Melaka (Malacca) adalah lokasi paling bersejarah dan antara destinasi pelancongan paling top di Malaysia. Empayar Melaka satu masa dulu amat megah dan makmur sebelum kejatuhannya ke tangan Portugis. Melaka satu-satunya negeri yang dijajah Portugis, Belanda, Jepun dan British. Negeri ini menjadi rebutan kerana lokasinya yang strategik untuk aktiviti perdagangan.
Jasin, salah sebuah daerah yang terdapat kat Melaka dan merupakan salah satu antara tempat menarik di Melaka untuk anda kunjungi. Jasin mungkin tidaklah sepopular bandar Melaka yang memang terkenal dengan bangunan-bangunan bersejarah dalam kalangan pelancong. Tapi, kalau korang dah sampai Melaka tue, apa kata korang curi sikit masa melawat beberapa tempat menarik di Jasin.
Accommodation: : Where to Stay in Jasin, Melaka
8 Tempat Menarik Di Jasin, Melaka
1. Kolam Air Panas
Air Panas Jasin merupakan salah satu lokasi rekreasi yang menarik dan sesuai untuk membawa keluarga bersuka ria. Selain terdapat tempat permainan untuk anak-anak, ia juga sesuai untuk golongan dewasa. Dekat sini ada kolam-kolam air panas yang dibahagi pada 3 zon berwarna mengikut suhu air panas dalam kolam.
Mula dibuka pada tahun 1884, pusat rekreasi ini mengetengahkan konsep Jepun Onsen di mana kolam-kolam tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Zon Kuning, Oren dan Merah mengikut suhu kepanasan air di antara 34 hingga 49 darjah celcius. Kolam-kolamnya pula dinamakan Ashi-yu (foot bath), 1884 Ofuro (bath house), Kaburi-yu , Utase & Kolam Renang Mineral (kolam terbuka).
Siapa yang tak seronok ke air panas betul tak? Panorama hutan & sungai yang menenangkan pasti mengujakan kita semua. Namun begitu, perancangan rapi untuk ke sana perlu dibuat supaya nanti kita tak kecewa. Mungkin ianya nampak ringan tetapi percayalah yang ianya mungkin bertukar jadi isu.
Tempat ini bukan sahaja ada kolam air panas yang asli, tapi untuk anak-anak ada kolam biasa dengan inflatable pool besar.
2. Makam Tun Teja
Anda pasti pernah mendengar tentang Tun Teja. Makam Tun Teja terletak di Jasin. Makam yang terletak di Merlimau ini dipercayai sebagai makam Tun Teja Ratna Benggala anak kepada Seri Amar Diraja Bendahara, Pahang atau nama asal Inderapura.
Tun Teja ialah isteri kepada Sultan Mahmud Shah (1458-1511). Apabila Melaka ditawan olen Portugis pada tahun 1511 baginda telah berundur ke Bentayan atau kini Muar. Semasa pengunduran inilah Tun Teja yang ketika itu sedang gering dan mangkat.
3. Pusat Rekreasi Sg Rambai
Pusat Rekreasi Sg Rambai terletak di pintu masuk Sungai Rambai dan Muar yang mana terdapat kemudahan sebagai pelengkap Pusat Rekreasi ini. Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti taman permainan, pentas rakyat, gerai bersepadu, lanskap dan harskap, trek berjalan kaki, pintu gerbang dan pelbagai lagi kemudahan yang selesa untuk digunakan oleh para pengunjung.
Antara salah satu tempat menarik di Jasin yang boleh dikunjungi beramai-ramai.
4. Hutan Rekreasi Bukit Langsat
Hutan Rekreasi Bukit Langsat, Jasin, Melaka ini telah didirikan dengan menerapkan ciri-ciri pembelajaran, aktiviti-aktiviti sukan terutama sekali sukan lasak serta berunsurkan budaya nenek moyang orang asli melalui simbolik, ukiran, motif dan juga aktiviti mereka.
Jarak diantara Hutan Rekreasi dengan Bandar Melaka ialah 44 km dan 14 km dari Bandar Jasin. Hutan Rekreasi Bukit Langsat, Jasin, Melaka mempunyai kemudahan rekreasi untuk pengunjung awam seperti :-
– Kawasan Tempat Letak Kenderaan
– Taman Permainan Kanak-Kanak
– Kemudahan Rempuh Halangan (10 jenis)
– Track Jogging & Pejalan Kaki
– Kawasan Riadah Keluarga
– Kawasan Perkhemahan
– Dewan Makan
– Dewan Kuliah
– Surau
– Tandas
Selain pengunjung dapat menggunapakai kemudahan-kemudahan infrastruktur yang disediakan, pengunjung juga boleh menikmati keunikan pelbagai spesis flora dan fauna dengan menjalankan aktiviti merentas hutan serta ‘bird watching’.
5. Anjung Bonda
Anjung Bonda merupakan kawasan penginapan yang merangkumkan konsep pelancongan alam semulajadi (Eco-Tourism) dan pelancongan pertanian (Agro-Tourism).
Kawasan dusun seluas 5 ekar yang dirintangi oleh pertemuan Sungai Tambak Merlang dan Sungai Chohong ini merupakan kawasan yang belum tercemar dan mempunyai latar belakang flora dan fauna yang amat menarik serta berlatarbelakangkan puncak Gunung Ledang.
Aktiviti kehidupan cara kampung juga menggamit pelancong tempatan yang kebanyakkannya dari kalangan penghuni kota yang meminati suasana yang nyaman dan selesa. Antara destinasi pelancongan yang boleh dilawati di sekitar kawasan Anjung Bonda ialah kawasan Rekreasi Gunung Ledang di Asahan dan perkampungan orang asli di Lubuk Bandong.
Baca juga: Tempat Menarik Di Melaka Pada Waktu Malam
6. Air Terjun Asahan
Air Terjun Gunung Ledang/ Air Terjun Asahan merupakan sebuah kawasan rekreasi yang sesuai untuk semua golongan. Kawasan riadah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur termasuk tempat penginapan. Antara tarikan utama pusat rekreasi ini adalah sungai-sungai dan air terjunnya yang nyaman dan segar.
Di kawasan peliharaan ini, para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti perkhemahan, meredah hutan, mandi-manda, ‘bird watching’, seminar dan kem motivasi. Disamping menjalankan aktiviti, para pengunjung juga berkesempatan melihat pelbagai jenis dan spesis flora dan fauna antaranya orkid hutan dan periuk api hutan yang pastinya cantik dan menarik.
7. Jeti Anjung Batu
Jeti Anjung Batu yang terletak kira-kira 24 km dari Bandar Jasin merupakan tempat pelabuhan bot-bot penumpang yang membawa penumpang ke Pulau Besar. Di jeti ini terdapat pelbagai kemudahan-kemudahan infrastruktur yang mana menjadi kemudahan dan keselesaan para pengunjung yang datang.
Disamping itu, terdapat beberapa buah gerai yang menjual pelbagai bentuk kraftangan yang pastinya menjadi kenangan untuk dibawa pulang. Para pengunjung juga, boleh menikmati keindahan dengan pemandangan Selat Melaka yang sungguh mempersonakan.
8. Laman Tiga Budaya Asahan
Berada di tiga negeri pada satu masa mungkin agak pelik bunyinya, namun pengalaman bersejarah itu akan diperoleh jika menjejakkan kaki ke Laman Tiga Budaya Asahan terletak dalam daerah Jasin, Melaka. Laman Tiga Budaya Asahan yang terletak berdekatan sempadan antara tiga negeri menjadi lokasi persinggahan seterusnya bagi mereka yang ingin bermain air. Selain dari itu terdapat juga, jungle trekking, mendaki bukit serta berkhemah di air terjun.
Inilah antaranya tarikan-tarikan hebat untuk dilawati di Jasin. Sekiranya anda berkesempatan ke Jasin jangan lupa melawat 8 tempat menarik di Jasin yang telah admin tuliskan ini.
Jangan lupa booking penginapan anda di Agoda sekiranya anda mengunjungi mana-mana tempat percutian yang admin tuliskan dalam artikel ini. Ini bagi mendapatkan harga terbaik dan terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.
Sambil tu boleh la survey harga tiket Zoo Melaka alang-alang bermalam di Jasin, Melaka.
Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian