Kartun animasi Jepun atau lebih dikenali sebagai Anime memang tak asing lagi dengan kehidupan zaman kanak-kanak kita, terutama bagi yang membesar pada tahun 90-an.

Bagi mereka yang membesar dengan kartun animasi dari Jepun seperti Doraemon, Pokemon, Dragon Ball, Naruto, Sin Chan, Naruto dan banyak lagi, sebenarnya ada tempat yang wajib anda lawati sekiranya anda ke Jepun bagi mengimbas semula kenangan zaman kanak-kanak anda. Nak tahu di mana? Jom ikuti turutan di bawah.

1. J-World Tokyo, Ikebukuro

Ini 10 Tempat Yang Mesti Pergi Di Jepun Sekiranya Anda Peminat Anime

J-World Tokyo, Ikebukuro merupakan sebuah taman tema khusus yang diwujudkan untuk majalah anime paling terkenal iaitu Shounen Jump. Bagi peminat Dragon Ball,Naruto, One Piece, Bleach, Gintama dan sebagainya, J-World Tokyo merupakan destinasi yang mesti pergi sekiranya anda ke sana.

Ianya merupakan taman tema kecil indoor yang terletak di dalam pusat membeli belah Sunshine City, Ikebukuro. Terdapat tarikan berupa mini game, pertunjukan hero dan maskot watak-watak popular untuk bergambar bersama. Ia dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

2. Fujiko F. Fujio Museum, Kawasaki

Ini 10 Tempat Yang Mesti Pergi Di Jepun Sekiranya Anda Peminat Anime

Siapa yang tak kenal dengan telatah Doraemon kucing berwarna biru tanpa telinga yang merupakan antara karya agung kartunis Fujiko F. Fujio. Terdapat juga watak lain ciptaan beliau seperti Perman, Kiteretsu dan lain-lain.

Seronok dapat mengimbau kembali zaman kanak-kanak dulu bukan? Tiket untuk masuk ke sini boleh didapati di Loppo vending machine di kedai serbaneka Lawson.

3. Ghibli Musem, Mitaka

Anda perlu beratur panjang untuk masuk ke sini kerana ia merupakan salah satu muzium yang paling sukar untuk dilawati kerana had bilangan kemasukan pengunjung yang sedikit setiap hari.

Anda pasti terpesona dengan seni bina dan pameran Studio Ghibli yang terkenal dengan My Neighbor Totoro, Princess Mononoke, Spirited Away dan lain-lain.

4. Sanrio Puroland

Taman tema indoor Sanrio Puroland merupakan tempat terletaknya watak-watak anime dari Sanrio, seperti Hello Kitty. Taman tema ini terletak di Tokyo, Jepun.

5. Pokemon Center Mega Tokyo, Ikebukuro

Lokasi wajib pergi bagi peminat kartun pokemon. Antara barangan cenderahati serta merchandise Pokemon yang tersedia di sini ialah Plushie, alat tulis, snek dan lain-lain.

Kebanyakan daripada watak Pokemon yang berada di sini adalah daripada watak Pokemon yang baharu. Mungkin sekarang kita tak mengenalinya lagi. Maklumla kita hidup zaman pokemon Ash Ketchum.

6. Akihaba

Golongan Otaku pasti tidak asing lagi dengan Akihabara. Terdapat banyak kedai figura dan merchandise di sini seperti Kotobukiya, Mandarake, Animate, dan Akiba Culture Zone. Anda juga boleh merasai pengalaman Maid Cafe di Akihabara.

7. Nakano Broadway

Satu lagi lokasi wajib singgah para Otaku. Kawasan ini agak terpencil yang terletak berhampiran Shinjuku. Terdapat barangan yang lebih rare ada di sini berbanding Akihabara. Ia terletak berdekatan dengan Stesyen Nakano yang hanya 5 minit perjalanan dari Shinjuku.

8. Tokyo One Piece Tower, Tokyo Tower

Merupakan taman tema indoor khas One Piece di Tokyo Tower. Terdapat pertunjukan pentas yang dilakokan oleh ahli kumpulan Lanun Luffy, restoran Sanji, dan merchandise shop.

9. Odaiba, Tokyo

Odaiba adalah pulau buatan manusia yang terletak di Tokyo Bay. Odaiba bermaksud kubu dan telah dibina pada zaman dahulu dengan tujuan untuk mempertahankan Tokyo daripada serangan musuh. Bagi peminat Gundam pasti tahu tentang robot RX78-2. Patung berskala 1:1 ini tersergam di Odaiba dan ada pertunjukan laser show setiap hari bermula 7.30 malam.

10. Detective Conan Town, Houkei, Tottori

Bandar kecil ini merupakan tempat kelahiran pelukis komik manga terkenal Detective Conan iaitu Gosho Aoyama. Anda boleh dapati banyak tugu Conan, Shinichi, Ran, Pakcik Mouri dan lain-lain watak di sekitar bandar. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan tugu dari watak animasi terkenal ini.

Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb sekiranya anda mengunjungi Melaka. Ini bagi mendapatkan harga terbaik. Maklumlah terdapat pelbagai tempat menarik di Melaka yang mesti anda kunjungi dan tidak terlepas peluang. Ini kerana terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
100,000 orang pembaca destinasipercutian.com telah mendaftar AirBNB dan mendapat penjimatan
Klik SINI