Menjadi satu kemestian kalau berjalan ke Kuantan, anda mesti kena singgah di Teluk Cempedak kerana ia adalah antara lokasi pantai cantik di Pahang. Sejak bertahun, Teluk Cempedak menjadi lokasi pilihan ramai penduduk tempatan atau pelancong luar untuk singgah menikmati keindahan yang ada di sini.
Pakej Percutian Termurah hanya di CUTI-CUTI MALAYSIA
Seandainya anda berpeluang ke Teluk Cempedak, untuk penginapan di sini boleh tengok: Senarai Penginapan di Teluk Cempedak
Teluk Cempedak merupakan antara pantai yang popular di negeri Pahang. Terletak hanya 5 km daripada bandar Kuantan dan berhampiran dengan Kelab Golf Diraja Pahang. Pantai ini lebih dikenali oleh masyarakat setempat dengan nama TC yang bermaksud Teluk Cempedak.
TC merupakan tempat tumpuan dihujung minggu. Dengan pantai yang memutih dan dikelilingi dengan batu-batuan, rimbunan pokok-pokok serta angin pantai yang bertiup terasa sangat menyegarkan.
Kononnya nama Teluk Cempedak ini mendapat namanya daripada pokok cempedak. Suatu masa dahulu ada orang telah menanam banyak pokok cempedak di tepi pantai chempedak. Itulan asal nama pantai cempedak.
Nama Teluk Cempedak atau jolokannya TC dalam kalangan penduduk tempatan cukup dikenali kerana menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan sama ada sendirian atau bersama keluarga seperti berkelah, mandi laut, memancing, bermain layang-layang, bola pantai atau sekadar bersiar-siar di pantainya sambil menghirup bayu laut.
Kemudahan Yang Ada di Pantai Teluk cempedak
Antara kemudahan lain yang terdapat disini ialah tandas, bilik mandi, surau, gerai makanan dan pakaian, taman permainan kanak-kanak, restoran, KFC, Mcdonald, laluan riadah dan jungle tracking.
Dengan adanya kemudahan rumah rehat/hotel disini, memudahkan bagi mereka yang ingin bermalam disini. Antaranya Hotel Hyatt Regency. Pada musim monsun timur laut bertiup iaitu antara bulan November hingga Mac, aktiviti seperti berkelah dan mandi-manda di laut dilarang sama sekali kerana keadaan lautnya yang bergelora dan berombak besar serta ganas amat berbahaya kepada pengunjung di pantai ini.
Di samping itu, pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak yang berkuasa menambah lagi daya tarikan para pengunjung. Pelbagai jenis tempat makan turut tersedia kepada pengunjung. Hampir kesemuanya berjenama. Seperti tempat perkelahan yang lain, Teluk Cempedak juga dikunjungi ramai pelancong kebanyakannya dari luar.
Terdapat juga menghibur jalanan disini, seperti gambar diatas pertunjukan haiwan berbisa iaitu ular. Ramai pengunjung tertarik dan tidak melepaskan peluang untuk menyentuh dan bergambar. Terdapat juga disini pelukis potret gambar.
Pantai Teluk Cempedak juga tempat mencari rezeki oleh orang-orang tertentu dengan pelbagai cara. Ada yang menjual pelbagai barangan cenderahati. Ada juga yang melukis dengan pelbagai aksi. Ada juga yang bermain muzik seperti yang saya nyatakan di atas.
Sudah tentu tarikan utama TC adalah pantainya yang cantik dan berpasir putih. Selain itu, batu-batu besar semula jadi pelbagai bentuk dan saiz menjadi antara dekorasi menarik di pesisir pantai.
Kalau anda sukakan ‘alam dan fauna’ berdekatan dengan Teluk Cempedak ada hutan simpan yang boleh anda daki. Trek di Teluk Cempedak ini boleh anda lalui dan habiskannya sehingga ke Pantai Pelindung.
Kebersihan di kawasan pantainya amat dijaga kerana pihak berkuasa tempatan tidak mahu imej destinasi indah yang menghadap Laut China Selatan itu dan kian dikenali dalam pelancong asing terjejas.
Untuk kesini, pengunjung yang datang dari Kuala Lumpur boleh melalui Lebuh Raya Pantai Timur di Gombak dan ambil susur keluar Kuantan atau Gambang terus ikut signboard Teluk Cempedak. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Pengunjung juga boleh menaiki pengangkutan awan seperti bas dan teksi dari bandar Kuantan.
Tarikan yang terbaru di Teluk Cempedak ini dan baru dibuka ialah gerai- gerai jualan barang dan pakaian ala- ala uptown. Terdapat pelbagai pakaian, barangan kulit, alat mainan, jam tangan, minyak wangi, cermin mata dijual disini.
Panorama semula jadi seperti longgokan batuan, kehijauan hutan dan pasir pantai yang landai dan memutih ini pastinya akan memberi sudut gambar yang cantik.
TC juga menjadi tempat tinggalan sejarah lama berikutan kewujudan satu kubu dipercayai dibina oleh pihak British dalam usaha mereka mempertahankan kawasan itu daripada serangan tentera Jepun pada 1941.
Kubu berkenaan dijaga rapi dan sedikit sebanyak membangkitkan nostalgia penduduk tempatan akan sejarah penjajahan di Tanah Melayu.
Saban hari pantai ini memang dikunjungi oleh ramai pelancong. Hujung minggu memang lagi ramai dan menjadi tumpuan warga kota. Boleh katakan di sini antara lokasi santai yang paling disukai oleh orang ramai.
Jadi tidak salah mengatakan bahawa Teluk Chempedak menjadi antara tempat menarik di Kuantan untuk dikunjungi.
Baca juga: Tempat Menarik Di Kuantan Untuk Dilawati
Jangan lupa booking penginapan anda di AGODA sekiranya anda ingin bermalam di Ipoh bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.
Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian