Lokasi Hatyai yang terletak berdekatan dengan sempadan Malaysia menjadikan ia destinasi pelancongan pilihan ramai rakyat Malaysia. Sebagai salah satu bandar yang terbesar di Thailand, tidak hairanlah betapa banyaknya tarikan yang terdapat di sini terutamanya gerai makan, pusat urutan badan dan tempat-tempat membeli-belah, mana tak seronok pelancong yang datang. Jom baca perkongsian dari Nurul Ain dan Alia Pisal trip ke Hatyai dengan menaiki Train & Grab.

Nak share sikit pengalaman naik train & guna Grab dekat Hatyai. Masa kat sana kitorang 90% naik grab, 10% naik tuktuk.

Train
-Tiket KTM Sg Petani-Padang Besar RM9.30/person
-Tiket train Padang Besar-Hatyai RM10/70 baht per person
❗Train ke Hatyai ada 2 waktu: 9.50 pagi & 3.40 petang waktu Malaysia

❗Kaunter tiket untuk ke Hatyai dibuka jam 9 pagi waktu Malaysia. Datang awal untuk beratur beli tiket sebelum pintu kaunter dibuka. Cepat beli tiket, cepat la cop passport di Imigresen.
❗Keluar je dari KTM Padang Besar, terus ke kaunter tiket di hujung sekali.
❗Aim trip ke Hatyai naik train ni nak merasa classic train thai yang open air. Tapi takde rezeki, both ways dpt train yang ber-aircond. Next time maybe😉

Hotel
✅Tanaphat Hotel rm64/night
-Hotel selesa,bersih,besar,siap ada balcony.
-Walking distance to Lee Garden,Kim Yong Market,Santisuk Market and Muslim Restaurants(Kedai Salma, Hamid Restaurant, Kai Tod Decha, Kedai Kelantan)

Simcard
✅Simcard 260 baht(DTAC simcard).Kitorang beli dalam train. Nanti ada orang dtg jalan-jalan dalam train smbil jual simcard. Unlimited data untuk seminggu. Share 2 orang, sorang 130 baht.
✅Bole juga beli simcard di kedai local di Hatyai, lebih murah kata orang.

Transport
⏺DAY 1: 164 baht/person=RM20.50/person
-Grab 188 baht
-Tuktuk 140 baht
⏺DAY 2 :514 baht/person=RM 64/person
-Grab 828 baht
-Tuktuk 160 baht
⏺DAY 3: 46 baht/person=RM5/person
-Grab 85 baht
❗Lagi jimat if naik Grab/Tuktuk ramai2. Macam kitorang hanya berdua, so xdpt la nk berjimat sangat dekat transport.
❗Nak lagi jimat boleh sewa motor
❗Buat akaun grab banyak2 sbb promo code boleh guna up to 2-3 kali je untuk satu akaun.
❗Check dulu fare grab sebelum naik tuktuk. Ada tambang tuktuk yang terlalu mahal. Contoh,tuktuk offer 500 baht dari Central Festival Mall ke Klonghae Floating Market. Grab hanya 129 baht. Kalau fare lebih kurang, then decide la naik yang mana😉

Hari Pertama
✅Tuktuk dari train station ke Tanaphat Hotel 30 baht/person
✅Check in hotel
*Jalan kaki dari Tanaphat Hotel-Kai Tod Decha Restaurant
✅Lunch Kai tod Decha 95 baht/person(khaomok rice 65baht, teh ais buih 30baht)
*Jalan kaki dari Kai Tod Decha-Kim Yong Market
*Jalan kaki dari Kim Yong Market-Lee Garden
⏺masuk Lee Garden Plaza, Watson, 7e, ronda stall sepanjang Lee Garden

⏺Kitorang masuk semua Watson, Boots Pharmacy and 7E yang jumpa sbb menarik.
*Jalan kaki dari Lee Garden-Tanaphat Hotel
✅Grab Tanaphat hotel -Ban Pru Floating Market 108 baht
✅Makan2 dekat Ban Pru 90 baht
✅Grab Ban Pru -Asean Night Bazar 80 baht
✅Makan2 dekat Asean Night Bazar 90 baht
✅Tuktuk Asean Night Bazar-Tanaphat Hotel each 40 baht

Hari Kedua
✅Grab from Tanaphat Hotel-Chabura Dimsum 85 baht
✅Chabura Dimsum 340 baht for 2 person

-14 bekas dimsum
-Pad thai
-Ice green tea
✅Grab Chabura Dimsum-Chang Puak Camp 94 baht
✅Elephant Riding 500 baht/person
✅Beli gambar elephant riding 200 baht/person
✅Grab Chang Puak Camp-Municipal Park 126 baht
✅Grab Municipal Park-Songkhla Central Mosque 187 baht

✅Grab Songkhla Central Mosque-Central Festival Mall 110 baht
✅Lunch nasi+tomyam+telur dadar 100 baht for 2 people
⏺Bole pegi tourist info centre untuk buat The 1 Card kat Central Festival Mall for free, boleh guna untuk dpt diskaun dekat selected kedai.
✅Grab Central Festival Mall-Klonghae Floating Market 137 baht



⏺Shopping
⏺Makan2 dekat Klonghae Floating Market 130 baht



✅Grab Klonghae Floating Market-Tanaphat Hotel 129 baht
*Jalan kaki dari Tanaphat Hotel-Lee Garden
⏺shopping
✅Tuktuk Lee Garden-Greenway Market 80 baht
⏺Ronda and pusing Greenway Market
✅Tuktuk Greenway-Lee Garden 80 baht
⏺shopping
*Jalan kaki Lee Garden-Tanaphat Hotel

Hari Ketiga
*Jalan kaki Tanaphat Hotel-Santisuk Market-Kedai Salma
✅Breakfast Kedai Salma roti telur with green curry + ice milk tea 85 baht/person
*Jalan kaki Kedai Salma-Tanaphat Hotel
✅Grab Tanaphat Hotel–Train station 85 baht

Baca juga : Trip Ke Hatyai Dengan Membawa Kereta Sendiri

Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

Sumber:
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
100,000 orang pembaca destinasipercutian.com telah mendaftar AirBNB dan mendapat penjimatan
Klik SINI