Bercuti sentiasa diimpikan oleh mereka yang bekerja, namun payah dilakukan. Banyak yang kena fikir jika bercuti lagi-lagi jika nak mintak cuti atau cuti tahunan dah habis. Padahal, bercuti sebenarnya amat mudah dilaksanakan asal ada kemahuan, malahan di hari weekend sekalipun. Berikut merupakan 5 langkah bagaimana untuk bercuti time weekend yang singkat.

1. Cari Destinasi yang Mudah Untuk Pergi

Walaupun cuti weekend kita hanya dua hari, carilah destinasi yang mudah untuk pergi dari tempat tinggal agar tidak terlalu lama menghabiskan waktu di jalanraya. Kalau ingin ke luar bandar atau ke luar negeri, pikirkan pengangkutan apa yang paling tepat dengan jarak dan waktu tempoh yang singkat dan efektif. Caranya adalah dengan memilih destinasi dengan pengangkutan yang mudah seperti bas atau train dan kawasan yang tidak banyak pengunjung pada weekend.

2. Jarak Percutian

Memang betul jika nak bercuti kena percutian yang sedap dan hebat, namun ingatlah bahawa weekend kita hanya dua hari sahaja. Jadi ia harus digunakan dengan sebaiknya. Percutian menjadi susah jika terburu-buru untuk pergi dari satu tempat ke tempat lain. Jadi, pilihlah satu atau dua destinasi yang paling menarik dan ideal buat kamu menghabiskan waktu bercuti selama dua hari.

3. Pengangkutan dan Penginapan

Pengangkutan dan penginapan menjadi hal yang sangat penting disaat hendak bercuti sekiranya ingin bercuti ke luar negari atau ke luar bandar. Sebaiknya, pilih pengangkutan dengan jarak tempoh paling cepat. Selain itu, tentukan penginapan yang strategik dengan akses pengangkutan dan kawasan percutian yang hendak dituju. Lagi dekat lagi bagus.

4. Open Trip

Malas untuk pening kepala memikirkan tempat mana hendak dituju? Boleh join trip terbuka yang dianjurkan oleh agensi travel yang ada. Sudah banyak agen percutian yang menawarkan pakej open trip tiga hari dua malam dengan itinerari yang lengkap, termasuk penginapan, pengangkutan, bahkan makan tiga kali sehari. Tinggal bayar sahaja dan ikut jadual yang telah ditetapkan oleh travel agensi tersebut. Tapi, jangan lupa untuk perbanyak kaji terlebih dahulu mengenai agen travel yang kamu pilih agar tidak ditipu.

5. Jangan Banyak Fikir

Salah satu yang menghalang kamu bercuti adalah banyak fikir. Misalnya, malas pergi sendiri, takut duit tidak cukup, dan lainnya, sampai habis weekend berakhir dengan tidur je seharian. Sebenarnya, kamu tidak perlu bawa banyak rombongan untuk bercuti. Hanya beberapa kawan rapat atau pergi secara berseorangan juga boleh. Jika kamu perbanyakkan kaji mengenai soal destinasi yang ingin dituju dan berani mula melangkah dari tips ini, percayalah kamu tidak akan menyesal menghabiskan weekend kamu dengan bercuti.

Itulah serba sedikit tentang tips bercuti pada weekend. Sekian sahaja daripada kami.

Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
100,000 orang pembaca destinasipercutian.com telah mendaftar AirBNB dan mendapat penjimatan
Klik SINI