Hallstatt adalah sebuah desa kecil yang terletak di Salzkammergut, Austria yang menjadi salah satu destinasi para pelancong di dunia. Actually Hallstatt sangat terkenal kerana ia merupakan tempat pengeluaran garam yang terbesar dan antara salt mine yang tertua di dunia.
Jom baca perkongsian oleh Nor Artikah mengenai trip ke Hallstatt, Austria yang di iktiraf sebagai World Heritage Sites in Austria by UNESCO
1. Penginapan
– Bagi anda yang berhasrat untuk trip ke Hallstatt boleh laa jadikan Salzburg sebagai bandar untuk anda menginap kerana harga penginapan yang jauh lebih murah dari Hallstatt dan jarak perjalanan cuma mengambil masa selama 2 jam je. Dalam tempoh 2 jam ni pun anda tidak akan akan rasa bosan kerana view sepanjang perjalanan teramatlah cantik 😍. Sepanjang di Salzburg kami menginap di A&O Salzburg Hauptbahnhof. Highly recommended, sebab jarak dari hotel ke Salzburg Hbf cuma 4 minit je berjalan kaki
2. Pengangkutan
– Trip kali ni saya memilih untuk naik train kerana harga jauh lebih murah dari naik bus then tukar ke train. Saya naik train dari Salzburg Hbf ke Hallstatt Bahnhof. Train akan berlepas dari Salzburg Hbf ke Attnang – Puchheim dan mengambil masa 35 – 40 minit untuk sampai ke destinasi. Sampai je di Attnang – Puchheim anda dikehendaki untuk tukar train ke Hallstatt dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit. Ticket train saya beli 2 minggu sebelum.
– Segala maklumat platform, no. train dan destination yang akan dilalui sepanjang perjalanan ada ditulis di dalam ticket anda. Jadi digalakan untuk anda print ticket tersebut sebagai info tambahan ketika nak cari train yang betul. Ini kerana ada a few tourists yang saya lihat terkapai-kapai mencari train yang betul kerana mereka hanya bergantung ke mobile app tickets sahaja. Di situ tidak dinyatakan no. platform mana yang mereka perlu tukar. Jadi mereka harus semak di screen board untuk perjalanan mereka. Kalau anda cuma ada 5 minit je untuk transfer ke train sangatlah rushing apa semua. Sekadar perkongsian dari saya tapi terpulang pada masing-masing untuk print atau pun tidak
Baca Juga: Tips Bila Travel Waktu Winter
– Pembelian ticket boleh dibeli secara online melalui OBB apps. Lebih mudah, murah dan cepat.
– Selain daripada itu, anda juga boleh naik bus no. 150 dan turun di Bad Ischl, tiket berharga €10.90 untuk 1 way. Sampai je di Bad Ischl anda kena tukar untuk naik train ke Hallstatt dan ticket boleh dibeli di kaunter berharga €5.40 untuk 1 way.
3. Ferry / Boat
– Turun je dari train ada laluan yang perlu anda lalu untuk ke jetty boat. Jarak dari train station around 5 minit berjalan kaki.
– Untuk ke Hallstatt Village anda kena naik boat yang menyeberangi tasik. Harga tambang boat ketika saya pergi 17/1/19 sudah naik €3 untuk 1 way. Kalau dulu cuma €2.50 tapi bermula 1/1/19 tambang boat dinaikkan. Conductor ticket tu ada bagi tahu reason tapi saya xberapa ingat salah satu sebab tambang dinaikan untuk digunakan sebagai proses pembaikkan Hallstatt Village tersebut.
– Bagi mereka yang pergi time musim sejuk digalakan untuk semak waktu last perjalanan boat. Macam kami waktu tu last boat beroperasi pukul 4 petang, jadi kenalah keluar lebih awal sikit dan menunggu train hampir 30 minit.
– Kalau anda naik train tiada masalah untuk menghabiskan masa seharian di Hallstatt kerana last train pukul 6.45 petang.
Itu sahaja perkongsian dari saya, hope anda semua tidak jemu membaca nukilan saya ni. Terima kasih semua.
Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian