Mencari tempat menarik di Cameron Highlands?

Jika anda jemu dengan cuaca panas dan kesesakan ibu kota, larilah sebentar ke Cameron Highland, destinasi nyaman yang terkenal dengan udara sejuknya yang dingin dan pemandangan yang menakjubkan. Tanah Tinggi Cameron atau Cameron Highland terkenal dengan ladang teh dan kebun strawberi. Siapa yang tidak kenal dengan Teh BOH yang dijual di setiap kedai dan pasaraya di Malaysia.

Nak tahu apa tempat menarik di Cameron Highlands? Jom tengok senarai di bawah ini. Mana tahu ada yang belum pergi, bolehlah singgah hujung minggu atau waktu cuti nanti. Berikut merupakan 8 tempat menarik di Cameron Highlands yang mesti anda lawati.

1. Taman Rama-Rama Kea Farm

Taman Rama-Rama Kea Farm adalah salah satu destinasi popular di Cameron yang bertapak di Kea Farm, Brinchang. Di taman yang tertutup ini rama-rama terbang secara bebas dan jangan terkejut jika ada yang hinggap di baju anda nanti. Selain dari rama-rama anda juga dapat menyaksikan gelagat haiwan liar lain seperti ular, biawak dan serangga yang menakjubkan.

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00am – 5.30pm)
Lokasi: Batu 43, Kea Farm, 39100, Cameron Highland.

2. MARDI Agrotechnology Park

Mardi Agrotechnology Park Tanah Rata merupakan salah satu tarikan utama di Cameron Highlands. Seramai 100,000 pengunjung hadir ke sini setiap tahun.Juga merupakan pusat penyelidikan MARDI yang tertua di Malaysia. Di sini terdapat 40 jenis bunga rose berlainan, 10 jenis strawberry, dan pelbagai jenis pokok buah-buahan.Agrotechnology park terbahagi kepada 6 bahagian utama iaitu Rose Garden, Herb Garden, Orchid Garden, English Garden, Research Centre and kedai cenderamata.

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak – Kanak RM 3.00
Waktu Operasi:
Isnin – Khamis (8.00am-12.45pm)
Sabtu-Ahad (8.00am – 5.00pm)
Jumaat (8.00am – 12.30pm / 2.30pm – 5.00pm)
Lokasi: JKR266, Jln Persiaran Endah, Tanah Rata, 39000, Cameron Highlands.

3. Lata Iskandar

Dalam perjalanan ke Cameron Highlands, 25 kilometer sebelum sampai ke pekan Ringlet, terdapat sebuah air terjun bernama Lata Iskandar.Air terjun ini mempunyai ketinggian 25 meter dan amat sesuai untuk mereka yang mencari tempat untuk menyejukkan badan. Pada hari cuti sekolah atau hujung minggu tempat ini dibanjiri dengan pelancong yang datang untuk menikmati keindahan air terjun tersebut.

4. Pasar Malam Cameron Highlands

Pada awal Februari 2017, Pasar Malam Cameron Highlands telah pun berpindah ke Sungai Ruil.Berada di tengah-tengah antara Tanah Rata dan Brinchang iaitu 3.6km dari Pekan Tanah Rata dan 2.3km dari Pekan Brinchang.Pelbagai jenis makanan boleh didapati di sini, antara makanan yang popular adalah sayur goreng tempura, pelbagai jenis seafood tempura, strawberry, “apple Cameron”, jagung mutiara. Pastikan kalau beli jangung, tengok isi ya. Kadang-kadang jagung tersebut dijual dengan harga murah, tapi isinya muda dan kecil.

Waktu Operasi: Jumaat – Sabtu (6.00pm – 11.00pm)
Cuti sekolah – Setiap hari
Lokasi: Pekan Brinchang, 39100, Cameron Highland

5. Lavender Garden

Lavender Garden merupakan salah satu tarikan baru di Cameron Highlands. Sesuai dengan namanya, ia adalah Kebun Bunga Lavendar yang pertama dibuka kepada khalayak ramai.Walaupun kawasannya tidak besar, tetapi ia sungguh berbaloi untuk mereka yang suka bergambar. Selain daripada melihat bunga anda juga bepeluang untuk menikmati Ice Cream perisa lavender.

Bayaran Masuk: Dewasa RM8 | Kanak-kanak RM5
Waktu Operasi:
Isnin – Khamis (9.00am – 6.00am)
Jumaat – Ahad (9.00am – 7.00pm)
Lokasi: Cameron Lavender Garden, Tringkap, 39100 Cameron Highlands.

6. Air Terjun Parit

Air Terjun Parit ini tersembunyi di dalam taman rekreasi Kampung Sedia tidak jauh jika anda berjalan kaki dari tanah rata. 800 meter dari Hotel Pines Century. Selain daripada bermandi di air terjun, pelawat juga dapat menikmati keindahan hutan hijau di sekitar air terjun. Terdapat jalan-jalan kecil jika anda seorang yang meminat jungle trekking. Jika anda merancang untuk memandu kesini anda boleh parking di tempat letak keretapercuma yang disediakan. Di sini juga terdapat kelengkapan lain seperti tempat permainan kanak-kanak dan tandas.

Lokasi: Tanah Rata, Cameron Highland, 39000

7. Ladang Teh Boh

Sebut saja Cameron Highland, pasti anda terbayang ladang teh hijau yang luas. Boh merupakan pengeluar teh terbesar di Malaysia.Mereka memiliki 3 ladang teh terkenal di Cameron Highland yang terletak di kawasan Ringlet dan Brinchang. Ladang teh yang terletak di Sungai Palas ini mempunyai keluasan 8 ribu ekar. Merupakan ladang teh yang terluas di Asia Tengara.Di sini anda dapat melawat kilang teh sambil mempelajari sedikit tentang process membuat uncang Teh Boh. Anda juga boleh berehat sambil menghirup satu cawan teh Boh panas di kafe yang disediakan.Jika anda hanya sempat melawati satu tempat sahaja semasa berada di Cameron Highland nanti, pastikan anda datang ke sini kerana pemandanganya memang luar biasa.

Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00am – 4.30pm)
Lokasi: Ladang Teh Boh, Ringlet, 39200, Cameron Highlands

8. Kebun Anggur

Terdapat 2 buah kebun anggur di Cameron Highlands iaitu di Blue Valley & Bertam Valley. Musim anggur agak unik sikit, anda kena tahu timing yang sesuai untuk datang @ nak bergambar & petik anggur.

Dan yang penting, pilihlah destinasi penginapan di kawasan yang strategik supaya mudah kelak untuk jalan-jalan di sini. Walaupun anda pernah berkunjung ke Tanah Tinggi Cameron, anda mesti takkan bosan. Malah, pasti ada sesuatu yang baru untuk anda lakukan dan lihat.

Sekiranya anda mencari penginapan boleh la booking homestay melaui Airbnb. Siap dapat RM120 percuma untuk penginapan kali pertama.
Baca juga : Macam Mana Nak Booking Homestay Melalui Airbnb

Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram