Pulau Pangkor terletak di perairan Selat Melaka di Perak merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia. Terletak di sepanjang Selat Melaka, pulau ini menjadi tumpuan di sekitar pantai barat Semenanjung Malaysia, yang mana merupakan kawasan negeri Perak. Pulau Pangkor juga merupakan pulau bersejarah dimana ia pernah menjadi kubu Belanda pada zaman dahulu.

Dengan jarak perjalanan hanya sekitar tiga jam dari Kuala Lumpur, Pulau Pangkor, Perak pastinya lokasi paling strategik sekiranya anda hanya mempunyai tempoh yang pendek untuk bercuti merehatkan diri. Untuk ke Pulau Pangkor, ada dua lokasi pangkalan bot menyediakan perkhidmatan bot iaitu jeti Lumut atau jeti Pangkor dengan kadar tambang berbeza dikenakan. Sekiranya anda memandu ke Lumut, anda boleh parking kereta overnight di kawasan parking persendirian atau awam.

Terdapat kawasan meletak kereta yang luas disediakan seperti tempat meletak kereta persendirian, perkarangan masjid Lumut atau parking bertingkat Majlis Perbandaran Manjung. Melainkan waktu puncak musim cuti sekolah atau cuti umum, kawasan letak kereta ini memang mencukupi. Pelancong yang ingin bercuti ke Pulau Pangkor juga boleh menggunakan kemudahan pengangkutan awam seperti bas atau teksi. Banyak syarikat bas ekspress dari bandar utama di Malaysia yang menyediakan perjalanan ke Manjung atau terus ke Lumut.

Bagi pengunjung yang tidak menyukai perjalanan yang panjang, anda boleh memilih untuk terbang ke Pulau Pangkor kerana ia memiliki lapangan terbangnya sendiri. Berjaya Air menyediakan 3 penerbangan setiap minggu dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Kuala Lumpur.

Tidak seperti pulau-pulau lain di pantai timur Semenanjung Malaysia, Pulau Pangkor terlindung daripada angin kencang atau hujan lebat yang dibawa oleh angin monsun. Ini kerana ianya terletak di antara Semenanjung Malaysia di bahagian timur dan Pulau Sumatera di bahagian barat. Ini dengan mudah menjelaskan bahawa berkunjung ke Pulau Pangkor boleh dilakukan bila-bila masa sahaja sepanjang tahun, tanpa perlu risau akan keadaan cuaca buruk.

Tempat-tempat menarik untuk dikunjungi di Pulau Pangkor

1. Pulau Giam

pulau giam Pulau Pangkor

Pulau Giam ni terletak bersebelahan dengan Pulau Mentagor, dan berhadapan dengan Teluk Nipah. Pantai Pulau Giam kecil sahaja namun dihampari pasir halus berwarna putih yang sangat cantik. Terdapat banyak batu besar terhampar di sekeliling pulau ini.

Untuk ke Pulau Giam ini, daripada Teluk Nipah anda boleh berkayak ataupun menaiki bot. Bagi anda yang sukakan cabaran, bolehlah berkayak untuk ke pulau ini. Air di sekitar pulau ini juga jernih. Untuk aktiviti snorkeling, kebiasaannya pengunjung akan ke sekitar pulau kecil di sini seperti di Giam dan Mentagor. Di sekitar 2 pulau kecil, mempunyai terumbu karang, ikan-ikan yang cantik dan juga timu laut. Ada juga kawasan snorkeling yang sangat cetek, jadi berhati-hati dengan terumbu karang yang tajam. Kebiasaan aktiviti snokerling dilakukan di Pulau Giam.

2. Kota Belanda

Kota Belanda Pulau Pangkor

Ini adalah tempat menarik di Pulau Pangkor yang anda harus kunjungi. Salah satu tarikan utama Pulau Pangkor adalah binaan ini, yang mana sebenarnya adalah sisa-sisa dan batu asas kepada kota tua berusia 300 tahun yang dibina oleh belanda pada tahun 1670. Dahulunya Kota Belanda kubu pertahanan dan juga merupakan tempat penyimpanan bijih timah yang diambil dari Perak.

Terletak di Teluk Gedung, pembinaan kubu ini adalah untuk menghalang pihak Inggeris daripada merampas pulau ini. Ini kerana, dalam masa yang sama, pihak Belanda sedang berperang dengan Acheh yang juga menjadikan Pulau Pangkor sebagai negeri di bawah naungan mereka. Pada tahun 1973, Muzium Negara mengambil alih urusan pembaikan-semula kota ini.

3. Kuil Fu Lin Kung

Tokong Fu Lin Kong Pulau Pangkor

Tokong Fu Lin Kong ialah tokong Taois, agama yang mengikuti ajaran ahli falsafah tersohor Cina, Lao Tze. Tokong ini sangat kaya dengan kesenian arcanya. Saat masuk sahaja, anda pasti terpukau dengan pintu gerbang yang tersergam gagah. Di sekitar kawasan bawahnya terdapat beberapa kedai makanan dan cenderamata.

Di dalam kawasan tokong pula ada taman kecil yang lengkap dengan kolam. Ruang permainan untuk kanak-kanak juga turut disediakan. Berdekatan dengan tokong utama, ada satu laluan yang cukup menjadikan lokasi ini unik daripada kebiasaan.Di sinilah terletaknya Tembok Besar Mini. Anda tak perlu ke Tanah Besar China untuk merasai pengalaman berjalan di Tembok Besar China.

Selain itu, anda juga akan dapat melihat kesenian arca patung dan senibina tokong orang Cina di sekitar kawasan Tokong Fu Lin Kong.

4. Batu Bersurat

Batu Bersurat Pulau Pangkor

Batu bersurat ini juga dikenali sebagai ‘Tiger Rock‘ kerana ukiran yang terdapat pada batu ini. Batu ini berukuran kira-kira 10.7 meter panjang dan 4.6 meter lebar dan berdiri 4.3 meter tinggi, dan pada hari ini, terdapat dewan untuk melindunginya.

Batu bersurat ini terletak 100 meter sahaja dari Kota Belanda, di Pulau Pangkor. Ukiran yang ada menampakkan gambar seekor harimau membawa lari seorang budak. Terdapat dua helai daun, dan huruf-huruf “If Carlo 1743” dan “VOC”. “VOC” mungkin sekali merujuk kepada Verenidge Oon Stindische Company – Syarikat Hindia Timur Belanda. Terdapat beberapa teori berkenaan ukiran yang terdapat pada batu ini.

5. Hasil Laut Segar

Hasil Laut Segar Pulau Pangkor

Hasil ikan segar dari Pangkor telah terkenal antara kualiti terbaik yang dipasarkan ke bandar-bandar luar. Meskipun industri perikanan adalah sumber ekonomi utama Pangkor yang secara majoriti dimonopoli oleh kaum China, masih terdapat golongan nelayan tradisional Melayu yang tertumpu di Kampung Teluk Dalam. Sementara itu, Kampung Sungai Pinang Kecil adalah lokasi utama yang menempatkan beberapa kilang memproses makanan laut kering.

Jangan lupa singgah ke salah satu kilang tersebut dan dapatkan hasil penting pulau ini seperti sotong kering, udang kering, ikan masin, sate ikan dan pelbagai jenis ikan bilis dengan harga istimewa.

Tidak jauh dari kampung itu, pelawat boleh melihat kawasan yang popular dengan industri pembinaan bot tradisional iaitu Kampung Sungai Pinang Besar. Di sini, tukang kayu tempatan mengambil masa berbulan-bulan malah mungkin mencecah hingga setahun untuk membina sebuah bot besar yang berharga ribuan ringgit.

Antara keistimewaan lain Pangkor ialah jumlah burung enggang yang banyak dan mudah dilihat berterbangan terutama di kawasan hutan berhampiran dengan laut. Malah burung-burung itu cukup jinak untuk mendekati pengunjung.

burung enggang pulau pangkor

Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb sekiranya anda mengunjungi Pulau Pangkor. Ini bagi mendapatkan harga terbaik. Maklumlah terdapat pelbagai tempat menarik di Pulau Pangkor yang mesti anda kunjungi dan tidak terlepas peluang. Ini kerana terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

Setakat ini dahulu maklumat tempat menarik di Pulau Pangkor yang dapat kami senaraikan. Semoga artikel ini memberi anda gambaran apa yang boleh anda buat di tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor, Perak kelak. Wassalam.

Sebelum tu alang-alang dah sampai ke Pulau Pangkor ni jemputlah baca Tempat Menarik Yang Ada Di Perak ni ye.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram