15 Tempat Menarik di Taiping Untuk Dilawati

Selamat datang ke artikel kami mengenai tempat menarik di Taiping. Taiping terletak di negeri Perak merupakan destinasi pelancong yang mencari keindahan alam, tempat makan yang sedap serta pengalaman percutian yang berbeza berbanding tempat lain.

Tempat Menarik di Taiping

Taiping merupakan salah satu tempat menarik di Perak yang anda mesti pergi. Berikut adalah beberapa tempat menarik yang harus Anda kunjungi semasa berada di Taiping:

1. Bukit Larut

Bukit Larut atau Maxwell merupakan tempat paling basah dekat Malaysia. Boleh dikatakan setiap hari hujan. Bukit Larut terletak 1250m dari paras laut.

Nak naik sini boleh guna jeep, bayar dalam RM10 je, tak pun hiking je 13km. Tak rasa sangat sebab sejuk. Suhu kat sini dalam 10°c-25°c. Memang best, siap boleh tengok bandar Taiping dari atas.

Hotel sekitar Taiping Boleh cari di: Hotel Menarik di Taiping

2. Muzium Taiping

Taktau la kenapa budak budak suka sangat nak masuk muzium, mesti ingat ada dinasour dalam tu kan, yang terkejut sangat budak budak masuk free, orang tua yang muda ni bayor singgit je wehhh.

3. Taman Tasik Taiping

Terkenal dengan Pokok Hujan, rasa macam berada di alam kayangan, kaki bergambar wajib datang sini, yang rasa diri dah gemok macam saya pulak bolehla berjogging, berbasikal, 30 minit kayuh basikal tu boleh buang lemak 3kg

Baca Juga  11 Tempat Menarik di Alor Setar Untuk Anda Lawati

4. Zoo Taiping dan Night Safari

Boleh pilih nak pergi siang atau malam. Kalau ada anak kecil atau mak pak malas nak berjalan bolehla booking 1 buggy, private tour, orang lain tak boleh naik, driver pulak ikut kepala kita bila nak stop, bila nak selfie, bila nak jalan balik, siap jadi photoghraper.

Apalagi. Survey selalu harga tiket Zoo Taiping untuk memudahkan anda.

5. Sentosa Villa Taiping

Dalam bandar ada resort yang mendamaikan. Siap ada anak sungai lagi yeee. Percutian yang mewah tenang dan mendamaikan dengan pemandangan yang indah, udara segar dan deruan sungai yang mengasyikkan. Istimewa nya di sini, air sungai mengalir sepanjang resort. Jadi bolehlah bawa anak anak mandi manda. Air nya sejuk, jernih tau.

6. Perkampungan Budaya Taiping

tempat menarik di taiping perkampungan budaya

Kampung budaya di Taiping ini mempunyai arca “Attacked on Titan” dan pelbagai spot bergambar yang cantik. Banyak spot Instagrammable dan OOTD untuk anda bergambar seperti Romantic Rain Area, Timelessness, Lifetime, dan Swings in the Water. Masuk adalah percuma! Apa lagi? Jom

7. Ansari Famous Cendol Taiping

Ansari Famous Cendol Taiping

Siapa datang Taiping, kalau tak singgah sini memang rugi. Tengok kedai macam biasa je tapi sekali dah pekena dengan cendol dia terus rasa luar biasa. Siapa pernah makan tahulah memang cendol Ansari ni lain daripada yang lain.

8. Laksa Telur Goreng Kemunting

Laksa Telur Goreng Kemunting

Laksa Telur Goreng memang terbaik. Laksa banyak, telur garing. Kalau tak habis boleh bungkus bawa balik, tu pesan tauke kedai. Port makan laksa sarang telur kamunting. Memang lagend betul. Petang-petang lepas hujan pekena memang kena betul.

9. Yong Tau Foo Taiping

Kalau korang datang jalan-jalan negeri Perak. Amat di suggest untuk ke Taiping, try dia punya Yong Tau Foo. Boleh dikatakan menu wajib bila korang datang tempat ni.

Baca Juga  Pangkor Village Beach Resort Sebagai Pilihan Berbulan Madu

10. Bismillah Cendol Taiping

Kalau ke taiping ada 2 tempat nak makan cendol yang femes dan lejen. Ansari Famous Cendol dan Bismillah Cendol. Sedap pekena kalau tengah musim panas. Rasa hilang dahaga bila pekena cendol.

11. Station FMS Taman Tasik Taiping

Sesuai untuk keluarga yang ingin menjamu selera kerana terdapat berbagai pilihan makanan di sini.

12. Raintown Manjes Pancake

Raintown Manjes Pancake

First time admin dapat merasa Raintown Manje’s Pancake ni. Kawan-kawan kata sedap! Admin pi cuba test sekali tengok perghhhh.. memang power sedap! Admin cuba yang ada 4 perisa tu, Sebab nak tau semua sekali.

Lokasi diorang betul-betul di depan Berhampiran Massa Katering/Boss Seafood Corner (Boleh waze Raintown Manje’s Pancake). Buka setiap Selasa hingga Ahad dari 2.30pm hingga 6.30pm.

13. Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang

Sesiapa yang bertandang ke Kuala Sepetang, tidak lengkap perjalanan andainya tidak singgah untuk minum petang sambil menikmati keenakan mi undang.

Destinasi yang popular dengan mi udang khususnya restoran Mee Udang Mak Jah, tidak putus dikunjungi peminat makanan laut. Restorannya terletak di kiri jalan dengan jarak dua kilometer dari pekan Kuala Sepetang.

Dibuka pada jam 12 tengah hari hingga 10 malam setiap hari kecuali Rabu, mi udang antara menu utama disajikan kepada pelanggan. Jangan lupa singgah ke sini kalau ke Taiping. Antara tempat menarik di Taiping untuk pekena minum petang.

14. Roti Bakar Arang Fadzil House

Roti Bakar Arang Fadzil House

Layanan yang mesra. Tempat yang selesa. Menu yang sedap belaka. Sambil menikmati menu roti kahwin, roti telur goyang, nasi lemak ayam goreng, nasi lemak paru dan meehoon sup. Merupakan antara tempat menarik di Taiping bagi sarapan.

Baca Juga  14 Tempat Menarik di Kota Tinggi yang Wajib Anda Lawati

Hotel sekitar Taiping Boleh cari di: Hotel Menarik di Taiping

15. Basri Satay Taiping

Jangan lepaskan peluang makan Basri Satay Taiping kalau ke Taiping. Antara tempat menarik di Taiping untuk makan malam.

error: Content is protected !!