Air Terjun Lata Berembun Destinasi Yang Korang Wajib Singgah

Sekali pandang kawasan air terjun Lata Berembun ini seperti bukan berada di Malaysia. Menurut seorang lelaki yang berkongsi tentang keindahan kawasan air terjun ini di sebuah group hiking, ianya terletak di Jerantut dan mengambil masa 3 jam perjalanan dari Kuala Lumpur.

Menurut dirinya, 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jerantut, 30 minit untuk sampai ke entrance, 30 minit off road dan 15 minit trekking.

Memang tak boleh masuk sendiri, kena ada yang guide. Air Terjun Lata Berembun boleh menjadi salah satu destinasi percutian korang. Lata Berembun, Rengat Ulu Cheka, Jerantut Lata Berembun atau dikenali dengan nama lain iaitu Sungai Rengat. Tempat yang sesuai untuk berkelah. Perjalanan bermula dari Bandar Jerantut dan masuk ke Simpang Ulu Cheka memasuki Kampung Chap Ulu Cheka dan menyururi jalan Perkampungan Orang Asli sehingga ke Sungai Rengat atau destinasai Lata Berembun Rengat Ulu Cheka.

Terletak hampir 1000m di atas permukaan laut dan dikelilingi oleh hutan tebal. Sebelum sampai ke kawasan air terjun Lata Berembun, korang harus mengambil 4x4WD dan semesti ianya akan mejadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Setelah sampai kekawasan air terjun Lata Berembun anda harus berjalan sekitar 5-10 minit ke kawasan perkhemahan atau air terjun pertama . Untuk pergi ke air terjun ke yang ke tujuh akan mengambil masa sekitar 45 minit.

Kesejukkan air terjunnya serta keadaan sekeliling yang masih lagi sungguh bersih dan cantik memukau sesiapa sahaja yang berkunjung di sini. Menurut pengunjung disini, kawasan ini masih lagi ‘dara’ kerana masih terpelihara hutan kawasan tersebut. Masa yang diambil adalah 3 jam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk ke Jerantut.

Setelah tiba di Jerantut, anda perlukan lagi 15 minit trekking untuk menuju ke Lata Berembun ini. Difahamkan di Malaysia sahaja terdapat 3 kawasan yang menggunakan nama Lata Berembun jadi jangan tertukar pula. Lata Berembun di Jerantut ini memang tak ramai yang sampai.

Atas sebab itu lah ramai yang teruja mahu ke sini. Malah ada yang pertama kali baru tahu kan? Lihat saja warna air tu, siapa yang tak teruja. Namun kawasan air terjun ini agak dalam, jadi hati-hati. Tak pandai berenang, pakai apa yang patut atau sekadar pergi bagi merasai sendiri pengalaman berada di situ. Melihatkan air yang berwarna biru, sememangnya air terjun ini dalam dan tidak ramai yang pernah sampai di sini.

Pengunjung pula dinasihatkan untuk membawa keluar sampah dan menjaga kebersihan dan mengekalkan keindahan kawasan ini. Kecantikan kawasan air terjun ini juga diakui oleh beberapa orang yang pernah ke sana. Namun rata-rata meninggalkan pesanan yang sama iaitu jaga kebersihan. Menurut mereka, tempat ini sangat bersih dan memang susah untuk nampak sampah. Jadi bagi mengekalkan keindahannya, pastikan sampah dibawa keluar. Kalau bukan kita, siapa lagi yang nak jaga. Sekali lagi kami tekankan, jaga kebersihan.

error: Content is protected !!