Culvert View, Tarikan Terbaru Untuk Anda Bermalam Di Kundasang

Kundasang di Sabah merupakan satu tempat pelancongan yang menarik bagi mereka yang inginkan percutian yang lebih kepada mendekatkan diri kepada alam flora dan fauna. Kundasang juga merupakan destinasi yang akan anda tempuhi melalui jalan darat sekiranya nak ke Sandakan, Lahat Datu dan juga Tawau. Terletak 2000 meter dari aras laut, Kundasang adalah sebuah pekan kecil yang cukup istimewa di Negeri Bawah Bayu ini. Dikelilingi dengan kehijauan alam yang menyejukkan pandangan mata, udaranya juga mendamaikan jiwa.

Culvert View

Sebuah destinasi percutian bertemakan culvert kini sudah dibuka di Kundasang pada 31 Ogos 2019 yang lalu. Tempat yang diberi nama sebagai Culvert View tersebut kini sudah boleh dilawati dan dimasukkan di dalam list percutian anda semua sekiranya berkunjung ke Kundasang..

Sedikit maklumat mengenai Culvert View :

Waktu di buka : 10 Pagi sehingga 3 Petang
Pengunjung walk-in yang ingin mengambil gambar dialu-alukan untuk masuk dengan membeli minuman yang berharga RM10 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak kanak. Terdapat pilihan pelbagai air dan aiskrim untuk pengunjung yang datang.

Antara tarikan yang terdapat di Culvert View ialah:

– Pemandangan yang menarik
– Keadaan Persekitaran yang mesra pengunjung
– Udara yang segar
– Selesa
– Terdapat tempat BBQ dan Steamboat
– Mirror In The Sky
– Buaian
– Tempat mengambil gambar
– Kandang arnab dan kura-kura

Harga untuk pengunjung dalam Malaysia adalah RM169 bagi chalet no 1 sehingga 9 untuk 1 malam, manakala RM189 bagi chalet no 10 semalam. Percuma sarapan untuk 2 orang. Manakala untuk pengunjung luar dari Malaysia RM219 untuk chalet no 1 sampai 9 bagi semalam manakala RM239 bagi chalet no 10 semalam. Chalet boleh memuatkan 2 dewasa dan 1 kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas atau 2 dewasa dan 2 kanak-kanak berusia bawah 6 tahun.

Cara tempahan:
– Bayaran penuh diperlukan.
– Chalets Check-in / Check-out contact: +60168328246 (Mr. Norman)

Chalets check-in time:
– 3:00pm sampai 6:00pm

Chalets check-out time:
– Before 11:00am

Waktu sarapan:
– 7:30am sampai 9:00am

Bagi sesiapa yang berminat boleh ke Anyone interested with our Culvert View’s chalets and want to inquire more information as below:
Facebook Page: Culvert View
E-mail: culvertview@gmail.com
Boleh hubungi +60168324872 untuk sebarang pertanyaan pada waktu pejabat :

Isnin – Jumaat
– 8:30am sampai 12:30pm
– 1:30pm sampai 5:30pm

Sabtu
– 8:30am sampai 12:00pm

Jom tengok gambar yang di kongsikan oleh Siti Zulaika

Culvert View

Culvert View

Culvert View

Culvert View

Culvert View

Culvert View

Culvert View

Culvert View

Culvert View

Culvert View

Culvert View

Culvert View

Selamat bercuti dan jangan lupa kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan.

Baca juga: Tips Percutian ke Kundasang, Sabah

https://abnb.me/e/N4haqsBI1T

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
100,000 orang pembaca destinasipercutian.com telah mendaftar AirBNB dan mendapat penjimatan
Klik SINI