Kalau ke Bangi mesti pening nak makan kat mana kan. Artikel kali ni kami nak tulis tentang beberapa tempat makan best di Bangi yang kompem menggigit jari teringat-ingat akan kesedapannya.
Pakej Percutian Termurah hanya di CUTI-CUTI MALAYSIA
Isi Kandungan
8 Tempat Makan Best di Bangi
Kalau dari Tempat Menarik di Hulu Langat, lepastu singgah ke Bangi, jangan lupa pekena tempat makan yang menarik di Bangi ni tau. Jom baca 8 tempat makan best di Bangi samada untuk makan malam, makan tengah hari, western dan sebagainya. Kalau mencari senarai hotel di bangi apakata cuba: Senarai Penginapan di Bangi
1. Bawal Power Sempoi Bangi
Antara port makan best di Bangi. Bawal Power Sempoi yang terkenal dengan sajian seafood yang berbaloi-baloi telah menambah menu baru iaitu Sotong Bakar Sambal Petai dan Asam Pedas. Sumpah sedap, confirm tambah nasi.
Kalau makan sini wajib ambil set kerana nasi, ulam dan kari boleh ditambah tanpa caj. Yakin takde orang yang balik lapar.
Terdapat lebih daripada 20 jenis lauk utama boleh dipilih – jadi memang tiada masalah nak makan di sini tiap2 hari. Parking pun banyak dan percuma.
Alamat: Lot 5939, Jalan Taman Sentosa, Bandar Baru Bangi
Waze: Bawal Power Sempoi Teras Jernang
Waktu operasi: 11am – 5pm
Tel: 011-3533 1741
2. Jibril Bangi
Bayangkan anda meluangkan masa dengan ahli keluarga tercinta di restoran unik yang tersembunyi di sebalik dinding batu melalui pintu rahsia. Coooool kan? Antara salah satu tempat makan western menarik di Bangi. Yang lagi best, makanan yang berasaskan butter & mocktails SUMPAH SEDAP (P/S, boleh check review di google kalau tak percaya).
3. Restoran Mak Kimbong
Kalau korang tercari cari port makan best nasi lemak berlauk dan teringin nak hirup sup panas panas sebelah malam jomla datang Mak Kimbong. MK sediakan tempat open air untuk korang makan, juga ada tempat aircond tau.
Alamat: Restoran Mak Kimbong, Seksyen 4 Bandar Baru Bangi
Waze: Restoran Mak Kimbong
Waktu operasi: 6.30am – 11pm
Tel: 017-334 0319
4. Restoran D’Limau Nipis Bangi
Kepada penggemar ulam-ulaman, boleh datang ke gerai ni. Restoran D Limau Nipis menyediakan pelbagai jenis ulam dan lauk campur. Iikan bakar pon ada. Kena datang awal, kalau tak lauk habis takpon meja makan penuh. Makanan paling best ada tag harga, tak la takut-takut nak ambil lauk especially ikan dan sotong bakar. Antara port tempat makan tengah hari best di Bangi.
Alamat: No. 201 & 205, Jalan 8/1,, Seksyen 8,, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waze: Restoran D’Limau Nipis Bangi
Waktu operasi: 7am – 6pm
Tel: 012-373 2160
5. Ana Ikan Bakar Petai
Bukan dekat Kuantan je tau ada Ana Ikan Bakar. Kini Ana Ikan Bakar dah buka cawangan baru dia di Bangi. Antara port tempat makan malam best di Bangi bagi kategori ikan bakar.
Datang awal dan pastikan perut tak lapar sangat. Atau boleh juga alas makan sata, keropok lekor atau kelapa jelly. Kena tahan juga sebab lama menunggu. Order air dan makanan tambahan lain dulu. Order air dalam jug sangat menjimatkan kalau datang ramai. Tempah juga telur dadar dan sup tak pedas untuk anak-anak makan. Jangan lupa order juga sayur dan tomyam bagi yang suka sayur dan berkuah.
Alamat: Lot 29991, Persiaran Kemajuan, (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waze: Ana Ikan Bakar Petai Bangi
Waktu operasi: 5.00 pm – 12.00 am
Tel: 019-217 7668
6. Smoke Guerilla
Menu berkonsepkan American Texas BBQ tapi disuntik dengan citarasa orang melayu. Lidah kalau takde pedas-pedas manjah macam cannot go orang kata. Kedai ada sediakan surau juga di tingkat atas.
Alamat: 39-G, Jalan Medan PB 1A, Bangi, Malaysia
Waze: Smoke Guerilla Bangi
Waktu operasi: 1.00 pm – 11.00 pm
Tel: 010-211 2417
7. FarmGrill House
Biasa lunch makan nasi berlauk, jadi sesekali tukar selera makan western food layan juga. Kebetulan berada di kawasan Bandar Baru Bangi yang memang port makan sedap, jangan lupa singgah makan di FarmGrill House. Antara tempat makan western sedap di Bangi. Ramai kata kamping perap dekat sini sedap. Honestly, kambing perap dia wajib cuba. Lembut dan cukup rasa rempah sebab diperap menggunakan 11 rempah premium.
Alamat: FarmGrill House, 55, Ground Floor, Jalan Kajang Impian 2/1, Taman Kajang Impian, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waze: FarmGrill House
Waktu operasi: 7.00 am – 12.00 pm
Tel: 012-342 6948
8. 20 Laman Cafe
Masakan kampung yang asli ditambah dengan suasana dan persekitaran menenangkan. Kedai makan ini antara tempat makan sedap yang menjanjikan masakan kampung. Terletak di halaman rumah sahaja. Pilihan lauk kampung seperti Masak Lemak Daging Salai (pakai arang), Kari Kambing, Sambal Udang, Sambal Sotong, Ikan Jaket, Keli Cili Minang, dan pelbagai lagi.
Alamat: 20lamancafe, 20, Jalan Damai 8, Taman Desa Damai, 43650 Bangi, Selangor
Waze: 20 Laman Cafe
Waktu operasi: 11.00 am – 04.00 pm (Jumaat tutup)
Tel: 012-798 0596
Akhir Kata
Jika anda ada lagi list tempat makan best di Bangi untuk dimasukkan jemputlah komen di bawah ye.