pengeluar nenas dan mee racun yang sangat sedap dan istimewa. Bukan sahaja syurga bagi deria rasa, Batu Pahat juga menempatkan banyak destinasi yang menarik untuk disinggahi. Nak tak kalau kami kongsikan 7 tempat menarik di Batu Pahat?

1. Wet World Batu Pahat

Siapa yang tak suka bermandi-manda? Lagi syok kalau setiap kali melancong ke satu-satu tempat, anda cuba setiap taman tema airnya, barulah lengkap ‘portfolio’ mandi-manda anda sekeluarga. Di mana lagi taman tema air yang best di Batu Pahat ni kalau bukan di Wet World Batu Pahat. Ia sesuai untuk seisi keluarga bersantai. Terdapat kolam renang khas untuk orang dewasa. Tidak lupa juga kolam khas untuk kanak-kanak di mana terbinanya taman permainan dalam air yang cetek.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 6.00pm) | Rabu Tutup (Kecuali Pada Musim Cuti)

Bayaran:

Warganegara: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM17

Bukan Warganegara: Dewasa RM30 | Kanak-kanak RM27

Alamat: Lot 138, Jalan Bukit Pasir, Tasik Bukit Pasir, Batu 1/2, Johor, Kampung Batu Pasir, 83000 Batu Pahat

2. Old Street Batu Pahat

Mahukan tempat urban yang indah dan sesuai untuk lepak? Kunjungilah Old Street Batu Pahat. Ia merupakan sebuah kawasan perniagaan yang mempunyai landskap indah yang menggabungkan sentuhan lama dan moden. Berlokasi di Old Street Batu Pahat, di atas bumbung bangunan ini terdapat sebuah taman yang dihias cantik yang diberi nama Sky Garden Old Street. Selain taman yang indah, di bahagian atas bumbung ini juga terdapat banyak restoran yang dihias dengan penuh kreatif.

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Rabu & Ahad (10.00am – 7.00pm) | Rabu & Ahad Tutup

Alamat: Jalan Parit Besar, 83000 Batu Pahat

3. Galeri Dato Onn Batu Pahat

Bangunan Galeri Dato’ Onn Batu Pahat yang telah dibina pada tahun 1938 ini terletak di dalam sebuah kawasan padang golf. Sebelum dijadikan galeri, bangunan yang berkeluasan 4487.50 kaki persegi ini merupakan rumah kerajaan yang didiami oleh Dato’ Onn dari tahun 1945 hingga 1947 sewaktu beliau mememang jawatan sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat..

Oleh itu, sebuah galeri didedikasikan khas buat beliau. Galeri Dato’ Onn ini menempatkan sejarah, foto peribadi, tembikar, senjata, dan sebagainya. Semuanya digunakan semasa zaman pemerintahan beliau. Sesuai sekali jika bawa anak yang masih bersekolah ke sini.

Harga tiket: Percuma

Waktu operasi: 9.30 – 4.30pm

Alamat: Jalan Dato Mohd. Shah, Gunong Soga, 83000 Batu Pahat, Johor

4. Ladang Nanas Kampung Parit Tengah

Ladang nanas yang terletak di Kampung Parit Tengah ini merupakan ladang yang terbesar di Asia Tenggara dan juga yang ketujuh terbesar di dunia. Dapat anda bayangkan keluasannya?Terdapat dua jenis nanas yang biasa diusahakan oleh penduduk Kampung Parit Tengah iaitu nanas jenis Morris dan juga Josaphine kerana buahnya yang besar dan isinya yang sangat manis.

Alamat: Ladang Nanas, Kampung Parit Tengah, Batu Pahat

5. Pantai Punggur

Nama Pantai ini Pantai Rekreasi Punggur. Dulu pantai ini dikenali Pantai Berangan.jarak pantai ini dari pekan Rengit 6 kilometer dan 27 km dari bandar Batu Pahat. Di sini terdapat sebuah jeti yang menjadi spot yang sempurna untuk anda bergambar berlatar belakangkan keindahan lautan yang terbentang luas bersama yang tersayang.

Alamat: Jalan Kampung Punggur Laut Timur, 83100 Senggarang

6. Taman Rekreasi Tasik Y

Tasik ini dinamakan Tasik Y kerana bentuknya seperti huruf Y. Dahulunya merupakan tapak perlombongan, taman ini kini merupakan sebuah taman rekreasi yang dilawati ramai orang untuk beriadah di waktu petang dan di hujung minggu. Cukup lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti laluan refleksologi, taman permainan, peralatan senaman dan pondok rehat.

Tasik Y ini sentiasa dikunjungi orang ramai pada setiap petang dan hujung minggu. Mana tidaknya, suasananya tenang dan anda boleh berehat di tepi tasik. Jangan lupa untuk singgah membeli makanan ringah dan kudapan di gerai berhampiran.

Alamat: Jalan Sejati Pahat, Kampung Bahagia, 83000 Batu Pahat, Johor

7. Taman Botani Batu Pahat

Taman Botani Batu Pahat merupakan salah satu daripada lokasi penggambaran filem Puteri Gunung Ledang. Jika anda melawat Batu Pahat, jangan lupa untuk singgah di sini. Lihat sahaja pemandangan yang disajikan di Taman Botani ini, tidak hairanlah ia telah menjadi lokasi pilihan. Cukup indah dan mendamaikan jiwa. Landskapnya juga cantik dengan laluan pejalan kaki dan titian yang menghadap tasik. Ia juga tempat yang sesuai untuk anda bergambar.

Alamat: Seri Medan, 83000 Batu Pahat

Tempat menarik di Batu Pahat ini memang seronok untuk dikunjungi. Semuanya sesuai untuk seisi keluarga berehat dan meluangkan masa bersama. Kalau anda berkesempatan berkunjung ke daerah ini, lawatlah ke lokasi yang admin sebutkan di atas. Diharapkan artikel tempat menarik di Batu Pahat ini dapat membantu anda sekeluarga merancang sebuah percutian yang terindah dalam memori.

Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram