Perkara Penting Perlu Tahu Sekiranya Travel Ke Kashmir

Majoriti penduduk di Kashmir adalah Muslim. Kashmir sangat tourist friendly sebab sumber ekonomi penduduk tempatan adalah banyak bergantung kepada perlancongan. Kebanyakannya penduduk di Kashmir fasih berbahasa inggeris. Kashmir merupakan destinasi perlancongan yang popular, dengan kawasan bergunung-ganang yang mengujakan dan lokasi ini mengalami 4 musim.

Kali ni admin ingin kongsikan 11 Perkara penting untuk tahu sekiranya anda berniat untuk travel ke Kashmir yang dikongsikan oleh Affa Adnan.

1- Askar India sangat ramai kerana mereka menjaga aliran perjalanan anda terutama di Highway. Memang korg berasa di Zon Perang tapi jangan risau sebab Kashmir memang aman.

2- Stray Dogs yang sangat banyak & besar katanya membawa Askar2 India ni dari negeri lain.

3- Orang approach untuk jual cendermata- kalau xnak sila tolak dengan hormat walaupun rimas dia Ya Allah saja yang tahu.

4- Main & Must visit places – Tulip Garden, Gulmarg, Pahalgam & Sonamarg.

5- Makan memang murah & sedap di Kashmir. Saya stay di House boat dilayan bak anak Raja

6- Kashmiri memang suka orang Malaysia sebab kita ni baik, friendly & pemurah. So sila kekalkan sifat ini.

7- Sila pandai tawarkan harga seminimum yang boleh tapi kenalah ingat yang diorang pun bekerja cari duit utk kelangsungan hidup.

8- Siapa smoking tu lighter memang kena tahan di India okay.

9- Masa nak approach Kashmir, kita akan diminta untuk tutup window shade kapal terbang atas dasar keselamatan kata mereka. Jangan tanya kenapa ya.

10- Banyakkan minum air dan bawa moisturiser, sunblock or apa saja skin protection kalau tak jadi mcm saya tengah sunburn kat muka sebab cuaca sejuk & matahari yang terik di Gulmarg

11- Airport di India sangat strict maka bertabahlah ye dengan pancaroba di Airport. Dah masuk tak boleh keluar balik ye.

error: Content is protected !!