Air Mata Biru di Pantai Tusan, Miri Tarik Pelancong

Fenomena Air Mata Biru Pukau Pengunjung Di Pantai Tusan

Subhanallah, cantik sungguh ciptaan Allah. Pantai ni akan bertukar menjadi warna biru bila kawasan mula gelap. Fenomena ini dinamakan air mata biru oleh penduduk setempat. Jika anda berkunjung ke Miri jangan lupa menjenguk ke Pantai Tusan — satu destinasi pelancongan baharu di bandar raya Miri.

Pantai Tusan di Bekenu, kira-kira 40 kilometer dari bandar raya ini, sebelum ini hanya popular di kalangan penduduk berhampiran serta peminat fotografi sebagai lokasi terbaik untuk melihat matahari terbenam dan landskap menarik di situ.

Kedudukan pantai ini di hujung sebuah ladang kelapa sawit yang berhampiran Jalan Pesisir Pantai Miri-Bekenu agak tersorok, dan pengunjung perlu berjalan turun kira-kira 30 meter untuk ke pantai tersebut, menambah ‘misteri’ kepada lokasi ini.

Pantai Tusan
Fenomena air mata biru ialah cahaya biru berkilau terang yang terhasil daripada plankton yang bertindak balas dengan oksigen dalam air laut dan membentuk warna biru terang. Pantai ini bertukar menjadi biru seolah-olah dilimpahi lampu neon. Fenomena semula jadi inilah yang ditunggu-tunggu oleh peminatnya setiap tahun terutama ahli fotografi.

Pertama kali fenomena dirakamkan adalah pada September tahun lalu oleh seorang jurugambar tempatan Albert Song. Kedatangan pelancong ke Pantai Tusan Miri Sarawak pada sebelah malam meningkat. Bukan hanya boleh dirakam melalui lensa kamera digital tau. Fenomena yang dilihat berlaku di sepanjang pinggir Pantai Miri ini juga boleh dirakam dengan menggunakan kamera biasa mahupun telefon pintar.

Walaupun fenomena ini sudah lama muncul di tempat lain, ia baru saja diketahui di Pantai Tusan dan meningkatkan popularitinya dikalangan pengunjung. “Air mata biru” hanya muncul pada akhir tahun, sekitar bulan September hingga Disember.

Pantai Tusan

Setakat ini yang dicatatkan lokasi yang pernah berlaku fenomena “air mata biru” ini adalah do Kepulauan Matsu di Taiwan, Pantai Vaadhoo di Kepulauan Maldivesm, beberapa pantai di USA, Laut Caribbean, Eropah dan Australia. Jadi oleh kerana itulah apabila berlakunya fenomena tersebut di bumi Malaysia amnya dan khususnya di Sarawak iaitu Miri ianya telah membawa kepada peningkatan pelancong baik di dalam negeri mahupun luar Negara datang berpusu-pusu ke Tusan untuk melihat fenomena istimewa ini.

Sejak itu saban minggu, ratusan pengunjung menyerbu pantai itu untuk menyaksikan sendiri fenomena air mata biru, atau dinamakan ‘bio-luminescence’, yang berlaku apabila mikro-organisme di dalam air diganggu oleh oksigen, menghasilkan cahaya cerah kebiruan di pantai tersebut.

Mungkin ianya terlalu ajaib bagi kita kerana fenomena ini mungkin hanya boleh kita tonton di dalam filem “Avatar” dengan pantainya yang umpama Kristal kebiru-biruan sungguh mengasyikkan bagi kita. Sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan “air mata biru” ini adalah ada kene mengena dengan sejenis plankton iaitu sejenis hidupan laut mikro. Dikatakan apabila ianya di dalam jumlah yang banyak ianya akan mengubah tenaga kimianya menjadi tenaga cahaya kerana bertindak untuk mempertahankan diri.

Selain fenomena air mata biru, tarikan lain termasuk tebing batu di Tanjung Layang-layang yang turut dikenali sebagai ‘Batu Kuda’ di kalangan pengunjung berikutan bentuknya mirip seekor kuda sedang minum serta gua kecil dengan landskap batuan menarik di sepanjang pantai itu.

Pantai Tusan

Katanya, dari awal Januari hingga Februari tahun ini, fenomena itu terus dikesan berlaku namun hilang selama beberapa bulan sebelum muncul kembali awal November lepas.

Setakat ini tidaklah diketahui samada Pantai Tusan ini masih lagi dilanda fenomena “air mata biru” kerana mungkin suhu air laut telah berubah-ubah. Mungkin juga tahun hadapan ataupun tahun-tahun yang seterusnya di dalam bulan yang sama iaitu September dan Oktober aka nada lagi fenomena ini melanda pantai-pantai di Miri tidaklah kita ketahui. Namun begitu ianya tidak bermakna Pantai Tusan terus dilupakan kerana sebenarnya pantai ini mempunyai kecantikan yang luar biasa malah mempunyai satu kawasan bukit tinggi yang cantik.

Pantai Tusan

Pantai Tusan bolehlah dinaiktaraf dan tidaklah keterlaluan untuk meletakkannya di kalendar pelancongan Sarawak Bumi Kenyalang agar ianya terus dapat menjadi pemangkin kepada ekonomi masyarakat setempat. Lagipun jika diambilkira, lokasi yang berdekatan di Tusan seperti Bekenu juga boleh diangkat menjadi produk pelancongan kerana disinilah berhimpunnya tradisi dan cara hidup masyarakat Kedayan Bekenu yang unik dan menarik.

Baca juga: Culvert View, Tarikan Terbaru Di Kundasang

Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian