Mesti anda pernah dengar mengenai Padang di Indonesia kan? Padang merupakan pusat atau ibu kota bagi daerah Sumatra Barat. Ramai sangat orang yang bercerita mengenai Padang ni. Ia menjadi destinasi tumpuan buat pelancong dari seluruh dunia. Biasalah. Untuk destinasi yang popular macam Padang, pasti akan ada banyak tempat-tempat menarik yang anda boleh kunjungi.
So, dalam artikel kali ni kami akan kongsikan dengan anda beberapa tempat menarik di Padang, Indonesia.
1. PASUMPAHAN
Pernah dengar mengenai destinasi bernama Pasumpahan? Kalau anda nak tahu, ia merupakan sebuah destinasi yang terletak di kawasan Bungus. Ia merupakan sebuah pulau yang tidaklah terlalu besar. Anda boleh katakan ia berada dalam kategori pulau kecil sebenarnya.
Tapi, kecil-kecil Pasumpahan pun, keindahannya memang tak dapat nak dinafikan! Bayangkan disini anda boleh melihat pasir pantai yang putih dan diserikan lagi dengan adanya terumbu karang.
Selain itu, anda boleh melihat pantulan cahaya pada lautan membirunya yang membuatkan warna hijau dan biru selang seli kelihatan pada permukaan airnya. Unik kan? Kalau takde tarikan, takkan lah Pasumpahan ni terkenal.
Sayangnya, Pasumpahan juga terkenal kerana ia ada terlalu banyak sampah sarap. Boleh jadi disebabkan terlalu ramai pengunjung dan pihak berkuasa yang tidak terlalu ketat dalam menjalankan tugas mendorong kepada situasi ini. Selain tu, semuanya sangat menarik berkenaan Pasumpahan.
2. PANTAI AIR MANIS
Pernah dengar kisah dongen Si Malin Kundang? Haa.. Destinasi seterusnya yang ingin kami kenalkan kepada anda, Pantai Air Manis ni merupakan lokasi dimana dikatakan berlakunya kisah Si Malin Kundang ni.
Entah betul entah tidak. Tapi, anda boleh jumpa batu yang dikatakan Si Malin Kundang tersebut yang disumpah tersebut disini. Betul ke tidak tu bukan point utama. Apa yang penting adalah, Pantai Air Manis ini mempunyai pantai yang agak cantik.
Pasir halus pantai ini menaikkan lagi tarikan yang ada disini. Nak tahu apa lagi yang menarik? Anda boleh menyeberang ke sebuah pulau dari pantai ini! Tapi, waktu paras air laut rendah la.
Tarikan lain yang ada adalah, anda boleh mengembara disini dengan menaiki ATV. Anda boleh menyewa dan menggunakannya untuk meneroka keseluruhan kawasan pantai ini. Menarik kan?
3. MUZIUM ADITYAWARMAN
Uniknya muzium ini adalah, ia merupakan sebuah binaan bangunan kayu yang pastinya akan membuatkan anda terus terpukau walaupun dari jauh. Muzium Adityawarman ini telah dibahagikan kepada beberapa buah bilik yang mengetengah topik pameran yang berbeza.
Anda boleh temukan beberapa topik pameran utama seperti journalism, tradisi dan masyarakat setempat, berkenaan tsunami dan beberapa topik pameran yang lain. Kalau biasanya anda lari daripada muzium disebabkan oleh penerangannya dalam bahasa tempatan, anda tak perlu risau jika berkunjung ke sini.
Anda boleh temukan penerangan dalam Bahasa Inggeris juga. Mudah kan? Jadi anda pun tak akan terpinga-pinga sebab tak faham pameran tersebut berkenaan apa. Harga tiket juga agak berpatutan. Jadi, agak setimpal untuk anda meluangkan masa untuk berkunjung ke sini.
4. PANTAI PADANG
Pantai Padang merupakan sebuah pantai yang agak popular dalam kalangan pengunjung. Kenapa kami kata macam ni? Kalau anda datang ke sini pada waktu hujung minggu, ia akan sesak dengan orang ramai.
Tapi, kalau anda jenis yang sukakan suasana yang meriah, ia sangat sesuai untuk anda. Tambah-tambah kalau anda nak melepak dengan kawan-kawan. Anda boleh temukan banyak gerai jalanan yang menjual makanan. Ramai yang berkunjung ke sini untuk menikmatinya.
Selain itu, ia juga luas dan mempunyai laluan pejalan kaki. Ada yang menggunakannya untuk bersiar-siar dan tak kurang juga yang berjogging. Lebih feeling bila beriadah sambil menghirup udara segar dari laut. Ia juga mempunyai sebuah pasar ikan yang menjual ikan segar yang ditangkap nelayan. Fresh from the sea gitu.
5. JAMBATAN SITI NURBAYA
Jujur kami kata. Jambatan ini tidaklah terlalu menarik atau mengagumkan. Tapi, kenapa kami cadangkan tempat ini? Ia sebenarnya lebih kepada kisah yang ada serta pemandangan dan suasana yang boleh anda temukan disini.
Jambatan Siti Nurbaya mempunyai kisah berkenaan seorang gadis yang telah membunuh diri kerana dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan seorang tua kaya untuk melangsaikan hutang ayahnya.
Dari jambatan ini, anda boleh melihat pemandangan sungai Batang Arau yang sangat mengasyikkan. Nak lagi menarik, anda boleh menikmati pemandangan ini ketika matahari terbit dan juga terbenam.
Selain itu, pemandangan deretan bot yang diparking atau yang berlegar-legar di sepanjang sungai juga sangat menarik perhatian.
Itu sahaja rasanya untuk bahagian pertama untuk 5 tempat menarik di Padang, Indonesia. Nantikan bahagian kedua dan seterusnya tidak lama lagi.
Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.
Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian