Back to Nature di Kuak Hill Resort

Merupakan salah satu tempat menarik di Perak untuk anda bermalam.

Kuak Hill Resort

Kuak Hill Resort

Pemandangan yang indah. Terlalu indah. Tak jemu memandang keindahan alam ciptaan Tuhan di sini. Kalau ada rezeki, korang boleh melihat keindahan awan nano depan mata. Memang kena bawak >> Insta 360. Selalu dapat lihat di atas gunung ja, tapi di Kuak Hill Resort pun dapat rasai pengalaman itu.

Tempat menarik di perak Kuak Hill Resort

Lagi syok, di sini boleh buat banyak aktiviti macam camping, glamping ataupun bercuti bersama keluarga. Selain itu, deme juga menyediakan aktiviti ATV, trekking, mini zoo, bird aviary, BBQ, kolam renang & byk lain aktiviti menarik.

tempat menarik di lenggong Kuak Hill Resort

Pada yang bercuti dan berehat dengan tenang dan nyaman Kuak Hill Resort seharusnya ada dalam senarai pilihan. Tapi jangan kecewa bila lihat setiap hari minggu villa-villa semua penuh sehingga hujung tahun. Sebab yang kami dapat nih pun, dari bulan 1 lagi tempahnya. Tu pun terpaksa ambil Ahad – Isnin sebab ramai permintaan untuk hari minggu. Apapun, boleh cuba nasib dulu. Kot ada tu rezeki la untuk hujung minggu.

Harga Villa dan Khemah di Kuak Hill Resort

Di sini ada 7 villa dengan dekorasi moden yang cantik dan selesa.
Villa 2 – RM 349 – RM 399
Villa 3 – RM 299 – RM 349
Villa 4 – RM 699 – RM 749
Villa 5 – RM 299 – RM 349
Villa 6 – RM 349 – RM 399
Villa 7 – RM 349 – RM 399
Villa 8 – RM 349 – RM 399

Bagi yang suka berkhemah, ada di sediakan glamsite di sini. Setiap tapak memang bersih dan selesa. Ada 5 tapak dan 1 The Hidden Spot yang di sediakan. Harga bermula dari RM 199.

tempat camping glamping Kuak Hill Resort

Untuk naik ke KHR, di sediakan 4×4 dan bayaran dah termasuk dalam tempahan yang dibuat. Ada juga mini zoo. Untuk maklumat lanjut boleh terus layari : Kuak Hill Resort

Contact

Glamping @ Kuak Hill Resort, Kampung Lata Papan, Kuak, 34200 Lenggong, Perak
Maps: Google Maps
Website: http://www.kuakhillresort.com/
Contact: 013-870 5101

Lagi gambar

Lagi pakej percutian menarik. Klik

error: Content is protected !!