Di Malaysia terdapat banyak pulau yang menarik dan cantik yang boleh dikunjungi. Antaranya ialah Pulau Tioman yang terletak di Negeri Pahang merupakan destinasi percutian yang terkenal.
Isi Kandungan
Accommodation: : Where to Stay in the Pulau Tioman
Pulau Tioman
Pulau Tioman merupakan sebuah syurga pulau berbentuk titisan-air mata yang terletak kira-kira 58 kilometer di pantai timur Semenanjung Malaysia, di dalam Laut China Selatan. Ianya terletak sejauh 32km dari pantai barat negeri Pahang dan berukuran 20km panjang serta 12km lebar.
Pulau Tioman adalah destinasi percutian pulau yang telah lama terkenal bukan saja di Malaysia tetapi juga diseluruh dunia. Ia pernah menjadi lokasi filem Hollywood, “South Pacific” sekitar tahun 1959. Pulau Tioman juga pernah dinobatkan sebagai Pulau Tercantik Dunia oleh TIME Magazine sekitar 1970an.
Pulau Tioman juga pernah menjadi tumpuan pelancong dari luar negara terutama dari Eropah. Ini kerana Pulau Tioman terkenal dengan kecantikan semulajadi seperti pantai yang berpasir halus dan bersih, air laut yang jernih dan hutannya yang belum tercemar.
Salah satu sebab yang menyumbang kepada keindahan luar biasa Pulau Tioman dan menjadikannya antara tempat menarik mesti dikunjungi adalah kerana ianya telah diwartakan oleh kerajaan sebagai taman marin. Dengan status sedemikian, hidupan marin di kawasan sekitar pulau mempesonakan ini terpelihara daripada sebarang aktiviti perikanan.
Pulau Tioman mempunyai sejarah dan kisah lagendanya yang tersendiri. Anda boleh baca sini untuk mengetahui mengenai sejarah pulau ini – Asal usul Dan Sejarah Pulau Tioman.
PULAU TIOMAN sememangnya terkenal sebagai antara pulau peranginan terkemuka di negara ini khususnya di Pahang. Pulau Tioman terletak di tengah-tengah lautan china selatan dan merupakan sebuah pulau yang terletak di Rompin, Pahang. Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 19 km lebar dengan koordinat U 2º 46’, T 104º 07’.
Pulau Tioman terkenal dengan keindahan flora dan fauna dan pernah dinobatkan sebagai pulau ke-10 tercantik di dunia. Ia juga merupakan sebuah pulau yang terkenal di kalangan penggemar aktiviti selam skuba dan snorkeling kerana air lautnya yang jernih dan belum tercemar selain memiliki ekosistem hidupan laut yang pelbagai. Pulau Tioman juga merupakan sebuah pulau bebas cukai.
Cara Untuk Pergi ke Pulau Tioman
Ada 2 cara untuk ke Pulau Tioman iaitu melalui Jeti Mersing (Johor) atau Jeti Tanjung Gemok (Pahang). Jika anda pergi dengan menaiki bas, lebih sesuai anda turun di Jeti Mersing, manakala jika anda meniki kereta lebih sesuai turun di Jeti Tanjung Gemok. Jadual perjalanan feri di Jeti Mersing juga lebih banyak daripada Jeti Tanjung Gemok. Jadi pilihan anda untuk menggunakan jeti mana satu.
- Jeti Mersing
Terminal bas hanyalah 10 minit perjalanan ke Jeti Mersing jika anda menaiki bas. Sekiranya anda menaiki bas ke mersing dan sampai lewat petang, boleh bermalam dulu di Mersing dan mengambil feri keesokan pagi. Ada terdapat hotel-hotel bajet di sana. Jika anda membawa kereta, ada ruangan parking di sana.
Sekiranya anda dari Kuala Lumpur, sila ambil bas di Terminal Bersepadu Selatan dan turun di Terminal Bas Mersing. Perjalanan dengan bas dari Kuala Lumpur ke Terminal Bas Mersing mengambil masa kira-kira 4 hingga 5 jam perjalanan bergantung pada trafik.
Kalau dari Johor, boleh naik bas di Terminal Bas Larkin dan memakan masa hanya 2 setengah hingga 3 jam perjalanan.
- Jeti Tanjung Gemok
Sekiranya anda bergerak dari Kuala Lumpur, boleh terus ke Jeti Tanjung Gemok. Ada 2 lebuhraya anda boleh gunakan iaitu Lebuhraya Pantai Timur(dari Kuala Lumpur > Kuantan > Pekan > Rompin > Tanjung Gemok) dan Lebuhraya PLUS(Kuala Lumpur > Seremban > bahau > Muadzam Shah > Rompin > Tanjung Gemok). Sekiranya anda dari Melaka, boleh mengunakan Lebuhraya PLUS ke Tanjung Gemok (Lebuhraya PLUS > Tangkak > Segamat > Muadzam Shah > Rompin > Tanjung Gemok). Kalau dari Kuantan pula terus sahaja dari Kuantan > Pekan > Rompin > Tanjung Gemok.
Sila atur jadual & masa perjalanan dengan baik, ini kerana kemungkinan bila anda sampai di sana dan hendak membeli tiket, kemungkinan tiket feri sudah habis dan anda terpaksa menunggu lama dan membazir masa. Jadual perjalanan feri pula bergantung kepada air pasang surut. Oleh itu, jadual perjalanan feri akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Perjalan ke Pulau Tioman sekitar 2 jam dari Jeti Mersing & 2 jam lebih dari Jeti Tg. Gemok. Anda disarankan menggunakan, perkhidmatan feri di Tanjung Gemok kerana disana perjalanan feri mengikut jadual. Berbeza dengan Jeti Mersing, jadual perjalanan tidak menentu kerana di Mersing air laut cetek. Kena tunggu air pasang baru feri boleh bergerak.
Pelabuhan Feri ke Pulau Tioman
1. Pelabuhan Feri Tanjung Gemok
Harga tiket feri perjalanan sehala dari Tanjung Gemok adalah RM35 untuk dewasa, dan RM30 untuk kanak-kanak. Bilangan pelepasan feri dari jeti ini adalah pada waktu pagi dan petang. Masa perjalanan feri ke Pulau Tioman adalah sekitar 1.5 jam ke 2 jam.
2. Pelabuhan Feri Mersing
Dari Mersing, masa perjalanan feri ke Pulau Tioman adalah dalam sekitar 3 jam. Tiket sehala adalah RM35 , tetapi jika anda beli secara atas talian, harga mungkin lebih tinggi kerana terdapat caj tempahan. Feri di sini berlepas setiap 2-3 jam setiap satu di antara 7.30 pagi ke 6 petang.
Berikut merupakan harga tiket feri ke Pulau Tioman
Dewasa: RM 70 pergi balik
Kanak-kanak: RM 60 pergi balik
Aktiviti di Pulau Tioman
Antara aktiviti menarik yang menjadi pilihan di Pulau Tioman ialah aktiviti selam skuba dan snorkeling kerana air lautnya yang jernih dan belum tercemar selain memiliki ekosistem hidupan laut yang pelbagai. Berikut merupakan antara aktiviti yang anda boleh lakukan di Pulau Tioman :-
1. Penerokaan Hutan di Pulau Tioman
2. Air Terjun Di Pulau Tioman
3. Mendaki Gunung Di Pulau Tioman
4. Hidupan Liar Pulau Tioman
5. Zon Bebas Cukai Pulau Tioman
6. Bermain Golf Di Pulau Tioman
7. Melakukan Aktiviti Selaman Skuba Di Pulau Tioman
8. Aktiviti Snorkel Di Pulau Tioman
9. Taman Marin Pulau Tioman
10. ‘Hopping’ Pulau Sekitar Tioman
11. Kursus Menyelam Di Pulau Tioman dll
Penginapan Di Pulau Tioman
Terdapat pelbagai resort di Pulau Tioman. Kena rajin mencari untuk membandingkan harga yang terbaik serta keselesaan yang dicari mengikut bilangan anda. Berikut merupakan antara penginapan yang ada di Pulau Tioman
1. Panuba Inn Resort
2. SP Barakah Chalet
3. Juara Ocean Chalet
4. ABC Beach Tioman
5. Juara Mutiara Resort
6. Paya Beach Resort
7. Sun Beach Resort
8. Damai Tioman Resort
9. Tioman Paya Resort dll
Pulau Tioman merupakan sebuah destinasi percutian yang sungguh mengujakan untuk dilawati. Walaupun hanyalah kawasan yang kecil, daya tarikan pulau ini cukup kuat sehingga mampu menarik pelancong daripada serata dunia. Dengan alam semula jadi yang ditawarkan pulau ini bukan sahaja indah untuk dinikmati, malahan cukup menarik untuk dijadikan lokasi untuk melakukan segala macam aktiviti. Selamat bercuti.
Agoda banyak menawarkan harga menarik jika anda mencari tempat bermalam di Pulau Tioman. Boleh cuba cari harga menarik di Hotel di Pulau Tioman. Mana tahu anda jumpa harga yang terbaik serta penginapan yang terbaik.
Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian