Destinasi Tempat Sejuk Untuk Berbulan Madu

Destinasi tanah tinggi yang mempunyai iklim sejuk sering menjadi pilihan bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga untuk berbulan madu. Ada banyak tempat sejuk untuk anda berbulan madu. Anda tidak perlu ke luar negara untuk mencari destinasi sejuk sebab di Malaysia sendiri pun ada beberapa tempat menarik beriklim sejuk yang korang boleh pergi. Malah, destinasi ini sangat sesuai untuk berbulan madu.

Apa lagi lokasi yang sesuai untuk pengantin baru kalau bukan di lokasi yang sejuk kan? Tapi tak semestinya ke luar negara untuk menikmati bulan madu yang indah dengan suasana dingin ini.

Di Malaysia sendiri ada banyak destinasi yang boleh dipilih untuk menjadi lokasi memadu cinta. Enam destinasi tanah tinggi ini boleh jadi pilihan pengantin baru. Untuk yang dah lama kahwin pun boleh, lagi meriah kalau bawa anak-anak sekali!

1. Genting Highland


Tidak perlu menempah tiket ke Eropah, dengan suhu serendah 14 ke 16 darjah Celsius, keadaannya tidak ubah seperti bercuti di benua yang sejuk ini. Suhu nyaman dan pemandangan mempesonakan di Genting Highlands menjadikan ia tarikan yang menarik untuk dilawati bukan sahaja penduduk Malaysia tetapi juga dari luar negara.

Selain itu, kedudukannya yang terletak tidak jauh dari bandar membuatkan ia menjadi destinasi percutian pilihan setiap kali tiba musim cuti ataupun di hujung minggu. Lokasi yang strategik, dengan tarikan-tarikan hebat yang tiada penghujungnya, segalanya dapat dinikmati dalam atmosfera nyaman kawasan tanah tinggi, tiada sebab untuk anda sekeluarga tidak ke sini untuk cuti akan datang.

2. Cameron Highland

Lokasi pertama yang bermain di fikiran jika mahu suasana sejuk sudah tentunya Cameron Highlands. Di tanah tinggi dengan suhu 20 darjah Celsius ini banyak tempat menarik yang boleh dilawati bersama pasangan. Selain ke Taman Ros atau nurseri-nurseri yang dipenuhi bunga-bunga berwarna warni, anda boleh menikmati suasana yang romantis dengan secawan teh panas dan skon di Ladang Teh Bharat, sambil melihat keindahan ladang teh yang saujanan mata memandang. Resort dan hotel banyak terdapat di sini, pilih saja mengikut bajet anda.

3. Bukit Tinggi

Tarikan utama di sini tentunya Colmar Tropicale. Dibina seakan struktur bangunan kolonial dengan padanan warna yang cantik akan membuatkan anda berasa seperti berada di luar negara. Pengalaman lebih indah kalau dapat menginap di sini. Ada beberapa destinasi menarik boleh dikunjungi anda suami isteri selama berada di Bukit Tinggi ini antaranya Taman Jepun yang dipenuhi dengan pokok bonsai, kolam ikan dan batu putih persis taman di negara matahari terbit itu. Kunjungan tak lengkap kalau tak ke taman herba yang berdekatan saja.

Di sini ada pelbagai jenis rama-rama selain pepohon yang menghijau. Jangan lupa singgah di taman arnab untuk bermain dengan haiwan jinak ini selain rusa. Anda akan dapat merasai semua pengalaman ini di resort yang perjalanan hanya memakan masa sejam dari Kuala Lumpur.

4. Fraser Hill

Secara umumnya, Bukit Fraser atau Fraser Hill, sudah lama menjadi destinasi pilihan buat mereka yang mahukan pengalaman percutian dingin tanpa perlu meninggalkan Negara. Terletak hanya 2 jam lebih sahaja masa memandu dari Ibu Kota, Bukit Fraser menampilkan pelbagai tarikan popular dan aktiviti menarik yang bakal menghibur anda sekeluarga.

Bukit Fraser, destinasi peranginan santai ini letaknya di Banjaran Titiwangsa Pahang. Suhunya sekitar 17 darjah Celsius, sesuai untuk pengantin baru. Selain menikmati suasana alam semula jadi yang segar di sini, ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan di daerah yang turut dikenali sebagai The Little England of Malaysia ini. Antaranya, aktiviti berkuda, sukan air di Allen’s water atau memberi makan ikan di sini. Seperti di Cameron Highland anda boleh juga ke ladang strawberi dan di Taman Flora Bukit Fraser.

5. Kundasang

Terletak lebih kurang 100 km dari Kota Kinabalu, suasana di sini sejuk dingin berlatar belakang pemandangan Gunung kinabalu. Anda disaran menginap di resort yang terdapat di Kundasang ini untuk menghayati keindahannya. Lokasi wajib dikunjungi di kundansang ini adalah Dairy Fairy Farm, sebuah ladang ternakan lembu.

Di sini anda boleh merasai suasana percutian seolah-olah di New Zealand dengan kawasan sekitar yang berkabus. Padang ragut yang hijau dan luas selain berlatar belakang gunung anda pasangan pasti takkan puas menikmati keindahan di sini.

6. Bukit Larut

Bukit Larut dahulunya dikenali dengan Bukit Maxwell. Percutian di sini sesuai buat pasangan yang menginginkan suasana sunyi, dingin dan damai di atas puncak bukit. Pemandangan lebih menarik dan romantis pada waktu malam boleh dinikmati bersama pasangan kala berada di atas Bukit Larut.

Anda akan disajikan panorama limpahan cahaya di seluruh Taiping, selain dapat melihat kerlipan lampu bot nelayan di laut Selat Melaka yang mencipta ritma indah. Keasyikkan yang tercipta bertemankan kesejukan malam hari tentu sahaja menggamit perasaan cinta mendalam pada pasangan.

Jika anda berdua gemar melihat burung, boleh memenuhi agenda di siang hari percutian bulan madu anda dengan menyusuri laluan Gunung Hijau yang menjanjikan pemandangan hutan yang memukau.

Percutian bulan madu tak hanya untuk pengantin baru, yang sudah lama berumah tangga pun boleh saja honey moon untuk kali kedua ke tempat-tempat ini. Moga dengan percutian berdua-duaan ini menghangatkan kasih sayang anda suami isteri.

Dalam 6 destinasi diatas ini sudah pasti ada yang belum pernah anda kunjungi. Jadi apalah salahnya dijadikan destinasi bulan madu anda, betul tak? Selamat berbulan madu, jangan lupa bawa baju sejuk!

Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

error: Content is protected !!