Pelancong Menjadi Mangsa Rakaman Rahsia Dalam Bilik Hotel Di Korea Selatan

Polis di Korea Selatan telah menahan 2 lelaki kerana merakam secara rahsia 1600 pelancong hotel dan menyiarkannya secara online. Suspek yang identitinya dirahsiakan, telah meletakkan kamera rahsia tersebut dekat 42 bilik di 30 buah hotel pada November tahun lalu sehingga awal bulan ini.

Kamera tersebut ditemui di dalam digital box, pengering rambut dan juga wall soket. Sebanyak 800 lebih video telah disiarkan secara langsung melalui sever luar negara.

Sepanjang tertangkapnya suspek, mereka telah menjana sebanyak 7 juta Won (RM 25,177) dari 97 orang yang telah melanggan serta yang mahukan akses secara bulanan. Hasil siasatan polis juga mendapati bahawa pihak pengurusan hotel tidak mengetahui bahawa kedua-dua suspek memasang kamera rahsia di hotel-hotel terbabit.

Korea Selatan ketika ini berdepan dengan masalah penularan ‘molka’, iaitu perbuatan merakam secara rahsia aktiviti wanita-wanita di tempat awam untuk tujuan seksual. Antara kawasan yang sering menjadi sasaran aktiviti kumpulan penjenayah ini termasuklah tandas awam, kedai makan, hotel-hotel serta rumah mangsa.

Pesalah boleh didakwa selama 5 tahun penjara dan juga denda berat kerana merakam video secara tidak sah dan mengedarkannya.

Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

Baca Juga  Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Travel Ke Perth
error: Content is protected !!