Assalamualaikum. Hi, saya Mooze.
Pertamanya Mooze nak ucapkan terima kasih kepada Destinasi Percutian kerana invite sebagai penulis di sini. Berkongsi pengalaman apa-apa yang berkaitan dalam dunia pengembaraan yang sememangnya dunia yang amat sukar untuk mencari jalan keluar bila dah masuk ke dalamnya.
Ini kali pertama Mooze menulis di Destinasi Percutian. Mooze bukan lah orang yang sudah mengembara berpuluh-puluh buah negara, Mooze hanya seorang yang suka menulis dan berkongsi pengalaman dalam dunia pengembaraan.
Pada penulisan dan kemunculan pertama ini Mooze nak kongsikan rasa dan pengalaman berkongsi impian untuk menjejakkan kaki ke luar negara bersama sahabat-sahabat classmate sewaktu ketika belajar dahulu. Almaklumlah, waktu belajar dulu tak pernah travel ke luar negara terujanya lain macam.
Ianya bermula dengan satu keinginan dan impian untuk menjejakkan kaki ke luar negara sebelum menamatkan pembelajaran Mooze di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Dapat menjejakkan kaki ke luar negara sebelum habis belajar adalah impian Mooze waktu tu.
Waktu tu Sem-4 (Tahun Ke-2 Pengajian), Mooze berkongsi visi dan misi yang sama kepada rakan-rakan classmate untuk bersama dalam visi tersebut. Mooze post dalam group whatsapp kelas, “Jom kita ke China nak?”. Biasalah kalau post-post biasa sahaja macam tu macam main-main. Kahkah.
Alhamdulillah, posting Mooze disahut serius oleh 5 orang yang ada keinginan yang sama ‘NAK’ pergi ke luar negara waktu tu. Tanpa berlengah keesokannya Mooze buat perjumpaan terawal bersama mereka. Mooze ingat lagi, dekat library tingkat 2 kami berlima adakan pertemuan kali pertama dengan membentuk satu organisasi. Pertemuan pertama, kenangan sungguh!
Membentuk satu organisasi awal, Pengarah, Timbalan Pengarah, Setiausaha 1, Setiausaha 2, Bendahari. 4 orang ini lah yang mempunyai keinginan dan impian yang sama ketika itu untuk ke luar negara. Organisasi dah ada, langkah seterusnya adalah berkongsi impian kepada sahabat-sahabat classmate yang lain tentang perkara ini.
Antara pengalaman yang berharga adalah menyiapkan kertas kerja, mendapatkan kelulusan kertas kerja, mencari dana tajaan, dana tak cukup, cari lagi. Meeting tak habis-habis. Terpaksa tundakan tarikh penerbangan sebab kekangan duit dan team ada yang tak dapat pergi.
Daripada 5 yang serius berminat, mulakan rekrut menjadi 32 orang, keahlian kurang tinggal 16 sahaja yang tinggal. Meeting lagi ada yang tak dapat pergi bersama tinggal 12. Panggil orang-orang yang berpengalaman untuk berkongsi cara dan strategi dalam menjayakan visi dan misi tersebut. Yang paling sedih sahabat Mooze yang nak turut serta dalam pengembaraan tersebut meninggal dunia 2 bulan sebelum penerbangan.
Walaupun ada yang tidak dapat turut serta saat-saat akhir, dan macam-macam kekangan yang berlaku, tapi Mooze kagum dengan semangat dan keinginan yang ditunjukkan oleh sahabat-sahabat Mooze. Mereka tetap tidak kenal erti putus asa untuk ke luar negara juga. Banyak saling bantu antara satu sama lain. Yang tak dapat pergi pun tetap membantu juga dalam menjayakan visi dan misi tersebut. (Kredit kepada classmate SMQSK SESI I 2013)
Ada satu part lucu yang Mooze nak kongsikan. 3 minggu lagi nak flight, duit tajaan tak cukup lagi. Nak pula waktu tu minggu final exam sem-6 (Tahun Ke-3), esok dah exam, petang tu Mooze baringlah pandang siling rumah sewa Mooze. Termenung lama fikir masalah ni. Tiba-tiba teammate Mooze cangkung depan pintu panggil-panggil nama Mooze.
“Weh Mooze, esok exam, lagi 3 minggu nak flight duit tajaan tak cukup lagi ni. Agak-agak berjaya tak eh program ni?”
Mooze pandang dia, dia pandang Mooze, saling pandang antara satu sama lain tanpa keluarkan kata apa-apa.
Rupanya bukan kami berdua je buat macam tu. Teammate belah perempuan pun buat perkara yang sama. Mereka dua tengah study, tengah-tengah study tiba-tiba mereka pandang antara satu sama lain tanpa keluarkan kata-kata. Dan masing-masing gelak tanpa sebab.
Sebab hadapi situasi dan masalah yang sama tak perlu keluarkan apa-apa perkataan pun sudah faham antara satu sama lain.
Alhamdulillah, walau apa pun masalah yang berlaku Mooze dan team dapat juga flight dengan selamat dan pulang dengan jayanya.
Inilah dia serba sedikit bagaimana Mooze bermula dalam dunia pengembaraan pada 17 Oktober 2016. Moment pertama kali sangat menerujakan Mooze. Hampir masih ingat lagi setiap apa yang berlaku ketika proses menjayakan visi dan misi tersebut. Moment paling manis bukanlah dah berada di atas kapal terbang, tapi moment paling manis adalah ketika mana proses untuk menjayakan visi dan misi tersebut.
Untuk itu, kepada anda yang belum pernah mengembara ke luar negara lagi, dan punyai impian dan keinginan yang kuat untuk mengembara jangan risau berkongsilah impian dan keinginan yang sama kepada orang sekeliling anda. Pastinya anda akan jumpa orang mempunyai impian dan matlamat yang sama dengan anda. InsyaAllah pasti akan jumpa.
Salam perkenalan daripada Mooze sendiri kepada anda. Selamat berkenalan dan selamat menjalani ibadah puasa! Kita jumpa dalam penulisan yang seterusnya ya.