Pembukaan semula Skytropolis Funland yang terletak di Level 1, First World Plaza selepas ia ditutup hampir setahun enam bulan telah memberi satu nafas baharu kepada dunia hiburan di Resort World Genting. Kemeriahan Skytropolis Funland itu kini bukan sahaja di­simbahi sinaran lampu neon berwarna-warni bahkan menampilkan dekorasi dan permainan indoor serba baharu.

Buat permulaan 13 permainan telah diperkenalkan dan 9 permainan lain akan menyusul. Antara permainan baru yang telah diperkenalkan adalah, Power Surge, Disco!, Sky Towers, Spin Crazy, Bumper Boss, Boo Boo Bump, Tea Cups dan Balloon Race. Keasyikan meneroka taman tema ini juga diceriakan dengan paparan skrin LED mega pada dinding dan siling sepanjang kira-kira 50 meter yang memaparkan pelbagai tema animasi.

Taman tema bertaraf antarabangsa itu dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu untuk kanak-kanak, keluarga dan ekstrem, bagi yang gemarkan cabaran. Skytropolis Funland turut dilengkapi permainan-permainan realiti maya bertaraf antarabangsa seperti di The Void, Imaginatrix dan Big Top Games Park.

Dalam tema sarkas pula, RWG turut memperkenalkan Highlands Hero yang baharu iaitu watak Joe (orang hutan), Tabby (harimau), Allie (gajah), Geno (dinasour), Bennie (beruang matahari) dan Callie (naga). Watak-watak berkenaan juga merupakan wajah rasmi taman tema yang terlibat dalam kumpulan penyambut kehadiran pengunjung di pintu masuk utama yang pasti memberi seribu keriangan terutama kepada kanak-kanak.

Skytropolis Funland dibuka setiap hari bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Tiket bagi setiap alat permainan boleh didapati di kaun­ter pembelian yang disediakan atau ke kios mesin layan diri pada harga RM10 bagi hari Isnin hingga Jumaat manakala RM15 pada Sabtu, Ahad, cuti umum dan cuti persekolahan.

Bagi mereka yang mahukan kepuasan dan pengalaman tanpa had, pas previu Skytropolis boleh dibeli pada harga RM60 manakala pembelian secara dalam talian boleh dibuat dengan melayari laman web www.rwgenting.com.

Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram