Siapa tak pernah dengar tentang Pulau Perhentian? Kalau pernah, bila lagi nak merasai keindahannya sendiri? Bagi yang tak pernah, percayalah, percutian ke pulau ini akan menjadi salah satu memori yang paling sukar dilupakan seumur hidup anda.

Kepada anda yang sedang mencari maklumat tentang trip ke Pulau Perhentian, mungkin anda boleh baca perkongsian ini.

Solo Trip to Perhentian Island 19-20 July 2017

Ramai yang dah sampai ke Pulau Perhentian kan dan ramai juga yang mungkin tak sampai lagi dan berkira-kira nak pergi. Saya kongsikan serba sedikit tentang macamana nak sampai ke sana ya.

Semua dah tahu kan jika nak ke Pulau Perhentian kena melalui Jeti Kuala Besut. Dan jika ingin menaiki pesawat better turun di Kota Bharu instead of Kuala Terengganu sebab jaraknya yang lebih dekat. Ada 5 cara untuk sampai ke Jeti Kuala Besut dari Airport Kota Bharu tersebut.

1. Jika pergi di dalam kumpulan dan ambil package boleh ambil airport transfer dengan company yang uruskan package kita. Costnya RM400 untuk satu van dengan minimum 6 pax, maximum 10 pax. Harga untuk return.

2. Ambil taxi di dalam Airport. Harga RM78

3. Grab. Harga RM68/69

4. Taxi diluar Airport. Ini kena pandai nego. Ada yang bagi serendah RM60 satu taxi.

5. Naik bas no 9 dari Airport menuju ke Terminal Bas Kota Bharu kemudian naik bas Cityliner ke Jeti Kuala Besut dengan kekerapan setiap 30 minit. Cara ni paling jimat tetapi paling lambat sampai sebab anda akan naik bandar KB dulu sebelum turun semula ke Kuala Besut. Jika ada banyak masa why not kan.

Perjalanan saya bermula jam 6:30 am dari KLIA2 dan tiba di KB sejam kemudian.

Saya pun hampir mengambil cara no 5. Tetapi saya bernasib baik sebab sewaktu saya tunggu bas ada sepasang pelancong matsaleh dari Belgium pun menunggu bas untuk tujuan yang sama. Selepas beberapa ketika menunggu saya menanyakan jika meraka mahu berkongsi grab dengan saya. Mereka setuju dan akhirnya kami menaiki grab dengan cost RM23 seorang.

While waiting for the grab yg datang lepas 3 minit datang pakcik taxi cakap kat saya dia boleh hantar ke Jeti Kuala Besut dengan harga RM60 sahaja. Pakcik lewat seminit jer kata saya. Kami baru jer panggil Grabcar.

Sampai di Jeti lebih kurang jam 9:10 pagi. Selepas membayar duit grab saya menuju ke office yang menguruskan Package saya. Perhentian Setia Travel atau orang kat sana panggil Setia jer. Uruskan segala vouchers i.e boat, snorkeling dan accommodation.

Jam 9:45 naik boat selepas membayar tiket Marine Park. RM5. Perjalanan ke Flora Bay Resort di Perhentian Besar kurang lebih 40 minit sebelum tiba di persisiran dan beralih ke boat kecil untuk ke resort.

Lepas check in. Tidur sekejap sebab tak cukup tidur malam tu huhu. Jam 12:30 keluar makan yang telah disediakan oleh pihak resort.

Jam 1:30 pm tunggu boatman ambil untuk snorkeling activity. Saya dibawa ke 5 points sebelum dihantar pulang semula ke resort

Jam 4:30 pm sampai ke resort dan berehat sebelum keluar semula petang tu untuk jalan-jalan di pesisir pantai hingga ke hujungnya. Menunggu malam tiba.

8:30 pm keluar ke restaurant untuk makan malam. Usai makan berjalan-jalan lagi di pantai balik ke bilik dan tidur.

20/7/2017

8:30 am sarapan. Jalan-jalan di pantai (apa lgi nak buat yg ada cuma laut dan pantai jer haha) balik ke bilik bersiap2 untuk check out dan tunggu boat.

11:00 am check out. Duduk minum sementara tunggu boat datang jam 12:00. Naik boat kecil dulu sebelum ditransfer ke boat besar menuju ke jeti.

12:45 tiba di jeti. Pulangkan snorkeling set. Amik van transfer ke Airport dengan harga RM20.

2:10 pm sampai di KB Airport dan tunggu flight balik jam 5:30

Nota tambahan.

1. Ini just a short gateway buat saya so memang tak plan nak duduk lama.

2. Tak ada sebab kenapa pergi Perhentian Besar tak ke Perhentian Kecil ( walaupun ramai yang kata Perhentian Kecil lagi best)

3. Memang tak nak buat aktiviti lain selain snorkeling. Salah satu sebabnya adalah nak try my new snorkeling set yang full face tu. first point jer guna lepas tu guna yang biasa punya haha. Agaknya tak biasa so macam tak selesa pakai.

4. Tak ada gambar corals sebab waterproof cover untuk action cam hilang. Tak ingat taruk kat mana masa balik dari Boracay hari tu.

5. Saya ambil full board package itu sebab lunch and dinner provided by the resort.

6. Saya pilih fan room. Hill view. Jadi bilik saya tak gempak. Memang basic gila. Yang penting bilik air bersih dan air pun laju jer keluar.

7. Staffs di Flora Bay Resorts sangat baik dan pandai melayan customers. Lama dah saya tak dengar ayat “Puan minum dulu, sementara tunggu makanan sampai ya” it’s so soothing to hear ayat macam tu.

8. Makanan yang dihidangkan sebenarnya untuk 2 orang sebab ambil full board package. Walaupun saya seorang mereka tetap hidangkan portion untuk 2 orang. Dah lah orang keliling tengok semacam. Macam bela saka agaknya dorang fikir. Makan sorang lauk banyak huhu

9. 99% yang menginap di sana foreigners sebab saya sorang jer melayu kat sana. Macam berada di bumi asing plak. Nasib baik staffs semua melayu huhu

10. Digi tak ada line kat sana. So agak mereput lah tak dapat internet access. Tapi yang bagusnya saya dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada persekitaran sehingga ada banyak small little things yang saya observed. Dan hari ni betul-betul nampak kejadian sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Saya nampak tupai jatuh berdebuk atas tanah hehe

Maklumat tambahan. Since ramai yang tanya cost keseluruhan.

Perbelanjaan Hangus
Flight return RM128
Package full board RM320 price for 1 pax jika 2 pax murah lagi per pax
-Makan 3 kali for 2pax
-Snorkeling 5 points
-Snorkeling set dan mineral 2 botol
-Fan room hill view 2 single bedded
-Jetty transfer
Marine Park RM5
Grab RM23
Airport transfer RM20
Total RM496

Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram