Bukit Larut Antara Lokasi Percutian Tanah Tinggi Menarik Di Malaysia

Bukit Larut

Bukit Larut atau dikenali sebagai Maxwell Hill suatu ketika dahulu diasaskan pada tahun 1884 oleh William Edward Maxwell yang merupakan Penolong Residen British di Perak. Bukit Larut merupakan kawasan percutian tanah tinggi yang popular dan antara tempat menarik mesti dikunjungi kerana udara segar dan pemandangan alam semula jadi yang disajikannya, mampu memberikan ketenangan yang sukar diungkapkan.

Ia adalah salah satu destinasi percutian tanah tinggi yang popular dan mempunyai sejarah tersendiri.

Seandainya anda berpeluang ke Bukit Larut, untuk penginapan di Perth boleh tengok: Senarai Penginapan di Bukit Larut

Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam.

Bukit Larut Perak Antara Tempat Menarik Untuk Dilawati

Walaupun tanpa resort ternama menanti pelancong di puncak bukit, namun ia mempunyai keistimewaan tersendiri. Keadaan dan suasana yang tenang dengan udara yang segar dapat mendamaikan setiap jiwa yang datang ke sini.

Terletak pada ketinggian 1,250 meter dari paras laut, ia merupakan satu kawasan yang menjadi tumpuan pelancong bukan sahaja dari dalam negara, tetapi juga luar negara. Ia merupakan satu kawasan lembap di Malaysia kerana mempunyai taburan hujan yang tertinggi setiap tahun.

Bukit Larut telah menjadi salah satu pusat peranginan di tanah tinggi yang popular di Malaysia. Aktiviti utama yang boleh dilakukan di Bukit Larut adalah mendaki. Ramai orang tempatan dan pelancong datang ke Bukit Larut ini untuk mendaki.

Dengan jalan sejauh 10KM naik dan 10KM turun, pengunjung boleh mendaki berjalan atau menaiki kenderaan yang disediakan.

Pengunjung tidak harus melepaskan peluang untuk menghirup udara segar yang masih belum tercemar di Bukit Larut atau dikenali juga dengan nama Maxwell Hill yang terletak kira-kira tiga hingga lima kilometer dari bandar Taiping.

Bukit Larut
Bukit Larut
Bukit Larut

Bagaimana untuk naik ke Bukit Larut?
Bukit yang berketinggian 1250 meter dari paras laut ini boleh diakses dengan 2 cara iaitu sama ada dengan menyewa Jeep yang disediakan pihak Bukit Larut (tempahan perlu dibuat dengan awal) ataupun jika anda berstamina tinggi, anda boleh mendaki melalui jalan tar yang disediakan.

Masa yang diambil untuk sampai ke puncak adalah kira-kira 3 jam bergantung kepada individu.

Keindahan Flora dan Fauna
Kawasan yang cukup indah, semula jadi dan berbukit-bukau menjadikan Bukit Larut sebagai penempatan kepada pelbagai spesis flora dan fauna. Antara aktiviti yang sangat popular yang dijalankan di kawasan tersebut adalah melihat burung terutamanya sepanjang jejak Gunung Hijau ke arah puncak Bukit Larut.

Bukit Larut

Setiap perjalanan untuk sampai ke puncak mengambil masa kira-kira 30 hingga 35 minit yang menjanjikan pemandangan panorama bandar Taiping dan garis pantai.

Menaiki Kenderaan Landrover
Namun, pengunjung tidak perlu bimbang kerana sebanyak tiga buah perkhidmatan kenderaan pacuan empat roda (landrover) turut disediakan yang mana ia mampu membawa sehingga lapan orang penumpang bagi setiap perjalanan.

Bukit Larut

Perjalanan menaiki landrover berkenaan cukup mendebarkan dan paling menyeronokkan adalah ia menjanjikan satu pengembaraan yang menarik. Bayaran yang dikenakan untuk menaiki landrover juga amat berpatutan dimana untuk dewasa RM10 manakala kanak-kanak pula RM5.

Setibanya dipuncak, pengunjung akan diberi masa selama satu jam 30 minit untuk menikmati keindahan puncak Bukit Larut. Meskipun Bukit Larut dianggap stesen bukit yang paling kecil di Malaysia, namun ia masih mengekalkan persekitaran alam semula jadi dan menawarkan percutian yang tenang dan mendamaikan.

Cara Melawat
Tiada kenderaan awam dibenarkan naik. Untuk ke sini, anda perlu menaiki kenderaan pacuan 4 roda kerajaan. Kenderaan ini bergerak naik ke atas setiap 1 jam. Bayaran yang dikenakan untuk menaiki landrover juga amat berpatutan dimana untuk dewasa RM10 manakala kanak-kanak pula RM5.

Alamat: Maxwell Hill, Pegawai Penjaga Bukit Larut, Taiping, Perak, 34000 Taiping

Jom tengok beberapa keping gambar mengenai keindahan Bukit Larut yang kami lampirkan bersama.

Bukit Larut
destinasi menarik di Bukit Larut
tempat menarik di Bukit Larut
Bukit Larut
Bukit Larut
Bukit Larut

Sekian sahaja dari kami. Sekiranya anda ada apa-apa cadangan jangan lupa komen ye.

Jangan lupa booking penginapan anda di AGODA sekiranya anda mengunjungi mana-mana tempat percutian. Ini bagi mendapatkan harga terbaik dan terdapat pelbagai pilihan hotel, homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

error: Content is protected !!