Asu Homestay Di Batu Gajah Dengan Kolam Renang Private

Hari khamis yang lepas terpikir untuk mengajak keluarga bercuti ke tempat yang ada kolam pada hujung minggu. Nak pergi jauh malas. Lalu mencari la menggunakan Airbnb. Jumpa berdekatan dengan Batu Gajah. 20 minit je dari Sri Iskandar. Bagus. Tak penat sangat memandu. Tapi sayang dapat 1 malam je sebab hari lain penuh. So bermulalah percutian aku check in pada jumaat manakala check out sabtu. Suka anak-anak dapat berenang di kolam renang Asu Homestay ni.

Asu Homestay dengan kolam renang private terletak di Bemban. Ia menawarkan sebuah penginapan yang berhawa dingin dengan kolam renang peribadi, pemandangan kolam renang dan teres. Asu Homestay ini mempunyai pemandangan taman dengan pemandangan kolam renang. Rumput karpet lagi tu.

Asu Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur yang berasingan dan termasuk dapur dengan peti sejuk dan ruang makan. Ia juga mempunyai ruang tempat duduk dan 1 bilik mandi. 2 bilik mengandungi penghawa dingin manakala 1 lagi kipas angin.

Antara kelengkapan yang ada di Asu Homestay ini aialah:
Tv flat screen – Siaran Mytv
Seterika
Sejadah & Tuala
Dapur masak dilengkapi dengan periuk nasi, kettle, kuali, pinggan, jug, cawan, sudu dan lain-lain.

Antara kawasan yang berdekatan dengan Asu Homestay ini ialah:
Bandar Batu Gajah – 5 minit
KTM Batu Gajah – 7 minit
Pusing – 12 minit
Kellie’s Castle – 10 minit
Universiti Teknologi Petronas – 18 minit
Uitm Seri Iskandar – 20 minit
Lumut – 60 minit
Bota – 25 minit
Ipoh – 30 minit
Lost World of Tambun – 38 minit
Movie Animation Park Studios – 38 minit
Taman Rekreasi Gunung Lang – 37 minit
Tasik Cermin – 32 minit

So korang kalau nak booking teruslah ke Airbnb. Ada diskaun RM120 jika melanggan homestay buat kali pertama melalui Airbnb. Kalau harga semalam RM300 dan diskaun RM120 so jumlah anda kena bayar hanya RM180. Kan jimat tu. Tapi diskaun ini hanya untuk yang kali pertama sahaja ye. Kalau dah banyak kali tak dapat.

error: Content is protected !!