Club Med Cherating merupakan resort penginapan terkenal dan terbesar di Cherating atau lebih dikenali dengan nama Eco-Nature Resort di Cherating yang sangat terkenal dengan keindahan alam semulajadi dan juga pelbagai khazanah alam. Alang-alang melawat tempat menarik di Kuantan, bermalam di sini untuk keselesaan dan pengalaman menarik.
Club Med Cherating
Club Med ialah sebuah syarikat persendirian Perancis yang mempunyai pengkhususan konsep percutian ‘perkampungan resort penginapan’ mewah. Club Med ini adalah satu-satunya yang ada di negara Malaysia. Ada 240 bilik semuanya, sesuai untuk menampung seisi keluarga yang moden penuh dengan kemudahan 4 bintang di tengah-tengah perkampungan yang aman.
Resort ini mempunyai keunikan dan keindahannya yang tersendiri, panoramanya yang indah, pantainya di jaga rapi pasirnya seolah-olah tidak diusik. Kecantikannya sangat menakjubkan dengan alam semulajadi, banyak hidupan liar, aktiviti yang menarik dan santai. Sesuai untuk keluarga yang meminati aktiviti luar.
Keistimewaan Club Med CHerating
Keistimewaan resort ini ialah aktiviti-aktiviti yang ada semuanya tersedia dalam pakej penginapan, malah kemudahan-kemudahan hanya boleh digunakan oleh para penginap sahaja. Lebih menarik, para pekerja hotel kesemuanya berasal dari pelbagai negara di seluruh dunia. Maka suasana global membuatkan anda dan keluarga berasa sepertikan bercuti di tanah asing walhalnya hanya di Cherating.
Terdapat tiga jenis bilik di Club Med Cherating iaitu, Suite Room (sesuai untuk bulan madu), Deluxe Room dan Superior Room. Semua bilik di reka mengikut “Europe style” dimana bilik mandi dan bilik air di asingkan. Setiap bilik lengkap dengan semua kemudahan seperti iron dan television. Yang paling best, semua bilik disini mengadap pantai. Bangun pagi boleh tengok matahari terbit didepan mata.
Selain itu, kalau anda bercuti untuk bulan madu atau ingin berduaan dengan pasangan, Zen Space yang mempunyai Quiet Pool yang terbuka sangat sesuai untuk anda dan pasangan. Anda boleh mandi berhampiran kolam mandi yang menghadap Laut China Selatan sambil berjemur dan menikmati keindahan semula jadi. Untuk pengetahuan, Untuk pengetahuan anda, Zen Space yang terletak di sebelah lain resort berkenaan hanya boleh dimasuki oleh orang dewasa sahaja bertujuan untuk mewujudkan aura damai di kalangan pengunjung.
Bagi pengunjung berjiwa lasak, Club Med Cherating yang turut digelar Eco-Nature Resorts juga menawarkan beberapa aktiviti seperti Jungle Walks, Treetop Challenge, Rock Climbing, Archery dan banyak lagi. Aktiviti malam di Club Med pula sarat dengan agenda kebudayaan, di mana pengunjung dipersembahkan dengan pertunjukan seperti gimrama, tarian, persembahan api, nyanyian dan banyak lagi di tepi kolam renang utama.
Anda harus merasai sendiri pengalaman bercuti di Club Med kerana ianya tidak mungkin dapat digambar secara tulisan semata. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai resort ini atau pakej percutian yang ditawarkan, anda boleh melayari laman web rasmi Club Med. Selamat bercuti!
Alamat:
29th Miles Jalan Kuantan-Kemaman, Cherating, 26080 Pahang
Sekian sahaja daripada kami. Jangan lupa booking penginapan anda di Agoda bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.
Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian