Perkongsian ini dikongsikan oleh Mira Maira yang travel ke India dengan kos RM2,700 (not include entrance fees)
Tips & Trick Jika Travel Ke India
1. Perkara penting sebelum korang pergi, download dulu apps Olacab & Delhi NCR Metro
2. Suggestion aku , nak jimat better korang pergi india by group (4 orang lebih jimat)
3. Book siap-siap train dari Malaysia. Kalau sampai sana train cancel korang rilex jangan panik. Carik Coach yang ada AC boleh dapat daripada travel agent.
4. Jaipur Simkad Airtel 200 inr untuk kad+ 250 inr top up (for 28days) sehari 1.58GB Sahaja. kalau kuota abis tunggu lah esok baru ada internet balik. (jangan gata-gatal top up) nanti kena tipu. Kalau pergi centre Airtel dia mintak gambar 1 keping & contact hotel untuk verify korang stay hotel tu.
5. Ambik Teksi 1 hari 6 attraction place – 2k (sorang dlm 500 inr) . kalau book ola cab agak letih nak tunggu-tunggu . so korang mungkin boleh jimat kat sini.
6. Hawa Mahal (aku xmasuk dalam) , Jantar Mantar (50inr sebab kawan india belikan) , Amber Fort (550inr) , City Palace (500inr)
7. Kalau nak shopping kain sari beli dekat jaipur lebih murah and banyak pilihan dekat Johri Bazaar ada kedai merah mintaklah kurang. 1 helai boleh leh dpt 450inr. Delhi & Agra xda kain sari murah-murah semua style pengantin
8. Minum Air Bisleri , Aquafina (susah sikit nak dapat). Makan kalau boleh share sebab nasi selalunya untuk 2 orang makan. Ayam jual half maksud 4 ketul. Full tu dlm 8 ketul.
9. Taj Mahal dtg seawal pagi sebab panas & orang terlampau ramai. Hotel Taj Resort aku ambik dekat boleh jalan kaki sahaja or naik golf buggy bayaran 10inr. Fridge Magnet boleh dapat 50inr depan taj mahal. kedai himalaya pun depan area luar taj. (borong dekat agra sebab delhi susah nak carik kedai himalaya)
10. Di New Delhi, korang boleh guna metro je senang sahaja. Kalau perempuan ada coach belah depan sekali tak campur lelaki-lelaki. Aku ambik pass tourist 1day unlimited 200inr (50 inr dapat balik kalau kau pulangkan kad)
11. Srinagar (Kashmir) – cadangan tinggal houseboat 1 hari je sebab susah pergerakan nak pusing-pusing bandar or nak jalan-jalan sebab korang kena naik sampan untuk seberang. better duduk hotel. last day ddk houseboat. Complimentary Shikara Ride kalau tido houseboat
12. Gulmarg korang jangan ambik tourist guide wlpn travel agent korang srh ambik sekli pun. Pls pls degil diri (sebenarnya nak support pekerjaan local). Tujuan konon untuk mudahkan beli tiket gondola & teman korang naik atas . Tips kat sini kalau perempuan kau boleh potong que semua lelaki2 yang beratur tu. Harga tiket 740inr untuk sorang. (kalau ambik tourist +700 inr & kasut 200inr) ~ jangan takut senang je beli tiket & tempat nak naik gondola. Sledge dapat hrga 350inr include tips
13. Pahalgam (Pony Ride) sini mmg adventure dia lain macam. naik turun gunung ganang berbatu2 berbaloi lah dengan hrga 1,600 inr untuk 4 peringkat ok.
14. Sonamarg 750inr (pony ride) include tips. ni korang boleh nego lagi sebab tak berbaloi kejap je pusingnya.
15. Shopping tempat korang boleh pergi
– New Delhi (Janpath Market)
– Jaipur (Johri Bazaar)
– Srinagar (Lal Chowk)
16. Jaipur (bersih sikit) dari Agra & Delhi. Bawak topeng muka & sanitizer selalu. Gunakan toilet di hotel & restaurant supya anda semua tidak muntah darah.
17. Last but not least. Lower your expectation so that at the end of the trip, you’ll be like, “Well, India ni okay je sebenarnya, not that bad actually”, 😂
Untuk Visa India boleh contact :
1. 6016-246 0917 (Paru RM 370 – 1tahun)
Srinagar Ground Package
1. +91 87158 45577 (Qumail 365 Holidays travel)~ 6hari 5 malam (10,500inr)
Baca juga: 5 Lokasi Macam Di Oversea Yang Ada Di Malaysia
Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu. Ada diskaun untuk booking kali pertama lagi.
Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian