Hatyai merupakan bandar yang paling popular di Selatan Thailand kerana Hatyai boleh dianggap sebagai lokasi utama transit untuk ke tempat-tempat lain di seluruh Thailand. Di zaman penggunaan media sosial yang meluas ni memang sangat mudah untuk dapat info. Ramai rakyat Malaysia yang telah memviralkan banyak tempat menarik di Hatyai.

Hari ini admin nak berkongsi dengan pembaca tentang perkongsian dari Nor Fazlina Abdul Rahim tentang trip ke Hatyai sambil membawa kereta.

Sis nak cerita pengalaman ke Hatyai, Thailand, baru-baru ini dengan menaiki kereta bersama keluarga dan rakan.

Bila sebut Hatyai mesti orang akan cakap lokasi syurga makanan, membeli belah, harga murah dan sebagainya kan.

Trip ke Hatyai dirangka dalam tempoh tiga minggu saja sebelum pergi hasil perbincangan sis dengan rakan baik, Idayu Razali dan sahabat lain..

Tiga minggu sebelum pergi sis minta kawan sis arrange trip ke Hatyai tapi tak mahu naik transport awam sama ada train atau van (roktu), tapi sis cakap kali ni nak bawak kereta sendiri sb trip ni ada 5 kanak-kanak termasuk seorang bayi berusia 2 bulan

Jadi bila anak kecil semestinya banyak brg nak bawa dengan stroller lagi, car seat lagi so kita decide bawak kereta sendiri ke Hatyai semestinya lebih mudah.

So, mungkin orang yang tak pernah masuk akan cakap susah atau rumit nak bawak transport masuk kan? namun sebenarnya tidak rumit pun dan bagi sis lebih berbaloi2 bawak kereta sebab shopping banyak senang nak sumbat barang.

Sehari sebelum bertolak (kami bertolak 28 September iaitu Jumaat), husband sis terlebih dahulu pergi ke pekan Rantau Panjang untuk beli insurans kenderaan..nak beli hari kita masuk pun ok sebab nak lagi cepat kita beli awal2..

Untuk beli insurans kena bawa geran kereta original dan terpulang kat kita nak beli untuk tempoh sebulan atau setahun. untuk insurans sebulan hanya RM30 n setahun xsilap RM90

Maka hari Jumaat bermulalah trip sis ngan kawan2..kami dewasa seramai 9 dewasa n 5 kanak2 membabitkan 3 kereta.

HARI PERTAMA

– Kami berkumpul di stesen minyak Caltex Rantau Panjang seawal jam 8 pagi sebab nak elak kaunter Jabatan Imigresen ramai orang. Kita akan lalu Imigresen Malaysia terlebih dahulu untuk tunjuk pasport sebelum ke Imigresen Thailand

– Kita perlu beratur untuk cop pasport n perlu beratur ke kaunter untuk dapatkan permit kenderaan. Kami ambil masa kira-kira sejam untuk dua urusan berkenaan dan Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

– So bermulalah perjalanan kami ke Hatyai.. memandangkan transport sendiri kita lebih fleksibel nak berhenti makan atau minum tanpa kejar masa. 2 kali jugalah berhenti makan sebelum sampai di Hatyai dan perjalanan kami mengambil masa 4 jam

– Mesti ada terpikir macam mana nak tau jalan n takut sesat kan. Hasil pengamatan saya jalannya agak senang kerana hanya ikut arah Pattani sehinggalah jumpa signboard Hatyai dan jalannya lurussss saja. Atau lagi nak selamat kata kawan sis Noor Suriati yang selalu pergi sana, masuk je Golok terus terus beli simkad n guna saja waze…maka smpailah ke lokasi nak dituju tanpa rasa bimbang

– Sampai di Hatyai jam 2 petang, kami terus menuju Central Festival iaitu pusat membeli belah terbesar di Hatyai yang ala2 IOI Mall. Kat situ kami beli sim card dengan harga RM14 untuk internet tanpa had selama seminggu bagi memudahkan komunikasi di antara kami.

– Jam 5 petang, kami check in di Kosit Hotel. Harga hotel di Hatyai ni jangan risau sebab jauh lebih murah berbanding Malaysia tapi kita dapat bilik cantik. Di Kosit Hotel kami stay dua malam hanya RM186 saja. murahhh kan dengan katil king lagi dan selesa. Petang tu kami hanya makan dan minum berhampiran hotel saja kerana terdapat restoran halal dan makanan tak payah citer la sb semua sedap.

– Malam pertama di Hatyai kami ronda2 di Lee Garden Plaza Night Market.. Kat sini macam pasar malam macam2 pakaian dan makanan ada jual. Ais krim kelapa ke, udang besar ke semua ada. Memang kenyang giler sebab sis makan nasi lemak, teh tarik yang pernah jadi viral dan juga udang besar, pulut mangga.

– Kami habiskan masa 2 jam kat situ sebelum balik hotel. Ada yang pergi mengurut kaki sebab nak standby esok nak jalan lagi kan….apapun sis memang tidur dalam kekenyangan la malam tu

HARI KEDUA

– Hari kedua memang mencabar sebab jadual agak padat dan kami sewa khas dua tuk tuk sepanjang berada di Hatyai dan kos setiap tuk tuk untuk sehari hanya RM126 saja. Satu tuk tuk boleh naik lapan orang dewasa.

– Sebelum memulakan perjalanan kami breakfast di Dimsum Chabura…aduhhh kat sini nasi air dia perhhhhh sedap sungguh pastu ada macam2 Dimsum.. nak yang mana pilih saja harga setiap satu 20 bath (RM2.60 )… kami pakat rambang mata sumer terliur tup2 sampai kat meja setinggi KLCC.. amekkk dia nak habiskan sumer…pendek kata makan kenyang smpai tak terfikir banyak lokasi lagi nak pergi ni…

– So lokasi kedua kami pergi selepas kekeyangan adalah Hat Yai Plaza Trade Centre… sini nak beli t-shirt ke baju tidur, seluar askar ke mcm2 pakaian ada so kami cuci mata dekat 2 jam

– Next shopping kami pergi ke Kim Yong Market dan kat sini banyak kacang-kacang, dan sis paling suka buah berangan kat sini murahhhh sangat .. Sekilo dalam RM30 – RM35 dah dapat. Memang puas hati sebab sis penggemar buah berangan.. Kalo beli kat shopping sini RM10 pon bape biji je dapat. Kami habiskan masa kat sini sebelum balik hotel mandi dulu memandangkan anak2 pun dah berpeluh2..

– Jam 3 petang kami ke Khlong Hea Floating Market iaitu lokasi wajib pergi bagi mereka yang pertama kali mengunjungi Hatyai. Agak rabun mata jugak lah sebab rasa nak makan macam2.. sis sempat beli air kelapa, bihun tomyam dan kerabu maggie je sb orang pon ramai..Harga pun tak mahal mcm kerabu maggie hanya 20 bath

– Next station kami ke Hatyai Asean Night Market. kat sini kami habiskan masa dua jam dan sini agak selesa untuk kami yang gunakan stroller baby dan keadaan kedai lebih tersusun. mcm biasa rambang mata tengok kasut budak atau pakaian kanak2 cantik sumer… harga kebanyakannya 100 bath msaja dan baju yang ketara agak murah bagi sis adalah baju tidur iaitu 100 bath saja sebab sis dah survey di Rantau Panjang harga RM20 ke atas.

– Next kami ke Greenway Night Market. Kami dinner kat sini. Kat sini famous dengan baju bundle dan kawan sis kata memang berbaloi beli sebab murah. Orang yang minat barang bundle boleh lah mengunjungi Greenway Night Market nii

– Duit semakin kering, kaki penat dan jam 8 malam kami pon pulang ke hotel. xsempat nak g mengurut sb trip bawak anak2 kan..

HARI KETIGA

– Breakfast kali ni berhampiran hotel je makan nasi kerabu daging bakar…sedappp…
– Selepas itu kami yang perempuan berpakat pergi ke Lee Garden Plaza sebab nak habiskan duit yang ada dengan beli buah tangan kepada rakan2 sekerja nanti.. kat Lee Garden banyak juga barang kraftangan n harga murah.

– Dalam banyak2 sis tengok ramai orang beli dompet dan sarung pasport di mana kita boleh ukir nama.. nampak agak special gituuu…t-shirt pon kami beli lagi sb nak habiskan duit memandangkan hari terakhir Hatyai

– Jam 12 tengah hari smpai hotel terus kemas barang n check out…15 minit perjalanan berhenti makan dulu sebelum pulang ke Kelantan

– Kesimpulan sis dpt sepanjang 3D2N di Hatyai, di sana memang tempat makan yang sangat sedap n harga pun tak mahal…tak menyesal pergi..mungkin selepas ini akan pergi lagi dan akan teroka lokasi yang belum pergi lagi.

– Itu saja sis nak share dan anak2 pun memang sporting walaupun cuaca panas.. tu menandakan mereka nak jalan2 lagi selepas ni hihihi n kos sis satu family iaitu 4 beranak untuk trip ke Hatyai hanya RM1,000 saja.

Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

Sumber:
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram