10 Tempat Berkhemah Dan Glamping Yang Terbaik

Berkhemah

AKTIVITI riadah seperti berkhemah semakin mendapat tempat di hati rakyat negara ini.

Setiap minggu tapak perkhemahan yang terkenal menjadi penuh. Kadang-kadang tempahan dah penuh sampai hujung tahun.

Tips Berkhemah

Ada beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian semasa berkhemah. Antaranya ialah, keselamatan ketika berada di sana, kebersihan tapak perkhemahan hendaklah sentiasa dijaga untuk mengekalkan sifat asal yang ada, pakain kena sesuai dengan kawasan. Banyakkan jenis tshirt atau tracksuit. Khemah yang sesuai juga penting. Ada khemah untuk ramai, ada yang untuk berdua. Bergantung pada anda.

Bagi yang mahu cuba berkhemah, berikut adalah beberapa lokasi tempat berkhemah serta perkhemahan menarik yang boleh dikunjungi:

10 Lokasi Berkhemah Yang Popular

Hulu Tamu Eco Resort

    Tempat Berkhemah di Selangor


tempat camping terbaik
Kawasan Camping Yang Luas

Campsite kali ni bukan calang-calang campsite. Ini adalah campsite yang popular di kalangan campers dan sering mendapat good review. Selalunya kalau nak book last minute, mesti akan dapat jawapan yang mengecewakan.

Terdapat 12 tapak perkhemahan utama, Forest Side ada 13 tapak, Forest Corner ada 1 tapak, manakala pondok buluh pun ada khas untuk daytrip disediakan di Hulu Tamu Eco Resort ni. Jarak hanya 45km sahaja dari Kuala Lumpur. Jadi kalau stress kerja tu apakata start kereta dan tuju ke Hulu Tamu Eco Resort.

Anak-anak mesti suka sebab anak sungai ada, swimming pool pun ada. Selamat untuk anak-anak. Plug point juga terdapat di setiap khemah. Bilik mandi ada disediakan lengkap dengan shower sekali.

Alamat: Hulu Tamu Eco Resort, Jalan Ulu Tamu 44200 Batang Kali, Selangor
Harga: Serendah RM70/malam
Hubungi: 018-311 0608
Booking Online: https://tinyurl.com/4n32kz3b

Payung Getaway Campsite & RV Park

    Tempat Berkhemah di Pahang


Tempat berkhemah yang popular
Camping di Tepi Pantai

Tempat camping Payung Getaway Campsite & RV Park terletak di tepi pantai di Cherating. Bagi yang nak menikmati keindahan pantai dan juga sunset bolehla ke sini.

Kawasan persekitaran bersih kerana owner amat menjaga keadaan persekitarannya. Kedai makan juga terletak berhampiran jadi mudah untuk dapatkan makanan dari luar. Plug point juga disediakan.

Alamat: Jalan Kampung Cherating Lama Balok, Kampung Cherating, 26080 Kuantan, Pahang
Harga: Serendah RM70/malam
Hubungi: 011-2380 2900

Riverside Camp

    Tempat Berkhemah di Perak


Camping bajet
Tapak Berkhemah Pilihan Ramai

Port unik berkhemah gaya campsite yang sempoi kini semakin popular di Gopeng. Korang yang plan nak bercuti sambil mandi manda tepi sungai Jahang, bolehlah booking slot di sini. Anda boleh bawak khemah sendiri dengan caj semalam hanya RM20 seorang bagi dewasa – 12 tahun dan ke atas manakala RM10 seorang untuk kanak-kanak 4-11 tahun.

Tempat ini adalah di antara camping site pilihan multi campers serata dunia. Tempat selesa, krew yang peramah, kemudahan toilet bersih, siap ada playground lagi. Ada juga basikal-basikal lama untuk dikayuh. Memang puas hati.

Alamat: Gopeng Riverside Camp, Gopeng, Perak
Harga: Serendah RM20/pax/malam
Hubungi: 014-294 4404

Yunkai Campsite

    Tempat Berkhemah di Genting Highland


Tempat berkhemah terbaik
Berkhemah Dengan Udara Yang Segar

Bagi yang mengidamkan udara sejuk untuk menjadi pilihan berkhemah, maka Yunkai Campsite adalah destinasi percutian yang patut anda tuju kerana ia berdekatan dengan Genting Highland.

Buka khemah je pagi-pagi dapat tengok view gunung yang berkabus. Tenang mata memandang dengan kehijauan yang ada. Yang nak healing dengan cuaca sejuk sambil berkhemah bolehlah ke sini. Tandas ada disediakan, jangan bimbang.

Alamat: Yunkai Campsite, Genting Sempah, 28750 Bentong, Pahang
Harga: RM65/pax/malam untuk dewasa, Kanak-kanak RM25/pax/malam, bawah 3 tahun percuma
Hubungi: 011-2835 5078

Santai Riverside

    Tempat Berkhemah di Janda Baik


Tapak Perkemahan Tepi Sungai
Glamping Tepi Sungai

Tempatnya agak jauh kedalam. Banyak jeram dikiri kanan sepanjang jalan. Suasana nyaman dan sejuk sangat. Budak memang suka kawasan begini dengan air sungainya yang tak berapa dalam memang diorang suka. Kalau boleh taknak keluar dari air. Bagi yang suka menjala tu apalagi, bolehla menjala disini. Mana tau dapat ikan-ikan untuk bbq.

Tapak camping sangat selesa and bersih. Ada sinki, table top, and power point. Accomodation lain yang disediakan di Santai Riverside ini ialah ada tandas/bilik mandi and surau.

Alamat: Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Harga: Serendah RM35/malam
Hubungi: 011-2698 2170

Tanjung Hills Retreat

    Tempat Camping di Janda Baik


Berkhemah Family Day
Glamping Secara Family Day

Tanjung Hills Retreat ini terletak hanya 1 jam sahaja dari tol Gombak. Yang penting kawasan parking dekat sahaja dengan kawasan camping. So kalau nak glamping tu mudah sikit nak angkut barang dari kereta ke tapak perkhemahan.

Ada villa, chalet dan juga tapak perkhemahan disediakan di sini. Sesuai sangat kalau nak buat family days. Yang penting bbq dan toilet ada disediakan disini.

Alamat: Lot 25731, Kuala Lurah, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Harga: RM100/tapak
Hubungi: 017-210 1322

Willow Tree Campsite

    Tempat Camping di Hulu Langat


campsite pemandangan gunung
Campsite suasana gunung

Jika anda datang berdua atau ramai, Willow Tree Campsite ada menyediakan tapak camping yang terbaik dan sesuai untuk anda. Fasiliti yang disediakan juga cukup lengkap dengan tandas, lampu solar, kawasan parking dan sebagainya.

Jika anda nak menikmati keindahan gunung dan kawasan menghijau maka sinilah tempatnya.

Alamat: B32, Jalan Genting Peras-Kuala Kelawang, 43100 Hulu Langat, Selangor
Harga: RM100/tapak
Hubungi: 013-935 6196
Booking Online: https://willowtreecampsites.weebly.com/

Kem The Woods Ulu Yam

    Tempat Camping di Ulu Yam


Tapak Perkhemahan luas
Air Sungai Yang Sejuk

Selepas campsite ini bertukar management, kawasan sekitar tapak perkhemahan telah ditambah baik. Ada open area, ada juga area glamping.

Tandas pun telah di tambah baik. Sungai di sini, tidak sama dengan sungai area hulu yam. Sebab sungai di sini, dari bukit mengalir ke kiri.

Alamat: no1 Jalan Sungai Tua Ulu Yam, Selangor
Harga: RM50/tapak
Hubungi: 019-441 1671

Draco Nature Camp

    Tempat Camping di Perak


Perkhemahan Yang Terbaik
Camping Penuh Flora Fauna

Tempat camping yang sangat popular dengan bunyi air mengalir. Penuh dengan kehijauan. Sungai 5 star, jernih banyak ikan. Port mandi pun banyak. Ada mini waterfall. Flora fauna asli masih terjaga.

Draco Nature Camp DNC telah ada sinki baru bagi memudahkan para campers. Bekalan elektrik akan masuk dalam masa terdekat. Lepas ni boleh la terus tarik cable masuk tent.

Mana yang ingin ke DNC, boleh buat tempahan awal. Untuk weekend difahamkan sampai Julai 2023 dah full.

Alamat: Batu 7, Kampung Asli Sungai Cincin, 35300 Chenderiang, Perak
Harga: RM95/pax
Hubungi: 014-669 6207

Cozy Leisure Farm

    Tempat Camping di Genting


Camping terbaik
Campside Yang Sejuk

Korang pernah terfikir nak merasa Camping dekat campside yang sejuk feeling luar negara? Tak payah pergi jauh guys, dekat Cameron Highland pun ada.

Dengan konsep cozy dan santai, ditambah pula dengan pemandangan kebun strawberry di Bertam Valley, sini tempat camping yang best untuk korang chill.

Alamat: Mdch 1,jalan lembah Bertam, Jalan Ringlet – Sungai Koyan, 39200, Pahang
Harga: RM60/pax/malam
Hubungi: 019-378 3013

Kesimpulan

Berkhemah boleh dijadikan aktiviti untuk melarikan diri buat sementara waktu dari kehidupan bekerja yang sibuk di bandar. Pengembaraan mendekatkan diri kepada alam semulajadi mampu membantu kita untuk berasa lebih segar dan mengurangkan keserabutan dalam kepala.