Lalang’s Chalet & Campsite, Tarikan Terbaru Dekat Jeli Kelantan

Bukit Kudung dan Lata Keding yang terletak di Kampung Gemang di sini mungkin tidak begitu dikenali ramai, namun ia menyimpan seribu khazanah, flora dan fauna yang tersendiri. Bukit Kudung sendiri menyimpan pelbagai rahsia sejarah yang tidak diketahui ramai dan antara yang pernah diceritakan adalah terdapat kubu tempat persembunyian komunis suatu ketika dahulu.

Pakej Percutian Termurah hanya di CUTI-CUTI MALAYSIA

Namun begitu, keindahan Bukit Kudung tidak akan dikenali ramai sekiranya Kamaruddin Awang, 42, tidak mengambil inisiatif meneroka kawasan terbabit selepas membeli tanah kebun di kawasan itu. Encik Kamaruddin juga mengatakan yang dia sebenarnya ingin membina rumah di kawasna tersebut namun mengubah fikiran setelah melihat kawasan tersebut sesuai dijadikan pusat perlancongan. Ini kerana terdapat air terjun yang jernih dan kawasannya sangat cantik.

Lalu Encik Kamaruddin pun membangunkan pusat perlancongan yang diberi nama Lalang’s Chalet & Campsite. Tempat ini adalah berhadapan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli. Lokasinya kira-kira empat kilometer dari jalan utama Gemang dan boleh dihubungkan melalui jalan darat yang sempurna.

Laluan masuk utama ke Bukit Kudung adalah berhadapan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Jeli. Pengunjung boleh memilih untuk menaiki kenderaan atau berjalan kaki untuk masuk ke kawasan ini.

Lalang’s Chalet & Campsite, Tarikan Terbaru Dekat Jeli Kelantan

Lalang’s Chalet & Campsite di Jeli, Kelantan merupakan pilihan destinasi percutian yang sesuai jika nak buat aktiviti perkelahan dengan holiday gaya hutan hijau yang segar dan nyaman. Lokasi yang terletak di kawasan berbukit ini memang sesuailah buat pencinta holiday stail taman rekreasi dalam forestcamp sebab dekat je dengan air terjun Lata Keding.

Di Bukit Kudung juga terdapat chalet untuk bermalam disini .Lalang’s Chalet menyediakan beberapa buah chalet dengan harga yang berpatutan serendah RM80 satu malam. Bentuk chalet yang unik ini pasti memberi pengalaman baru kepada anda yang bermalam disini. Boleh pilih nak menginap di chalet chalet unit berbentuk ala rumah kayu ataupun stail tube yang unik. Kemudahan Yang disediakan di dalam bilik seperti televisyen, aircond, chiller freezer, bath towel dan water heater.

Kalau datang untuk buat program camping sekolah atau teambuilding pun memang sesuai sebab memang ada disediakan tapak untuk disewa. Dengan pemandangan yang menarik, tidak rugi pun jika menyewa tapak perkhemahan ini.

Antara kemudahan asas yang terdapat di Bukit Kudung ini ialah:

– Restoran
– MiniZoo
– Tandas
– Dewan Terbuka
– Tapak Perkhemahan
– Chalet & Asrama

Selain itu terdapat aktiviti yang menarik untuk penggemar sukan lasak seperti Hiking, Explorace, Flying fox, Paintball, Memanah dan Team Building. Anda juga boleh melawat terowong peninggalan British Abad Ke 1991, Melawat ke Gunung Reng, Gunong Stong, Perkampungan Asli, Kolam Air Panas dan lain-lain. Tidak ketinggalan juga membeli belah di Pasar Bebas cukai Bukit Bunga, Rantau Panjang.

Dan yang paling terbaru sekali, satu trek atau litar motorcross telah dibina untuk menarik minat lebih ramai penggemar sukan itu dari dalam dan juga luar negara. Platform yang dibina ini sememangnya khas buat anak-anak muda dan peminat motocross untuk merasai keseronokan melakukan aktiviti sukan ekstrem tersebut yang mungkin dapat melahirkan bintang yang dapat mengharumkan nama negara pada satu hari nanti. Mungkin satu masa nanti trek ini akan dinaik taraf secara berperingkat kemudahannya hingga menjadikannya sebagai litar motocross terbaik di Kelantan.

Disini juga terdapat kawasan air terjun yang dinamakan Lata Keding. Air terjun ini sangat jernih dan bersih. Deruan air sungai jernih yang mengalir tenang, kicauan burung serta unggas yang mendamaikan dan kehijauan hutan rimba yang jauh dari kesibukan kota pastinya menjanjikan suatu pengalaman baru bagi pengunjung-pengunjung yang datang ke lata ini.

Untuk makan malam juga terdapat restoran di kawasan tersebut iaiitu Restoran Laila Majnun. Restoran laila Majnu juga ada menerima tempahan seperti Decoration for Birthday Party, Candle Light Dinner, nak sambut FrienShip Goals Pun boleh guys.

Restoran Laila Majnu ada menyediakan beberapa jenis masakan seperti Chinese Food, Thai style, Western, Dessert. kalau korang nak tahu kat sini semua jenis makanan famous seperti ikan siakap stim limau, masak kengsom, kamheong, stim nyonya dan miang pla. Bukan tu je, belangkas pun ada. Kalau dapat makan Kerabu belangkas tu memnag takkan menyesal la, mesti repeat lagi.

Alamat: PT 6293,Sungai Keding,Kampung Gemang,17700 Ayer Lanas,Jeli Kelantan 17700 Jeli
Sekiranya anda nak menempah bolehla hubungi tuan punya milik iaitu Encik Kamaruddin 010 888 8898

error: Content is protected !!