Disini kami kongsikan 15 tempat menarik di Sabah untuk anda lawati. Sabah, Indah berbentuk muka bumi yang bergunung-ganang, berhutan mekar dan dikelilingi Laut Sulu di bahagian timur lautnya, Laut China Selatan di bahagian pantai baratnya dan Laut Celebes di selatan. Negeri Sabah memang cukup terkenal dengan tempat pelancongan yang kaya dengan tarikan alam semulajadi terutamanya di pulau-pulau, pusat penjagaan hidupan liar & kawasan taman negara yang menjanjikan keindahan hutan belantara Borneo yang sangat mengujakan. Bahkan ada sesetengah tempat menarik di Sabah yang popular sebenarnya hanya ada di sini & tiada seumpamanya di Semenanjung Malaysia.

Sabah memang sudah terkenal diseluruh dunia dan baru-baru ini ia telah menerima anugerah istimewa iaitu diktiraf sebagai ‘3 Tempat Paling Popular Asia Pasifik’ untuk pelancongan. Ini berikutan terdapat pelbagai tempat menarik di Sabah untuk anda lawati. Ianya memang benar dan merupakan tarikan besar pelancong dari China dan Korea Selatan. Nak tahu kenapa?

Jom baca perkongsian Fatin Nabillah di bawah ni:

15 tempat menarik di Sabah

Siapa yang bercadang untuk ke Sabah, specifically Kota Kinabalu & Kundasang, korang wajib pergi tempat-tempat ni.

1. Jambatan Gantung Tamparuli

Jambatan Gantung Tamparuli Tempat Menarik Di Sabah

Expectation : Sebab kan aku buat research & ramai datang sini, so aku ingat tempat dia menarik sangat lah, hahahaha.

Reality : Takde apa yang menarik melainkan jambatan gantung. Kat bawah jambatan tu ada sungai & jalan raya.

—————————————————————
2. National Kinabalu Park – RM3

National Kinabalu Park

Ada 2 cara untuk korang nikmati udara nyaman & segar sambil tenangkan fikiran bila sampai sini :

1. Jalan kaki untuk yang suka hiking atau bersenam

2. Naik kereta untuk yang malas berjalan tapi nak hirup udara segar haha jk

—————————————————————
3. Kundasang Mount Valley Recreation

Kundasang Mount Valley Recreation

Ni salah satu tempat yang sediakan aktiviti menarik jugak. Salah satu nya adalah Flying Fox! Harga dia – RM27. Kat situ bukan ada ni je, ada lagi beberapa aktiviti lain macam rumah 4 musim, memanah & etc.

—————————————————————
4. Sosodikon Hill – RM3

Sosodikon Hill

Tempat yang sangat cantik! Kalau korang dapat sampai atas, fuhh memang worth the view. Alaaa, tak tinggi atau jauh sangat pun nak berjalan sebab dia bukit and tak curam sangat. You guys should put it in your list!

—————————————————————
5. Desa Cattle Dairy Farm – RM5

Desa Cattle Dairy Farm

Tempat wajib datang kalau pergi Kundasang! Nak masuk sini kena lalu macam guard house dia dulu untuk entrance fees. Kat sini ada jual susu fresh, yogurt & aiskrim 🍦 Oh ya! Korang boleh jugak perah susu & bagi makan lembu sini tapi ada timing.

—————————————————————
6. Mesilau Cat Village

Mesilau Cat Village

Untuk pencinta kucing, korang disarankan datang sini. Tengok dari luar FOC, kalau masuk dalam – RM5 macam tu. Dorang ambil kucing jalanan yang tak bertuan atau ada yang hantar ke dorang untuk dijaga.

—————————————————————
7. Poring Hotspring – RM3. Canopy Walk Poring – RM5

Poring Hotspring

Kitorang tak masuk dalam pun sebab taknak mandi, cuaca panas time tu haha. Canopy walk tu dalam Hotspring tu tau. I suggest you guys berkelah kat sini lagi best! Hehe

—————————————————————
8. Spa Ikan Tagal Luanti – RM5

Spa Ikan Tagal Luanti

Expectation : Alaa, anak ikan je ni, macam kena gigit semut! Lol

Reality : Ikan besar weh tak tipu! Atuk ikan pun ada besar gedabak

Oh ya! Kalau masuk sini bawa kamera kena bayar per group RM3. Gopro ke DSLR ke kena bayar. Kamera fon je takyah.

—————————————————————
9. Ladang Teh Sabah

Ladang Teh Sabah

Expectation : Mesti cantik macam ladang teh kat Cameron. Nak makan scones dia! 😍

Reality : Ladang Teh dia kurang subur mungkin sebab cuaca agak panas time tu. Scones dia 3/5 ⭐️

—————————————————————
10. Polumpung Melangkap, Kota Belud – RM3 (tidak bermalam)

Polumpung Melangkap, Kota Belud

Kalau korang jenis yang suka camping, you guys should stay at least 1 night kat sini. Seriously best! The view so worth it. Kalau siang boleh layan tengok gunung & mandi sungai, kalau malam boleh star gazing & bbq.

—————————————————————
11. Pulau Manukan & Sapi

Pulau Manukan & Sapi

Tak asing lagi nama pulau-2 ni bila datang Sabah sebab air laut yang jernih, boleh nampak ikan bilis 🙊
Korang p Jesselton, cari Kaunter 9 – Island Hop Express, Team Orange – RM95/pax. Harga RM95 ni include Parasailing di Pulau Sapi. Serious best!

—————————————————————
12. Signal Hill Observatory Platform

Signal Hill Observatory Platform

Tempat ni buka pukul 8AM-12AM. Makanya, kami sampai awal 30 minit, so takdapat lah nak lepak sini lama-2 since kafe kat situ belum buka. Sepatotnya tempat bulat (rujuk gambar) tu dorang letak meja makan macam tu.

—————————————————————
13. KK City Mosque

KK City Mosque

Masjid dia cantik sangat. Bahagian luar ada kolam air & tempat duduk. Bahagian dalam ada kiosk jual-2 barang macam jubah, quran, tasbih & etc. Lepastu, kat area parking, ada sebaris kedai makan tauu! Menarik jugak hehehe.

—————————————————————
14. Pasar Filipina

Pasar Filipina

Syurga mutiara Sabah, brooch, gelang, rantai, ikan masin, ikan bilis, amplang & macam-2 lagi! Rasa macam kena rasuk bila masuk sini, sebab semua benda nak beli. Sebelum sampai sini bajet dah nak beli sikit je, sekali sampai, jalan-2, dah over bajet!

—————————————————————
15. Pasar Malam Ikan Todak

Pasar Malam Ikan Todak

Salah satu tempat makan seafood, semua jenis seafood ada. Pilih je nak yang mana & order nak masak apa, dorang boleh buat. Harga berpatutan sangat! Salah satu menu korang perlu cuba adalah Rumpai Laut. Not bad rasa dia hehe. (Macam dalam gambar tu)

—————————————————————
Tambahan tempat menarik di Sabah yang boleh korang lawati :

– Arnab Village, 9AM-6PM – RM3
– Crystal Hill
– Dreamworld
– Bukit Kokol / Kokol Hill
– Gaya Street Sunday Market
– Paragliding Ranau, – RM150 (tanpa kamera), RM180 (ada kamera)

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Jemput baca: Tips Percutian ke Kundasang, Sabah

Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram